Posts

Showing posts from May 10, 2009

Post Match:Arsenal 0 vs 0 MU

Image
Okey first semalam Atikah x buat post match kerana Atikah ada hal sikit.. Bukannya kerana Atikah sedih atau sebagainya.. Atikah lihat game semalam banyak improvement.. Dan Wenger juga mengotakan janjinya dengan mengatakan pertahanan kita akan kebal.. Di sini Atikah nak tulis kesebelasan utama Arsenal..

FABIANSKI
SAGNA-----TOURE-----SONG-----GIBBS
NASRI-----DIABY------DENILSON-----ARSHAVIN
FABREGAS
VAN PERSIE

SUB
MANNONE (GK)
BENDTNER
WALCOTT
EBOUE
RAMSEY
SILVESTRE
VELA

Sebanyak 5 kad kuning dilayangkan kepada pemain Arsenal.. Namun Atikah cukup tidak terima kenyataan yang Arshavin dilayangkan kad kuning.. Sebenarnya Michael Carrick hanya berlakon dan Atikah x nampak sebarang contact di situ.. Itu cuma di pandangan Atikahla.. Tapi di sini Atikah langsung tidak menyebelahi sesiapa pun dalam sebarang kesalahan..

Paling menghairankan Atikah ialah mengapa tackle Darren Fletcher terhadap Song tiada sebarang kad?? Dan bukan itu sahaja banyak lagi tackle2 dari pemain MU langsung tidak di layangkan kad.. Dan…

Meh layan gambar² Arsenal vs Man utd

Image

Atikah memohon maaf

First Atikah nak beritahu yang Atikah akan buat post match Arsenal vs MU esok (ahad) Atikah amat-amat meminta maaf.. Atikah harap Afham dan Kakashi akan buat dulu.. Tapi esok hari ahad baru Atikah buat Post Match.. Adios.....

Cesc: Kami cuba merosakkan parti MU!!

Image
Cesc Fabregas berjanji Arsenal akan melakukan segalanya dengan kuasa mereka untuk menewaskan MU.. Dan melewatkan pertabalan mereka sebagai Juara EPL..

Tapi dia terima walaupun kejayaan di Old Tradford tidak dapat menutup kekecewaan mereka setelah gagal untuk memenangi sebarang piala dalam 4 musim berturut-turut..

United hanya perlukan 1 mata sahaja hari ini untuk dinobatkan sebagai Juara EPL buat kali ketiga berturut-turut..

Dan kapten Arsenal Fabregas mengakui, "Ia agak sukar untuk melengahkan mereka bertepuk tangan sebagai juara selepas perlawanan tapi kami akan cuba untuk melengahkannya untuk seminggu lagi"..

"Tapi jika kami perlukannya, kami akan lakukannya.. Kami perlu jadi lelaki tentang pekara ini dan MU berhak untuk menjadi juara"..

"Perlawanan ini merupakan satu lagi peluang untuk Arsenal untuk menunjukkan apa yang kami boleh lakukan sebelum berakhirnya musim ini"..

Fabregas, 22, masih lagi bijak selepas mengalami kekalahan menyakitkan kepada MU dan Ch…

Isteri Van Persie membuat pendedahan!!

Image
Isteri Robin Van Persie telah memberitahu buat pertama kalinya bagaimana perkahwinan mereka hampir musnah selepas Van Persie di tuduh merogol..

Bouchra Elbali, 25, menutup mulutnya sepanjang skandal itu kerana beliau sedang mengandung anak kedua mereka..

Van Persie, telah berada di sebuah bar di negara kelahirannya Holland pada 2005 selepas penari tiang telah menyalahkannya dengan tuduhan merogol..

Van Persie mengakui melakukan hubungan dengan Sandra Boma Krijgsman, 21, tapi mengatakan yang dia mabuk..

The Gunners telah membersihkan namanya dan terlepas dari sebarang tuduhan.. (Patutlah hari itu Van Persie cakap yang Arsenal telah membantunya semasa dia ada masalah dulu, ini betul2 Van Persie terhutang budi dengan Arsenal..)

Isterinya berkata, "Robin melakukan kesalahan yang besar.. Ia merupakan masa yang mudah untuk meninggalkannya.. Saya merupakan gadis yang marah"..

"Saya tidak mampu untuk meneruskan kehidupan ini dan mencari lelaki lain.. Tapi saya tidak mahu itu kerana …

Demi maruah dan Misi membalas dendam!!

Image
Hari ini pukul 7.45 malam akan adanya perlawanan paling menyeronokkan iaitu pertemuan musuh tradisi iaitu Arsenal dan MU.. Arsenal akan bertandang ke Old Tradford dalam misi demi maruah dan membalas dendam.. (Misi Atikah)..

Arsenal akan ke Old Tradford tanpa kelibat penjaga gawang kita iaitu Manuel Almunia yang masih mengalami kecederaan.. Jadi nampaknya Fabianski bakal mengawal gawang kita.. Ia sudah semestinya membuatkan kita sedikit gelabah..

Namun di bahagaian hadapan kita bakal menyaksikan hero di Anfield iaitu Arshavin bakal bermain.. Nampaknya Arshavin masih sempat untuk menukar jersi dengan si Ronaldo tu.. Al maklumlah musim depankan Ronaldo akan ke Real Madrid..

Wenger menegaskan yang perlawanan ini kita perlu menang demi maruah kita yang semakin tercalar kerana kekalahan memalukan di tempat sendiri 2 kali berturut-turut.. Silvestre pula menegaskan perlawanan menentang MU merupakan penentu kepada kejayaan kita musim hadapan..

Pada Rafa Benitez dan Liverpool pula mengharapkan bela…

Hilang seorang lagi dan Senderos ke AC Milan!!

Image
Brede Hangeland telah berkata yang fan Fulham telah merayu kepadanya untuk tidak keluar dari Fulham..

"Mereka (fan fulham) berkata jangan pergi dan saya beritahu mereka yang saya gembira di sini, kata Hangeland.. "Ia merupakan musim yang baik"..

Dalam pada itu ada berita mengenai Senderos..

Pengurus Arsenal Arsene Wenger telah mengesahkan yang masa depan Senderos terletak di tangan AC Milan dan berkata yang walaupun the Gunners mahu mengekalkan khidmatnya tapi mereka tiada pilihan..

Wenger berkata, "Senderos berada di tangan Milan kerana mereka boleh memutuskan berapa bayaran yang mereka mahu pakai dan mereka boleh simpannya"..

Okey itulah sedikit berita mengenai transfer rumours.. Atikah x pastilah ini semua betul ke tidak.. Tapi pasal Senderos ianya diakui Wenger sendiri.. Adios..

Wenger : Bidasan peminat sakiti Adebayor

Image
Arsene Wenger mengatakan Adebayor yang mengalami unhappy season berpunca dari peminat Arsenal..

Adebayor dilihat bakal meninggalkan Arsenal untuk ke AC Milan musim lepas..

Pemain antarabangsa Togo itu akhirnya manandatangani kontrak baru bersama The Gunners sehingga 2012.. Tapi sesetengah peminat Arsenal menganggap Adebayor menunjuk - nunjukkan dirinya untuk kelab terbesar Eropah..

Ahad lepas, beliau telah diganggu segelintir peminat Arsenal di Emirates selepas diperkenalkan sebagai pemain gantian sewaktu menentang Chelsea..

Tetapi Wenger mengharapkan untuk Adebayor menamatkan musim ini dengan flourish di saat Arsenal akan berkunjung ke Old Tradford esok..

Wenger berkata, "Pada saat ini saya tidak mahu membuat sebarang tafsiran tetang siapa yang akan kami simpan"..

"Tapi Adebayor ialah sebahagian dari perancangan masa depan kami"..

"Saya percaya beliau telah diganggu oleh perasaan kurang senang dari peminat kerana beliau hampir meninggalkan kelab dan ia menggangunya…

Unofficial Gathering - MU vs Arsenal

Jom Penyokong2 Arsenal!!

Unofficial Gathering
Seksyen 7, SHAH ALAM.
745 malam
Restoren Khalifa' - Skrin Besar - Jom La!!

Calling me: Afham - 0195594109

Rosicky: I was nervous before first session

Image
Tomas Rosicky mengakui dia agak nervous apabila kembali menjalani full training pada hari Khamis selepas 16 bulan mengalami kecederaan..

Pemain tengah Czech, yang kecewa selepas mengalami kecederaan tendon hamstring dan lutut sejak Januari 2008.. Menyelesaikan full contact session bersama rakan sepasukan di bawah pengawasan Arsene Wenger..

Harap-harap kembalinya Rosicky sekarang, yang menjadi key member kepada Arsenal sebelum mengalami kecederaan.. Walau bagaimanpun dengan hanya berbaki 2 perlawanan musim ini, Rosicky tidak mampu untuk beraksi memandangkan masih belum cergas.. Dan kita hanya mampu untuk melihat aksinya pada pre - match nanti..

"Saya amat gembira untuk kembali kepada pasukan," Rosicky berkata..

"Saya sedikit nervous I have to say.. Apabila anda sudah meninggalkan pasukan untuk tempoh yang lama anda tidak tahu apa yang akan berlaku.. Saya tidak tahu sama ada akan merasai perkara yang sama di dalam perlawanan.. Pemahaman yang sama.. Seperti yang saya ada dulu…

Van Persie jelmaan Dennis Bergkamp

Image
APABILA Robin van Persie tiba di Arsenal pada 2004, pengurus kelab, Arsène Wenger meminta pemain senior, Dennis Bergkamp membimbing pemain muda itu.

Hubungan mereka tidak seperti mentor-protege yang biasa kerana Bergkamp banyak mengejek rakan senegaranya itu dalam proses membimbingnya.

"Sesetengah pemain Belanda suka begitu," katanya.

Kadangkala Van Persie bagaikan kabur untuk bertanya soalan apabila ditanya Bergkamp dan keadaan itu menyebabkannya dia diketawakan."Dennis kerap menggelakkan saya," katanya. "Tapi itu cara Belanda. Jika anda tidak tahu sesuatu, anda patut bertanya." Van Persie panas baran dan sikapnya itu juga antara puncanya mengalami kecederaan dan terpaksa berehat panjang.

Pada 2006-07, metatarsalnya retak dan dia terpaksa berehat selama enam bulan. Musim berikutnya, ligamen kakinya pula terseliuh ketika mewakili Belanda.

"Saya menyalahkan diri saya sebagai punca kecederaan itu," katanya. "Sebelum berlaku, saya bertengkar dengan…

Wenger nak beli Khalid Boulahrouz??

Image
Arsenal dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Khalid Boulahrouz..

Pemain beusia 27 tahun itu dikenali di England sebagai pemain yang menghampakan untuk Chelsea.. Hanya melakukan 13 pernampilan untuk Chelsea pada tahun 2006/2007 selepas melengkapkan perpindahan dari Hamburg SV yang bernilai 8.5 juta..

Boulahrouz telah menghabiskan masanya di Sepanyol dengan mewakili Sevilla secara pinjaman.. Pada musim panas 2008 beliau telah menyertai VFB Stuggart dengan perpindahan bernilai 4 juta..

Laporan menyatakan yang Arsene Wenger berminat untuk mendapatkan pemain pertahanan Belanda ini ke Emirates Stadium untuk memperkukuhkan bahagian pertahanan..

Atikah rasa kita tidak sepatutnya membeli Khalid Boulahrouz.. Lebih baik kita bagi peluang kepada pemain pertahanan skuad simpanan kita seperti Harvard Nordveit daripada membeli Boulahrouz..

Boulahrouz memang amat mengecewakan semasa bersama Chelsea.. Atikah rasa walaupun Nordveit masih muda dan belum berpengalaman namun sekurang-kurangnya beliau …

Rosicky sudah mula full training dan berita kecederaan

Image
Berita gembira diterima kem Arsenal apabila Tomas Rosicky yang berehat selama 16 bulan telah menjalani full training.. Namun Rosicky hanya akan membuat kemunculan bersama Arsenal pada musim hadapan..

Inilah kata-kata Prof Wenger kita mengenai berita ini, "Untuk pertama kalinya hari ini, kami dapat Rosicky kembali berlatih.. Tapi sudah semestinya beliau tidak akan available buat masa terdekat ini..

Dan satu lagi berita baik yang diterima kem Arsenal ialah Arshavin disahkan akan beraksi menentang MU sabtu ini.. Dan nampaknya impiannya untuk menunaikan keingginan isterinya @ teman wanitanya iaitu Yulia untuk menukar jersi dengan Ronaldo..

Tapi disebalik berita baik tersebut sudah semestinya ada berita buruk.. Manuel Almunia disahkan tidak dapat beraksi menentang MU setelah masih merasai kesakitan buku lalinya selepas diterjah Diouf..

Nampaknya si Fabianski itu bakal beraksi lagi.. Ish3.. Cukup merisaukan Atikah sebenarnya.. Namun Wenger menyatakan yang Almunia mungkin dapat beraksi mene…

Adebayor penganti Drogba di Chelsea??

Image
Didier Drogba bakal meninggalkan Chelsea musim panas ini dan Emmanuel Adebayor merupakan penganti sesuainya..

Carlo Ancelotti yang dinamakan bakal menduduki kerusi panas Chelsea musim panas ini dilaporkan bersedia untuk membawa Adebayor ke Chelsea unuk mengantikan Drogba..

Masa depan Adebayor mula menjadi tanda tanya musim ini dan prestasi semasanya jelas mengecewakan peminat The Gunners..

Adebayor berhijrah ke seteru utama London kita?? Wow!! Tapi Atikah x kisah pun.. Lebih-lebih lagi perasaan kecewa kepada Adebayor di atas prestasi terkininya dan tiada perasaan main dengan Arsenal memang menutup segala rasa tidak mahu melihat Adebayor menyarung jersi Chelsea..

Dan ini pula khabar angin yang mengatakan yang Adebayor bermain bersama Arsenal hanya kerana wang.. Dan menambah jika bukan kerana wang beliau hanya akan kekal bermain di negaranya sahaja.. Betul ke?? Atikah rasa ya!! Memang dah terbukti pun.. Anda cuba ingat kembali yang Adebayor meminta kenaikkan gajinya dan menjadi pemain Arsen…

Ia merupakan impian saya bekerja bersama Arsene!!

Image
Pavel Progrebnyak menyatakan kesudiannya untuk menyertai Arsenal selepas dikaitkan bakal mengantikan Adebayor..

Penyerang Rusia, yang pernah bekerjasama dengan Arshavin di Zenit ST Petersburg, bakal mengambil peluang itu untuk beraksi di Stadium Emirates..

Arsene Wenger merasakan penyerang berusia 25 tahun itu mampu untuk mengantikan tempat Adebayor yang akan berpindah ke AC Milan musim panas ini berdasarkan satu laporan..

Progrebnyak berkata," Ini merupakan kali pertama saya mendengar minat Arsenal tapi sudah semestinya saya gembira dengan minat yang ditunjukkan mereka kepada saya.."

"Saya rasa untuk pemain lain mendapat peluang untuk bermain dibawah kendalian Arsene Wenger akan menjadi big step forward"..

Kontraknya bakal berakhir pada bulan November dan Zenit sudah bersedia dengan perjanjian terbaru, kelab itu mungkin melepaskannya musim panas ini atau bakal kehilangannya tanpa sebarang wang dapat kepada mereka..

General Manager Zenit telah bersedia menjualnya ke Blac…

Hilang 2 pemain!!

Image
Roque Santa Cruz bersedia untuk tidak mempedulikan minat yang ditunjukkan Arsenal dan Tottenham Hotspurs untuk kekal di North West..

Sebaliknya memilih untuk menyertai Manchester City atau pun Liverpool..

"Beliau masih mahu menyertai City tapi tidak tahu sama ada Mark Hughes akan kekal so perpindahan ke Anfield mungkin terjadi.. Beliau minat kepada pengurus berbangsa Sepanyol", kata sumber yang berdekatan dengan Santa Cruz..

Nampaknya impian sesetengah peminat Arsenal untuk melihat pemain ini bermain dan menyarung jersi Arsenal tidak kesampaian..

Tapi masih ramai lagi pemain yang lebih dan sama hebatnya dengan Santa Cruz.. Atikah cadangkan beli Tevez.. Hahah.. Gurau je..



Agent Xabi Alonso telah menafikan laporan yang menyatakan Alonso bakal meningalkan Liverpool.. Beberapa rumors telah menyatakan minat Manchester City dan Arsenal untuk mendapatkan khidmat Alonso..

Masa depan Alonso mula dijadikan bahan selepas perpindahannya ke Juventus musim lepas tidak menjadi..

Agent Alonso meny…

4 pemain simpanan Arsenal bersedia untuk dipinjamkan

Skuad simpanan Arsenal boss, Neil Banfield mengaku bahawa 4 pemain bintang dalam pembikinan Arsenal, Mark Randall, Gavin Hoyte, Nacer Barazite dan Henri Lansbury available untuk dipinjamkan musim panas ini..

Reserve team boss, Banfield rasa inilah masanya untuk Mark Randall untuk berfikir tentang masa depannya.. Beliau berkata, "Seterusnya Mark Randall perlu untuk bekerja keras semasa pre - season, impress the manager dan mungkin keluar untuk dipinjamkan musim depan untuk developmentnya.."

"Meraka perlu langkah seterusnya, mereka ada masa sebanyak 18 bulan pada tahap ini dan mereka perlu pergi at the sharp end.. Ia pergi untuk pemain seperti Nacer Barazite, Gavin Hoyte dan Henri Lansbury"..

Atikah rasa mereka semua ini patut dipinjamkan ke kelab lain selama 1 musim untuk mendapatkan pengalaman.. Dan perkara ini mampu untuk menguntungkan kita dengan apabila mereka kembali dengan pengalaman yang cukup kita x perlu lagi x mempercayai mereka.. Harap2 pasukan yang nak dapa…

Wenger nak beli Mathieu Coutadeur??

Image
Arsenal dilaporkan akan memancing pemain tengah Le Mans iaitu Mathieu Coutadeur.. Coutedeur telah dianggap sebagai pemain muda berbakat besar Perancis..

Untuk mendapatkan kepastian Atikah pun menghantar wakil@ejen Atikah ke Perancis untuk bertemu Coutadeur..

Inilah kata-katanya," Ejen saya telah dihubungi beberapa pasukan tapi masih belum ada sebarang perjanjian"..

"Arsenal?? Ya saya sudah mendengar yang mereka mahu mendapatkan saya.. Saya terkejut.. Rakan-rakan saya sudah mula mengejek saya.. Mereka ada telefon tapi belum ada sebarang perjanjian.."

"Sekarang masanya untuk saya pergi.. Ia cukup jelas.. The Chairman telah pun memberikan persetujuan untuk saya keluar.. Saya mahu mengapai ke suatu tahap yang baru..Saya perlukan cabaran yang lebih besar.."

Okey disebabkan Atikah x pernah dengar namanya tapi telah jatuh cinta dengan wajahnya Atikah pun melakukan research tentang Coutadeur..

Mathieu Coutadeur dilahirkan di Le Mans, Perancis pada 20 Jun 1986.. Beliau …

Arshavin kecewa di Arsenal!!

Image
Andrei Arshavin mengaku yang beliau sebenarnya kecewa dengan Arsene Wenger yang meletakkan beliau sebagai pemain sayap kiri..

Arshavin mengakui beliau ragu-ragu sama ada mampu menyesuaikan diri di England, tapi ia bergantung kepada posisi yang bakal diletakkan Wenger kepadanya..

Wenger selama ini telah meletakkan Arshavin yang ideal di posisi tengah ke sayap kiri.. Hanya kadang-kadang saja Wenger meletakkan Arshavin di posisi shadow striker..

Arshavin berkata," Target saya untuk 3 bulan pertama ialah bukannya menjaringkan banyak gol tetapi untuk mengetahui sama ada saya mampu bermain di England atau tidak.."

"Kadang-kadang saya rasa saya mampu melakukannya dengan baik tetapi kadang-kadang tidak.. Dan itu mungin sebab saya bermain sebagai pemain sayap kiri"..

"Saya masih belum mampu untuk mengunakan idea saya apabila bermain disitu.. Dan ia membuatkan saya bingung.." "Saya x tahu sama ada mampu untuk bermain sebagai pemain sayap kiri.. Atau ia hanya Tuhan …

Jersi baru away??

Image
Tiada keraguan tentang baju ini.. Official Website Arsenal telah pun pernah memberikan klu tentang baju away musim hadapan.. Dan Atikah yakin inilah bajunya.. Cantik berwarna biru gelap dan berkolar.. Cun!!


Amacam cantik x?? Ahh.. Atikah x sabar-sabar nak beli baju nie.. Ish3.. Harap-harap betul!!! Amin...

Yang ini pulak bayangan third kit jersi kita..


P/S: Atikah nak mintak maaf bagi pihak kakashi yang tulis satu perenggan je tentang masa depan Song tu.. Sori eh Taik lalat.. Atikah suruh Kakashi buat x sangka banyak tu je dia buat.. Ish.. Nanti kalau Atikah ada masa Atikah akan tulis balik.. Sori eh.. Kalau nak marah, marah dekat kakashi tu.. hahah.. Die cakap die tulis tu sambil tidur..

Berita gembira dari Toure!!

Sori lambat tulis artikel ini.. Mungkin ada yang dah tau.. Tapi x kisahla Atikah nak jugak kongsi berita ini.. Disebabkan semalam Atikah sedikit sibuk dan banyak pulak cerita panas tentang musim perpindahan nie Atikah terpaksalah membuat keputusan untuk delayed tentang berita gembira nie..