Posts

Showing posts from June 28, 2009

Melo ke Arsenal Eboue ke Fiorentina??

Image
Spy Atikah telah berjumpa wakil dari Fiorentina untuk mengetahui adakah benar Melo akan ke Juventus.. Namun dengan pantasnya dia menafikannya dan menegaskan yang hanya Arsenal sahaja membuat tawaran terhadap Melo..

Mereka tidak berpuas hati dengan tawaran dari Arsenal dan memaksa mereka menolaknya.. Namun ada satu berita baik untuk Wenger ialah Fiorentina sudi menimbangkan semula tawaran tersebut jika Arsenal bersedia membayar sebanyak 15 juta euro dengan Emmanuel Eboue ke Fiorentina..

Sudah semestinya Wenger akan menimbangkan tawaran menarik dari Fiorentina ini untuk memastikan pemain pujaannya ini datang ke Emirates Stadium setelah lebih kurang 4 tahun menunggu.. Adios!!

Lampu hijau dari Laurent Blanc!!

Image
Pengurus Bordeaux iaitu Laurent Blanc memberikan lampu hijau kepada mana-mana pasukan untuk membida penyerang mereka iaitu Marouane Chamakh dalam masa 2 minggu lagi.. Jadi ianya mungkin memberikan peluang untuk Wenger mendapatkan Chamakh..

Arsenal mempunyai peluang yang amat besar berbanding Sunderland untuk membawa Chamakh ke England.. Namun sejauh mana minat Wenger terhadap Chamakh Atikah pun x tahu.. Tapi kini ialah masa yang sesuai untuk mendapatkannya..

Chamakh sudah menolak kontrak lanjutan dari Bordeaux dan memaksa mereka untuk menjual Chamakh pada musim panas ini atau pun berisiko kehilangan Chamakh secara percuma musim panas depan..

Namun dengan AC Milan yang dikatakan semakin hampir untuk mendapatkan Luis Fabiano.. Dan memaksa fan Arsenal menelan hakikat yang kemungkinan besar Adebayor akan kekal di North London musim hadapan..

Jadi sudah semestinya Wenger tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membeli Chamakh.. Wenger hanya akan membeli Chamakh jika Adebayor keluar.. Namun n…

Semakin hampir!!

Image
Nampaknya spy Atikah mengesahkan yang Van Persie semakin hampir untuk menandatangani kontrak baru bersama Arsenal sebaik sahaja Van Persie kembali ke Utara London selepas menghabiskan cutinya di Selatan Perancis..

Dalam kontrak tersebut.. Van Persie akan menerima gaji mingguan sebanyak 80 ribu pound.. Dan akan menjadi milik Arsenal sehingga 2015.. Kali ini spy Atikah mampu untuk mengesahkannya dalam 60%..

Namun siasatan masih dijalankan untuk memastikan benar perkara ini berlaku.. Spy yang mengetahui perkara ini merupakan spy yang sama mengesahkan yang Gibbs akan menerima kontrak baru sebelum secara sahnya Arsenal merasmikannya..

Jadi memang Atikah percaya akan katanya.. Memandangkan dia merupakan spy terbaik Atikah dikalangan yang terbaik.. Atikah x sabar nak tunggu pengesahan rasmi dari Arsenal.. Jadi sekali lagi Atikah minta anda semua bersabar.. Namun apa yang pasti detik itu semakin hampir..

Pengurusan Arsenal juga cuba untuk berbincang bersama Fabregas untuk melanjutkan kontraknya k…

Van Persie tandatangan kontrak baru??

Image
Setelah sekian lama Atikah cuba untuk mendapatkan berita baik tentang Van Persie dan nampaknya spy Atikah berjaya memberikannya sebentar tadi.. Menurut spy Atikah dia masih belum mampu untuk memastikan berita ini..

Iaitu Van Persie telah menandatangani kontrak lanjutan selama 4 tahun sehingga 2014 dengan memperolehi gaji sebanyak 80 ribu pound seminggu.. Namun Atikah nak ingatkan yang spy Atikah dan Atikah sendiri masih belum mampu untuk mengesahkannya 100%..

Spy Atikah akan cuba untuk mandapatkan kesasihan berita tersebut.. Jadi anda hanya perlu tunggu pengesahan tersebut yang akan Atikah atau Zend beritahu nanti.. Jadi tungg dengan penuh kesabaran okey..

Van Persie dan keluarganya kini berada di sebuah tempat di Selatan Perancis.. Jadi Atikah harap berita ini benar untuk membuatkan jutaan fan Arsenal menarik nafas lega apabila mendengarnya.. Atikah akan berikan berita terkini jika Atikah tahu.. Adios!!

Martin Taylor sudah minta maaf kepada Eduardo!!

Image
Eduardo meredakan sedikit ketegangan dari fan Arsenal yang masih menganggap Martin Taylor memang sengaja mengasari Eduardo ditambah pula Eduardo dilaporkan masih belum menerima permohonan maaf dari Taylor..

Jadi disebabkan Atikah dah x tahan nak mengetahui sama ada Taylor dah meminta maaf atau belum.. Atikah sendiri berjumpa Eduardo di sidang akhbar 442 Magazine untuk mendapatkan penjelasan lanjut..

Atikah: Eduardo.. Adakah Taylor sudah meminta maaf kepada anda selepas kejadian tersebut??

Eduardo: Taylor telah pergi ke hospital semasa saya sedang mendapatkan rawatan dan saya dalam keadaan tidak sedarkan diri.. Isteri saya terus ke hospital selepas kejadian tersebut dan menunggu di bilik menunggu.. Dan doktor Arsenal bercakap dengannya sama ada mahu bercakap dengan Taylor..

Atikah: Apa yang berlaku selepas itu??

Eduardo: Taylor datang bersama anaknya.. Dan anaknya melukiskan bendera Croatia di sekeping kertas.. Dan isteri saya menyangka mereka ialah peminat saya.. Sebelum saya kembali bersa…

Felipe Melo ke Juventus??

Image
Okey Atikah baru saja menerima berita tergempar apabila pemain sasaran utama Wenger untuk mengemudi bahagian tengah Arsenal bersama Fabregas iaitu Felipe Melo telah ke Juventus dengan nilai perpindahan sebanyak 21 juta euro dan Marchionni..

Baru 24 jam Melo disahkan menandatangani kontrak lanjutan selama setahun bersama Fiorentina yang akan menyaksikannya kekal di Fiorentina sehingga 2013.. Namun Melo masih boleh dijual dengan nilai 25 juta euro..

Memandangkan Juventus mampu membayar nilai tersebut berbanding Arsenal yang bersedia membayar 15 juta euro dan mungkin bersama Senderos.. Ianya sudah semestinya memberikan tamparan yang hebat kepada fan Arsenal..

Dan ianya jelas membuatkan fan Arsenal kecewa jika benar perpindahan ini berlaku.. Namun sejauh mana kebenarannya masih belum dapat Atikah pastikan.. Tapi Atikah rasa tidak perlulah kita tahu memandangkan lebih baik kita tumpukan perhatian untuk mendapatkan Lorik Cana.. Adios!!

Fabregas & Barcelona

Image
First Atikah minta maaf sebab semalam x update berita Arsenal.. Bukan x ada berita cuma semalam Atikah bz sikit dan terkejut dengan kematian ET dalam cerita SeaPatrol.. Tapi nasib baik Zend sempat cover sikit.. Thanks Zend..

Sebelum Atikah cerita tentang Arsenal.. Atikah nak meluahkan rasa terkejut apabila bekas penyerang terbaik England iaitu Michael Owen menyertai MU.. Mungkin MU rasa kecewa apabila si Karim Benzema semakin hampir ke Real Madrid itu yang membuat keputusan drastik nak dapatkan Owen.. Tapi nasib baik Ferguson x bid Van Persie..

Dalam kekecohan kehadiran Owen ke OldTradford.. Fan Arsenal sekali lagi menerima khabar gembira apabila dua bintang yang sedang menyinar di Emirates iaitu Jack Wilshere dan Kieran Gibbs menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama Arsenal..

Menurut spy Atikah Gibbs melanjutkan kontraknya bersama Arsenal selama 4 tahun lagi dari kontrak terkininya.. Dan sementara itu Arsenal dan Sunderland di katakan sedang bersaing untuk mendapatkan Chamakh.…

Kieran Gibbs sain kontrak baru

Image
Makin ramai pemain Arsenal yang sain kontrak baru seperti Theo Walcott, Fabianski, Ramsey, Jack Wilshere dan baru-baru ini Gibbs yang telah menandatangani kontrak jangka masa yang panjang bersama Arsenal!!.. Gibbs yang telah bermain buat kali pertamanya bersama squad utama Arsenal pada season 07/08 dalam carling cup pusingan ke-empat menentang Sheffield United. Kieran, who can operate as a left-back or in midfield, was a revelation last season, making 21 First Team appearances, including eight in the Premier League and four in the UEFA Champions League. Gibbs telah membuat 21 penampilan bersama arsenal season lepas termasuk 8 premier league dan 4 Uefa Champions League.

Gibbs ni baru umur 19 tahun.. tapi performance dia mantab dan terpilih untuk masuk ke pasukan England 21s.

Boss bercakap "Kieran melakukan impak yang besar pada season lepas. Kieran merupakan seorang pemain yang cerdas dan berkualiti kerana dia menunjukkan bakat dia pada season lepas.Kami berasa gembira kerana Gibbs …

Arshravin family wife and his boy

Image

Rosicky sedia galas cabaran musim 2009/2010!!

Image
Atikah yang dah rindu untuk melihat kelibat Tomas Rosicky membuat keputusan untuk menghubunginya dan mengetahui berita terbaru tentangnya.. Mari ikuti temu bual Atikah dengan Rosicky..

Atikah: Apa berita terbaru tentang Rosicky sejak kali terakhir kita bertemu di padang latihan Arsenal tempoh hari??

Rosicky: Sekarang semuanya bagus.. Saya menjalani latihan penuh bersama pasukan 2 minggu sebelum tamat musim 2008/2009.. Semuanya berjalan dengan lancar.. Walaupun masih jauh lagi perjalanannya.. Saya sekarang berada di Czech Republic.. Dan saya harap saya akan cergas kembali..

Atikah: Harapan untuk musim baru EPL??

Rosicky: Saya terlepas banyak perlawanan.. Dan saya fokuskan diri saya untuk perlawanan pembukaan musim hadapan.. Ujian kecergasan saya lebih bagus dari ujian semasa saya menandatangani kontrak bersama Arsenal.. Saya amat risau apabila kembali menjalani latihan.. Tapi segalanya bagus..

Atikah: Apa perasaan Rosicky apabila sudah lama tida bermain.. Adakah ianya akan menggangu corak p…

Gallas tidak mahu sain kontrak baru!!

Image
Gallas memberikan delima kepada Wenger apabila dia tidak mahu menandatangani kontrak baru bersama Arsenal walaupun tawarannya cukup lumayan.. Baki terkini kontrak Gallas akan tamat pada musim panas depan..

Jose Mourinho bersedia membawa Gallas ke Inter dengan nilai perpindahan sebanyak 5 juta.. Dan jika Gallas menerimanya.. Sudah semestinya membuatkan Wenger pening kepala mencari penganti Gallas..

Namun berita baiknya.. Manchester City bersedia untuk melepaskan Micah Richards.. Dan bagi Atikah Richards merupakan penganti yang cukup sesuai..

Dalam berita lain.. Kontrak Bischoff yang tamat pada musim panas ini mendedahkan yang dia dan Wenger sudah sepakat untuk tidak menandatangani kontrak lanjutan selepas Wenger gagal untuk memberi jaminan kepadanya untuk tempat dalam kesebelasan utama Arsenal.. Adios!!

Aaron Ramsey sain kontrak baru!!

Image
Arsenal FC secara rasminya telah mendedahkan Aaron Ramsey baru sahaja manandatangani kontrak jangka masa panjang bersama Arsenal.. Kandungan kontrak tersebut masih cuba disiasat spy Atikah..

Nanti apabila spy Atikah berjaya mendapat tahu butiran terperinci kontrak tersebut akan Atikah bagi tau.. Ramsey telah membuat 22 penampilan bersama Arsenal sepanjang musim 2008/2009..

Menjaringkan gol pertamanya bersama Arsenal semasa kemenangan besar ke atas Fenerbahce 5-2.. Ramsey menjaringkan gol pada minit ke-90 permainan dan merupakan gol terakhir perlawanan..

Ramsey masuk mengantikan Abou Diaby pada minit ke-73.. Melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti sebelum menewaskan penjaga gol Fenerbahce.. Arsenal mendapatkan Ramsey dari Cardiff City dengan nilai perpindahan dilaporkan sebanyak 5 juta euro..

Lebih manis Arsenal menewaskan MU untuk mendapatkan tanda tangan Ramsey.. Untuk pengetahuan anda semua.. Ramsey sebenarnya merupakan seorang peminat MU.. Atikah secara sukarelanya menghubungi…

Kenapa saya kekal di Emirates Stadium (Wenger)

Image
Arsene Wenger akhirnya mendedahkan kenapa dia menolak tawaran yang cukup lumayan dari Real Madrid.. Wenger yang kini di sekitar Asia untuk bercuti sambil menjadi duta Castrol mendedahkan sebab mengapa dia menolak tawaran Real Madrid..

Wenger mengatakan yang dia mahu polisinya di Arsenal iaitu mencungkil bakat-bakat muda berhasil.. Dan dia mahu melihat sendiri hasilnya.. Itulah sebab utama Wenger masih kekal di Emirates Stadium..

Ehh.. Okeylah.. Atikah ada kerja nak buat nie.. Nanti kita bincangkan lagi tentang pendedahan Wenger ini.. Adios!!

Fabregas bukan untuk dijual!!

Image
Barcelona memang pasukan yang pekak.. Berapa kali Fabregas dan Arsenal nak kata yang Fabregas bukan untuk dijual.. Dahlah nak beli Fabregas 35 juta euro je.. Harga Fabregas musim panas ini pun lebih kurang 45 juta euro..

Kalau nak Fabregas bayar lebih dari 50 juta euro baru rundingan di buka.. Atikah memang x faham.. Barcelona di ambang kehilangan Ribery.. Jadi mereka mensasarkan Fabregas untuk dibawa ke Nou Camp untuk bergandingan bersama David Villa..

Atikah memang x tahu nak cakap dan nak tulis apa mengenai perkara ini.. Ini semua memang x masuk akal.. Tapi Atikah rasa masa inilah Fabregas membuktikan komitmennya bersama Arsenal.. Dan segala janji yang telah dilemparkannya kepada fan Arsenal..

Atikah cuba untuk x mengendahkannya.. Tapi x boleh.. Kalau Atikah boleh menjadi orang penting dalam urusan penjualan pemain.. Atikah akan letak banner dan poster di seluruh England dan Sepanyol bahawa Fabregas bukan untuk di jual..

Dan Atikah sendiri mahu jumpa Guardiola dan presiden Barcelona..…

Terlepas Melo Arsenal sasarkan Lorik Cana!!

Image
Felipe Melo yang baru sahaja membantu Brazil mempertahankan Piala Konfederasi memilih untuk setia bersama Fiorentina daripada berhijrah ke Emirates Stadium dan nampaknya hasutan Gilberto Silva tidak berhasil..

Melo baru sahaja menandatangani kontrak lanjutan selama setahun lagi di mana Melo akan kekal di Fiorentina sehingga 2013.. Namun Arsenal masih mampu untuk membawa Melo ke Emirates Stadium asalkan Wenger bersedia menyediakan cek sebanyak 25 juta euro..
Jadi selepas Arsenal terlepas Melo.. Kini Arsenal sedang mermehatikan kapten Marseille iaitu Lorik Cana untuk di bawa ke Emirates Stadium.. Arsenal terpaksa bersaing dengan Liverpoll dan Tottenham untuk membawa Cana ke Emirates Stadium.. Cana awal-awal lagi memberikan lampu hijau kepada kelab di EPL dan Bundesliga bahawa dia mahu meninggalkan Marseille dan mensasarkan mahu meneruskan kariernya di German ataupun England.. Adios!!

Arshavin tak akan ke Barcelona!!

Image
Okey semalam Atikah ada buat artikel pasal Arshavin kata dia amat gembira jika bermain untuk Barcelona.. Spy Atikah masih belum dapat apa-apa komen dari Arshavin.. Tapi Atikah dan seorang spy Atikah telah membuat siasatan..

Atikah yang kebetulan ada di North London telah meresearch segala perkara yang telah dikatakan Arshavin sebelum dan selepas menyertai Arsenal.. Dan hasilnya Atikah berjaya menjumpai bukti bahawa media di England hanya mereka cerita..

Memang Arshavin ada cakap tentang perkara itu.. Dan kita juga x boleh nak sangkal yang Arshavin merupakan peminat Barcelona.. Namun Arshavin cakap tentang itu sewaktu dia belum lagi jadi pemain Arsenal.. Dan masih di Zenit..

Inilah ayat lengkap yang Arshavin katakan.. "I have supported Barcelona all my life," "Barcelona are my dream.I never thought I would have a genuine chance to play for the club. Let's see how the situation unfolds. For now I can't say anything for sure. "At the moment I'm a player of t…

4 pemain tandatangan kontrak profesional & 8 pemain dilepaskan Arsenal

Image
Cedric Evina pemain pertahanan kiri berusia 17 tahun ini mendatangani kontrak profesional bersama Arsenal..
Craig Eastmond merupakan pemain pertahanan berusia 19 tahun.. Menandatangani kontrak Profesional pertamanya bersama Arsenal.. Eastmond juga mampu beraksi sebagai pemain tengah..
Luke Ayling pertahanan berusia 18 tahun ini menandatangani kontrak profesional bersama Arsenal.. Ayling merupakan seorang pemain pertahanan yang cukup handal di udara..
James Shea (18 tahun).. Penjaga gol kedua skuad simpanan Arsenal secara rasminya telah menandatangani kontrak profesional bersama Arsenal.. Shea merupakan penjaga gol berbakat.. Dan mungkin suatu hari nanti kita akan melihat debutnya bersama Arsenal..
Satu-satunya bukan pemain skuad simpanan yang Arsenal lepaskan.. Bischoff telah tamat kontraknya pada musim panas ini.. Dilaporkan mungkin Bischoff akan ke PSG pada musim hadapan..
Pemain kedua yang dilepaskan Arsenal ialah pemain tengah berusia 20 tahun iaitu James Dunne.. Dunne menyertai A…

Jersi ketiga Arsenal musim 2009/2010!!

Image
Inilah baju ketiga Arsenal untuk musim 2009/2010.. Bajunya seperti away kit cuma berwarna putih.. Dan seluarnya pula berwarna hitam.. Belangnya berwarna kelabu.. Kalau x silap Atikahlah..
Harap-harap baju ketiga Arsenal ini sering dipakai.. Kerana agak mengecewakan jika kita hanya menyarung jersi warna putih ini hanya sekali setiap musim mahu pun langsung tidak memakainya..Adios!!

Serdar Tasci signing kedua Arsenal??

Image
Pemain pertahanan VFB Stuggart berusia 22 tahun ini di katakan bakal menjadi pemain kedua yang datang ke Emirates Stadium.. Serdar Tasci sendiri mengakui gembira untuk meninggalkan VFB Stuggart..

Serdar Tasci terkenal di Jerman kerana konsistensinya dan versalitinya.. Mengikut laporan di Jerman.. Arsenal sudah mula melakukan tawaran kepada Stuggart untuk membawa Tasci ke Emirates Stadium..

Namun Tasci tidak mahu memberikan komen tentang perkara ini.. Kerana dia lebih senang untuk fokus untuk kembali beraksi selepas mengalami kecederaan buku lali.. Atikah sejujurnya x pernah tengok Tasci main..

Tapi jika Tasci mampu konsisten dan boleh melakukan cleen tackle.. Dan mampu membaca perlawanan itu sudah cukup menyakinkan Atikah bahawa Tasci layak beraksi bersama Arsenal.. Atikah akan terus memberikan update terkini tentang pemain kedua yang akan datang ke Emirates Stadium musim panas ini..

X lupa juga berita-berita tentang kepergiaan pemain Arsenal.. Namun perkara pertama yang Atikah nak tengok…