Posts

Showing posts from June 21, 2009

Arsenal dan MU berperang & Wenger gembira Adebayor pergi!!

Image
Arsenal dan MU akan berperang sekali lagi untuk mendapatkan penyerang berusia 20 tahun berbakat besar Brazil ini iaitu Detinho.. Detinho yang kini bersama kelab Brazil iaitu Corinthians.. Telah menjaringkan 30 gol dalam 96 penampilannya bersama kelab tersebut..

Ejen Detinho telah mengakui yang Arsenal, MU, Juventus dan Real Madrid amat tertarik untuk membawa Detinho.. Namun Detinho mengatakan yang dia mahu bermain di England.. Sama ada Arsenal atau MU itu tidak penting..

Ejennya juga berkata yang Corinthians mahukan nilai yang amat tinggi untuk membeli Detinho.. Sebanyak mana nilainya masih tidak dapat dipastikan.. Bagi Atikah Detinho amat berbakat.. Seperti yang kita tahu pemain Brazil kebanyakannya amat berbakat..
Presiden AC Milan telah mengakui yang dia telah berjumpa Arsene Wenger tentang kemungkinan perpindahan Adebayor ke AC Milan.. Namun berkata mereka masih mencuba untuk mendapatkan Edin Dzeko terlebih dahulu..
Namun jika mereka gagal kemungkinan untuk Adebayor ke San Siro mung…

Ribery dan Benzema milik Arsenal?? (70 million euro deal)!!

Image
Mengikut spy Atikah.. Wenger semakin hampir untuk mendapatkan tandatangan Ribery dengan nilai sebanyak 30 juta euro dan Nicklas Bendtner.. Dan pengurus baru Bayern juga dikatakan tertarik dengan bidaan Wenger ini..

Dan satu lagi sebab utama rumours ini tidak dapat disangkal ialah kehadiran ramai pemain Perancis di Arsenal.. Jadi ianya mampu untuk menjadi tarikan kepada Ribery untuk menolak tawaran MU, Real Madrid dan Barcelona..
Atikah pernah kata kepada sepupu Atikah yang merupakan fan Arsenal.. Iaitu kalau kita berjaya menjual Adebayor dengan harga 30 juta euro.. Kita boleh guna duit itu untuk membeli Karim Benzema.. Lagi pun Lyon nak lebih kurang 30 juta euro untuk Benzema..
Dan nampaknya ianya mungkin akan menjadi kenyataan apabila spy Atikah telah mendengar ura-ura yang Wenger dan pengurusan Arsenal sudah bersedia untuk menyediakan cek sebanyak 30 juta euro dibantu dengan Adebayor yang akan meninggalkan Emirates Stadium..
Dan spy Atikah di North London pula berkata board Arsenal se…

Samir Carruthers ke Aston Villa & Arshavin pecat ejennya!!

Image
Kapten pasukan Arsenal U-16.. Iaitu Samir Carruthers semakin hampir ke Aston Villa apabila telah menolak kontrak baru bersama Arsenal.. Prospek berbakat besar ini juga dikaitkan ke Fulham..

Namun Aston Villa semakin hampir untuk mendapatkan Samir Carruthers.. Atikah ucapkan selamat berjaya kepada kapten U-16 Arsenal ini.. Namun ianya merupakan kerugian kepada skuad muda Arsenal dan senior Arsenal satu hari nanti..
Sementara itu Arshavin telah memecat ejennya iaitu Dennis Lachter.. Sebab utamanya dikatakan disebabkan Dennis telah membangkit kemarahan segelintir fan Arsenal kerana mahu meminta gaji Arshavin dinaikkan.. Namun Arshavin menafikannya.. Inilah yang dikatakan Arshavin.. "Ianya bukan sebab kontrak saya bersama Arsenal.. Tetapi Dennis baru sahaja dapat anak lelaki.. Dan dia tinggal di Israel.. Jadi agak sukar untuknya selalu bersama saya"..
"Jadi saya membuat keputusan tidak mahu dia meneruskan kerjanya menjadi ejen saya.. Biar saya yang melakukan semua urusan itu..…

Arsenal terlepas Yaya Toure & Viera ke Birmingham City??

Image
Nampaknya kehadiran Melo ke Arsenal mungkin akan terjadi apabila adik kepada Kolo Toure telah pun menandatangani kontrak baru bersama Barcelona.. Ini bermakna Yaya akan kekal di Nou Camp sehingga 2012..

Jadi sebarang harapan fan Arsenal untuk melihat Yaya beraksi bersama Arsenal tidak akan kesampaian.. Tapi jangan risau kemungkinan kita akan dapat seorang lagi prospek terbaik defensive midfielder iaitu Felipe Melo..

Atikah sempat melihat aksinya menentang South Africa.. Memang cukup mengkagumkan.. Itulah apa yang mampu Atikah katakan selepas melihat aksinya.. Jadi bagi Atikah kita terlepas Yaya.. Melo merupakan alternitif yang bagus..
Ejen kepada Felipe Melo pula memberi tahu yang Melo amat gembira bersama Fiorentina.. Tapi mungkin akan menimbangkan tawaran untuk beraksi bersama pasukan di EPL.. Namun buat masa ini Melo hanya memberikan tumpuan kepada skuad Brazil..
Dalam berita lain pula spy Atikah terdengar berita yang kemungkinan besar bekas kapten Arsenal iaitu Patrick Vieira mungk…

Gerard Pique si penghasut!!

Image
Rakan sepasukan Fabregas di dalam skuad kebangsaan dan bekas rakan sepasukan dalam skuad muda Barcelona memberi tahu media bahawa Fabregas akan menyertai Barcelona.. Itulah kata-kata bekas pemain pertahanan MU ini.. Spy Atikah yang kebetulan ada di sana telah menghubungi Atikah mengenai kejadian ini.. Jadi Atikah dengan penuh geramnya mendengar perbualan Pique ini yang telah dirakamkan oleh spy Atikah.. "Saya tidak gembira jika Fabregas menyertai Real Madrid.. Dan saya tidak yakin ianya akan berlaku"..

"Dalam bola sepak anda tidak boleh berkata tiada yang mustahil.. Tapi saya tidak rasa yang Cesc akan menyertai Real Madrid.. Saya yakin kami akan bersama suatu hari nanti.. Cesc bakal menyarung jersi Barca sebelum bersara nanti.. Saya selalu katakannya..Walaupun dia tidak mengakuinya tapi saya selalu beritahunya tentang perkara ini"..
Namun Atikah masih mempercayai Fabregas 200% yang dia akan kekal di Emirates Stadium pada musim hadapan.. Dan x mustahil juga kalau Arse…

Laporan khas!!

Image
Okey memandangkan beberapa pemain sedang bersuka ria semasa cuti musim panas ini.. Atikah telah mengarahkan beberapa spy Atikah untuk mengintip mereka.. Kita mulakan dulu dengan Samir Nasri..

Samir Nasri meraikan hari jadinya di Miami bersama girlfriendnya (kata x ada girlfriend) iaitu pemain tenis Perancis Tatianna Golovin dan bekas rakan sepasukannya di Marseille iaitu Djibril Cisse..

Itulah gambar yang berjaya dirakam spy Atikah.. Sebenarnya lebih kepada mencuri gambar dari paparazi.. Hahaha.. Spy Atikah bukannya reti tangkap gambar sangat.. Lain yang dia tangkap nanti.. Heheh..

Arshavin pula pulang ke kampung halamannya iaitu St. Petersburg.. Jangan risau Arshavin x akan kembali ke kelab Zenit St. Petersburglah.. Wenger pula entah kemana pulak hilangnya.. Mungkin masih di Malaysia.. Sebab tiada tanda-tanda Wenger balik ke North London dah..

Sementara Bendtner pula dah berpaling tadah.. Bukannya dah pergi sain kontrak dengan musuh setempat kita.. Tapi lebih kepada menukar kerjayanya da…

Gibbs bakal ditawarkan kontrak selama 5 tahun bernilai 5 juta pound!!

Image
Menurut spy Atikah semalam (25 Jun 2009).. Arsene Wenger dan pengurusan Arsenal sedang bersiap sedia menyediakan kontrak jangka masa panjang kepada Gibbsy sebaik sahaja permata baru Arsenal ini pulang dari tugasan antarabangsa..

Gibbs bakal ditawarkan kontrak selama 5 tahun dengan Gibbsy mampu memperolehi jumlah pendapatan setahun bernilai 1 juta pound.. Dengan mungkin secara asasnya Gibbs bakal menerima gaji sebanyak 20 ribu pound seminggu..

Cukup lumayan bukan?? Berita ini sudah semestinya melegakan ribuan fan Arsenal yang berharap Gibbsy akan terus kekal di Emirates Stadium selama yang mungkin.. Jadi Atikah harap berita ini akan disahkan dan Gibbsy sendiri tidak segan silu untuk menurunkan tanda tangannya.. Si Van Persie nie bila pulak nak sain kontrak baru supaya jutaan fan Arsenal boleh menarik nafas lega?? Adios!!

Fabregas naik angin!!

Image
Fabregas bukannya marah atau naik angin sebab kekalahan mengaibkan Sepanyol kepada USA.. Namun Fabregas naik angin kepada media yang sering mereka cerita dan meragui komitmennya bersama Arsenal..

Fabregas yang jelas kecewa ditemu ramah Arsenal TV Online.. Kebetulan pula Atikah berada di situ.. Jadi Atikah mengambil kesempatan itu untuk mencatat apa yang dikatakan kapten Arsenal dan pemain pujaan dan pemain kegemaran Atikah ini..

"Saya tidak tahu berapa kali saya perlu berkata tentang komitmen saya kepada Arsenal.. Dan saya terus berkata perkara yang sama setiap masa.. Ianya selalu hadir jika saya ditemu ramah surat khabar Sepanyol.. Dan apabila sampai di England mereka memutar belitkan kata-kata saya"..

"Jadi kepada sesiapa yang tidak faham dan salah faham apakah posisi saya sekarang.. Biar saya tegaskan dengan jelas dan lancar.. Saya dengan sepenuh hatinya komitmen bersama Arsenal.. Dan masa depan saya ialah bersama kelab ini"..

"Ianya betul tentang fakta kami ti…

Happy Birthday Samir Nasri!!

Image
First Atikah nak minta maaf sebab lama x postingkan artikel.. Atikah sibuk sikit minggu nie.. So Atikah pun x sempat nak tahu apa gosip-gosip terbaru sepanjang minggu ini.. So terpaksalah atikah cover balik nampaknya..

Okey sebenarnya hari ini iaitu 26 Jun merupakan hari jadi pemain sayap Arsenal iaitu Samir Nasri.. Jadi Atikah nak ucapkan semoga panjang umur, murah rezeki dan sukses dalam kariernya..

Ini merupakan ulang tahun ke-22 dan merupakan kali pertama meraikannya sebagai pemain Arsenal.. Atikah x tahu mana Nasri pergi bercuti.. Harap-harap dia raikan hari jadinya dengan meriah dan penuh keseronokkan..

Okey dah tiba masanya untuk Atikah umumkan pemenang pemain terbaik tahunan Arsenal senior.. Satu kejutan.. Iaitu pendatang baru dalam kem Arsenal iaitu Arshavin berjaya menewaskan Van Persie dengan hanya 1%..

Arshavin menerima undian sebanyak 39% berbanding Van Persie yang hanya menerima 38% undian.. Almunia pula ditempat ketiga dengan undian sebanyak 9%.. Keempat menjadi milik Sagna…

Fabregas Picture represents Spain vs South Africa

Image

Berita tentang Chamakh & Gibbs!!

Image
Lepaskan saya!! Itulah kata-kata target Arsenal dan Fulham iaitu Maroune Chamakh.. Chamakh berkeras mahu meninggalkan Bordeaux.. Presiden Bordeaux menegaskan bahawa bidaan Arsenal sebanyak 10 juta euro tidak mencukupi..

Chamakh mendesak presdiennya itu tidak meletakkan harganya terlalu mahal untuk mengelakkan peluangnya beraksi dalam EPL tertutup.. Dan Chamakh juga berkata yang jika Bordeaux menerima tawaran yang bagus.. Dan ianya baik untuk semua orang.. Dia berharap pengarah pasukan menerimanya..

Pemain bek kiri muda Arsenal yang dikatakan bakal dipinjamkan ke Norwich City musim depan di laporkan bakal menerima kontrak jangka masa panjang dari Arsenal dan menerima gaji yang lumayan..

Ini untuk membuatkan Gibbs tidak meninggalkan Arsenal dan membuatkan Gibbs gembira di Arsenal.. Maklumlah Gibbs merupakan permata baru the Gunners dan England.. Jadi Atikah harap berita ini benar.. Adios..

Artikel khas Thomas Vermaelen

Image
Sebelum kehadiran Thomas Vermaelen begitu kuat desas desus kehadirannya ke Emirates Stadium.. Ada yang hanya menganggap ianya hanya khabar angin.. Namun tidak kepada Atikah yang amat mempercayai rumours ini..

Ianya juga mendorong Atikah menghantar 2 spy ke Belanda dan untuk mengikuti berita terkini tentang Thomas Vermaelen.. Berapakah jumlah perpindahannya ke Arsenal?? Atikah tidak dapat memberi jawapan yang tepat..

Ye lah.. Wenger suka berahsia tentang nilai perpindahan pemain.. Namun mengikut spy Atikah nilai perpindahan Vermaelen di dalam lingkungan 10-12 juta euro.. Dan akhirnya Wenger melakukan urusan belian pemain pada bulan Jun..

Mengikut kenyataan rasmi kelab Ajax nilai perpindahan Vermaelen bernilai 12 juta euro.. 10 million fixed and 2 million variable..

Tidak seperti kebiansannya Wenger selalu membeli pemain di saat-saat akhir.. Wenger juga memberikan isyarat kepada peminat Arsenal yang Wenger akan berbelanja habis-habisan untuk megukuhkan pasukan..

Vic Akers membuat keputusan u…

Atikah kembali!!

Image
Okey Atikah baru je tahu tentang kehadiran Thomas Vermaelen ke Arsenal.. Ya lah Atikah x dengar satu berita pun dari spy Atikah kerana masalah line di Kuantan dan kerana Atikah di dalam hospital..

So memang Atikah happy gila mendengar berita ini.. Jadi seperti yang dijanjikan Atikah.. Atikah akan memposting artikel khas tentang perpindahan Vermaelen.. Atikah akan mengetepikan dulu segala transfer rumours untuk memberikan peluang kepada artikel khas Atikah ini..

Dalam artikel ini kita akan sama-sama lihat wajah kegembiraan Vermaelen.. Namun no. jersinya masih belum diberikan..