Posts

Showing posts from May 3, 2009

Pre - Match Arsenal vs Chelsea

Image
Arsenal akan menanti kunjungan Chelsea di Emirates Stadium hari ini.. Perlawanan ini akan di siarkan secara langsung di astro saluran ESPN.. Pada pukul 10.55 malam ini.. Jadi untuk Wenger tiada lagi alasan padang punca kekalahan kita..

Kita berjaya menewaskan Chelsea 2-1 di Stamford Bridge pada 30 November yang lalu.. Dua gol jaringan Van Persie dan satu gol kesian dari Djourou.. Atikah masih ingat perlawanan tersebut.. Atikah pada mulanya mahu menutup saja tv selepas ketinggalan.. Namun di sebabkan Atikah mempercayai pemain Arsenal mampu untuk mengejar Atikah dengan sabar sahaja melihatnya.. Gol penyamaan kita Atikah dapat lihat dengan jelas Van Persie sudah pun offside.. Tapi disebabkan kemurahan hati penjaga garisan membuatkan kita berjaya memenangi perlawanan tersebut..

Okeylah Atikah nak bariskan bayangan kesebelasan utama pada game ini.. Tapi Atikah x senaraikan Arshavin yang masih dalam keraguan.. Dan Bendtner juga yang kalau x silap Atikah digantung selama seminggu..

ALMUNIA
SAGNA…

Pre-match: Ladies Arsenal vs Ladies Everton

Image
Okey first Atikah nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu - ibu di dunia ini!! Jangan lupa peminat the Gunners untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu anda.. Okey Atikah nak mulakan artikel hari ini tentang Pre - Match Ladies Arsenal vs Ladies Everton..
Hari ini bukan sahaja pasukan lelaki Arsenal akan bermain.. Namun bagi Atikah Ladies Arsenal jauh lebih perlu memenangi perlawanan ini.. Jika tertewas maka harapan untuk treble akan berkecai.. Ladies Everton sekarang ini sedang mimimpin liga dengan kelebihan 3 mata.. Namun jika kita menang perlawanan ini maka kita akan dinobatkan sebagai juara memandangkan kita mempunyai kelebihan gol..
Perlawanan ini juga merupakan yang terakhir untuk Pengurus Ladies Arsenal iaitu Vic Akers.. Walaupun beliau tidak akan hadir pada perlawanan ini dengan memilih melihat pasukan lelaki Arsenal menentang Chelsea di Emirates.. Vic Akers sudah menguruskan Ladies Arsenal selama 22 tahun dan sudah pun menjulang 31 Piala!! Pengurus Ladies Arsenal ini …

Wenger: Robin mesti kekal di Arsenal!!

Image
Arsene Wenger telah memaksa Van Persie mengikut jejak Walcott yang menandatangani kontrak jangka panjang bersama Arsenal..

Walcott yang baru sahaja menandatangani kontrak yang di fahamkan sehingga 2013 di samping menerima gaji seminggu bernilai £60,000..

Walaupun kecewa 4 tahun sebarang piala Walcott tetap percaya Arsenal mampu memenanginya suatu hari nanti..

Kunci kepada kejayaan Arsenal ialah berpunca dari khidmat kapten Cesc Fabregas dan Van Persie yang menjadi penjaring terbanyak kelab..

Dan Wenger mahu Van Persie kekal bersama Arsenal untuk masa hadapan..

Wenger berkata: "Saya berharap beliau menandatangani perjanjian terbaru ini dan saya mencuba dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan beliau menandatanganinya"..

"Beliau merupakan pemain yang penting di dalam pasukan dan di atas padang beliau merupakan pemain yang cekap"..

"Kami mahu beliau kekal kerana kami memberikannya peluang semasa beliau mengalami situasi yang buruk di Feyenoord"..

"Saya rasa b…

Nicklas Bendtner di kenakan??

Image
Bendtner yang yang digantung seminggu oleh kelab selepas melakukan kontroversi selepas perlawanan menentang MU..

Arsene Wenger mengatakan yang Bendtner TIDAK MABUK semasa seluarnya terlondeh sebelum di bawa ke kereta..

Wenger berkata, " Saya marah apabila melihat gambar tersebut tapi beliau telah di kenakan"..

"Beliau tidak mabuk dan seseorang menunggunya diluar dan melondehkan seluarnya dari belakang"..

"Kemudian mereka mengambil gambarnya dan menunjukkan gambarnya kepada seluruh dunia dan itulah yang beliau katakan kepada saya"..

Adakah anda mempercayainya?? Atikah pun x tahulah.. Tapi apa - apa pun Bendtner telah pun digantung selama seminggu dan bakal terlepas aksi menentang Chelsea dan MU..

Ia pastinya mengecewakan peminat dan dirinya sendiri.. Namun apa yang berlaku sebenarnya hanya dirinya sahaja yang tahu..

Sementara itu Andrei Arshavin menjadi pemain terbaik Barclays Player of the Month award, selepas berjaya membantu Arsenal meneruskan rentak cemerlang…

Wenger: My Summer Transfer Window dan tentang Gibbs

Arsene Wenger mengejar seorang atau dua orang pemain berpengalaman pada musim perpindahan ini.. Tetapi bukan penyerang..

Dengan gagal untuk menamatkan kemarau 4 musim tanpa piala Wenger telah ditanya tentang musim perpindahan ini pada pre - metch conference semalam.. Seperti biasanya beliau menyatakan perkara utama ialah dengan memastikan pasukan sekarang ini kekal.. Dan beliau menambah walaupun beliau memasuki pasaran perpindahan beliau tidak akan merombak keseluruhannya..

"Saya tidak mengejar mana-mana pemain pada masa ini," Wenger berkata.. "Saya percaya yang saya perlu mengekalkan keseluruhan pasukan yang ada".. "Kami akan membeli 1 - 2 orang pemain pada musim panas untuk menguatkan pasukan tetapi kami sudah mempunyai banyak pemain penyerang".. "Jika kami beli kami tidak akan membeli pemain yang tidak berpengalaman memandangkan kami sudah ada"..

Atikah sebenarnya setuju dengan Wenger yang tidak mahu membeli pemain penyerang dan pemain yang x be…

Fabregas sees bright future

Image
Cesc Fabregas percaya pasukan muda Arsenal mampu untuk membawa pulang piala di Emirates Stadium..

The Gunners bakal mengakhiri 4 musim tanpa sebarang piala selepas dikecewakan Chelsea dan MU di peringkat separuh akhir FA Cup dan Champions League..

Buat pertama kali dalam region, Arsene Wenger menyedari polisi dan taktiknya dipersoalkan, dan beberapa peminat sudah mula kecewa..

Dengan hanya baru berusia 22 tahun, Fabregas dilihat sebagai leader terbaru Arsenal, dengan tangungjawabnya sebagai kapten telah meletakkan tanggungjawab besar untuk digalas di bahu Fabregas..

Walau bagaimana pun, Fabregas yakin beliau mampu untuk menunaikan harapan yang diletakkan kepada beliau dan Fabregas telah pun mempertahankan Wenger dan rakan sepasukannya untuk menamatkan kemarau trofi secepat yang mungkin..

"Ia merupakan musim yang agak sukar.. Dengan skuad yang masih muda kami telah melakukannya dengan baik".. Fabregas berkata pada Evening Standart..

"Ia sukar, tapi anda perlu bangun dan meliha…

Berita buruk!!!!!! & Cerita Bendtner

Image
Ini berita yang amat-amat menyedihkan.. Our hero iaitu Arshavin berkemungkinan bakal terlepas aksi menentang pasukan yang diuruskan jurulatih kebangsaannya iaitu pasukan Chelsea..

Pemain tengah Rusia ini mengalami selesema dan telah 2 hari tidak menjalani latihan.. Walaupun mempunyai masa untuk pulih namun Wenger menegaskan ia tidak mahu merisikokan Arshavin.. Inilah kata-kata Wenger.. "Andrei tidak boleh berlatih dan kemungkinan beliau x akan beraksi menentang Chelsea".."Beliau mengalami selsema dan kami terpaksa menghantarnya pulang hari ini"..

Ia pastinya meresahkan peminat Arsenal.. Dan ia mengembirakan Chelsea sebenarnya.. Okey disini pulak cerita pasal Bendtner..

Wenger menyatakan ia tidak boleh diterima mengenai perangai Bendtner yang agak keterlaluan itu.. Dan Wenger juga menambah Bendtner akan dikenakan tindakan mengenai kelakuan beliau itu.. " Ia tidak boleh diterima dan beliau bakal menerima pengajaran tentang kelakuan beliau dari kelab"..

Okey sam…

Emirates Cup 2009

Image
Berdasarkan kejayaan besar pada Emirates tournaments pada 2 musim lepas iaitu pada tahun 2007 dan 2008, Arsenal gembira untuk mengumumkan bahawa Stadium Emirates akan sekali lagi menjadi tuan rumah pada 2 perlawanan pre - match season tournaments bertemu 4 kelab yang sedang leading di pentas Eropah..

Emirates Cup 2009 akan berlangsung pada hari minggu hari Sabtu (1 Ogos 2009 ) dan hari Ahad (2 Ogos 2009), dan menyertai The Gunners untuk perlawanan menarik musim panas yang disertai kelab gergasi Scotland Rangers, wakil Spain Athletico Madrid dan pendahulu liga Perancis, Paris Saint- Germain..

Pasukan akan menerima 3 points bagi kemenangan, 1 points untuk seri dan 1 points untuk setiap gol yang dijaringkan.. Pemenang yang mengutip mata tertinggi bakal ditabalkan sebagai Emirates Cup Winners!!

Arsenal Chief Executive Ivan Gazidis berkata, "Kami gembira untuk menganjurkan sekali lagi untuk Emirates Cup pada Ogos 2009 nanti"..

"Atletico Madrid, Rangers dan Paris Saint-Germain s…

Walcott menandatangani long term kontrak!!

Image
Theo Walcott akhirnya mengotakan janjinya untuk kekal bersama Arsenal dengan menandatangani kontrak long term bersama Arsenal.. Dan ini juga bermaksud pasukan lain yang berangan mengambil khidmatnya akan kecewa..

Ini kata-kata dari si happy Walcott.. "Saya amat gembira di sini dan saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang bertanggungjawab membawa saya sampai ke peringkat ini dalam karier saya"..

"Bersama dengan kepercayaan kepada rakan sepasukan, pengurus dan kesemua staff, mereka semua telah berada di belakang saya selama bersama Arsenal"..

Wenger pula mengulas mengenai Walcott yang baru sahaja menandatangani kontrak baru.. " Walcott ialah pemain yang hebat di dalam keupayaan dan kepantasan, dan telah mengembangkan bakatnya dengan sungguh baik musim ini"..

" Dengan umurnya baru berusia 20 tahun, Walcott mempunyai bakat yang besar untuk beberapa tahun akan datang.. Dan kami semua ingin melihatnya berkembang dengan lebih baik di dalam jersi Ar…

Arshavin pemain terbaik Bulan 4!! & sedikit berita kecederaan

Image
Andrei Arshavin disahkan menjadi pemain terbaik bulan 4.. Dan ini bermaksud yang Arshavin berjaya memenanginya buat kali kedua berturut-turut.. Arshavin mudah menewaskan pencabar lain apabila menerima undian sebanyak 70.4%.. Fabregas ditangga kedua dengan 9.3% dan Almunia ditangga ketiga dengan 6.8%..

Ia langsung tidak mengejutkan memandangkan beliau berjaya menyumbat 4 gol pada perlawanan menentang Liverpool.. Namun bukan itu sahaja beliau juga berjaya menjaringkan gol sewaktu kemenangan 4-1 ke atas Wigan dan membantu pemain lain menjaringkan gol..

Pencapaian yang cukup mengkagumkan.. Terutama sekali fan Arsenal sendiri dapat merasakan Arshavin pantas menyesuaikan diri dengan corak permainan Arsenal dan cuaca di England.. Tahniah di ucapkan kepada Arshavin dan kepada Wenger sejumlah 16.5 juta yang anda laborkan amat berbaloi..
Atikah baru sahaja mahu menaiki teksi ke airport untuk fly ke Malaysia.. Tiba-tiba Physioterapi Arsenal iaitu Colin Lewin menelefon Atikah.. Dengan pantasnya Atik…

Lupakan Tragedi Hitam, Fokus Next Mission

Image
Baiklah...kekalahan dgn Manyur di Emirates telah berlalu yg memberi luka yg cukup dalam dan memeritkan, pedih..pedih..dengan anjing2 kurap fan Manyur cbuk menyalak di rumah Pak Wenger..gong!! woof!!..skali dia tembak ngan meriam besi baru tau...hahaha...Ingat, kita ada misi membalas dendam hari Ahad ni dan akan datang...lawan kita sapa lg klu bukan Chelshit ngan Manyur...Dlm liga kita berjaya membenam mrk2 suma lumat2 tp dalm perebutan cup, kita kalah semi..so...mrk2 dah balas dendam masa cup, kita balas balik..Its Revenge Time..I'll be back kata Arnold Susahnakeja..kekeke..


Chelshit maybe tgh moral down bila dikalahkan UCL semalam dgn gol away rule..so maybe kita da advantages ckit kot..tp skuad kita perlu bermuhasabah diri la dulu utk melengkapkan diri menghadapi mrk yg lahanat tuh...Come on Arsenal..YEAH!!!!

Didier Drogba atau nama timangannya Didi Berokba cukup panas dgn ref dr Norway ntah nama pa dia tu..susah nak ingat la...Dia ckp pa.."F***king Disgrace..hahaha..baru hg…

Kereta Fan Arsenal

Image
Okey alang2 Atikah ada dekat London Atikah pun pergilah tengok kereta2 fan Arsenal.. Khas tau.. Nielah gambar-gambarnya..
Amacam?? Lawa x?? Jeloussss................ Ish3.. Kan bagus kalau Atikah boleh dapat kereta nie.. Ha ini satu peringatan buat peminat MU ke ape ke anda semua dilarang masuk dalam laman web ini.. Cubalah jangan menyibuk dekat laman web orang.. Menang pun kecoh kalah pun kecoh.. Cukup2 lah tu.. Pergilah menyibuk dekat laman web blog MU ke ape ke.. Blog Arsenal untuk peminat Arsenal jelah bengong betullah peminat MU nie..

Orang kutuk marah.. Ingatkan dah x kutuk x adelah menyibuk dah.. Orang puji pun same je.. Duduk jugak menyibuk.. Lepas tu nak mengutuk pulak.. Blahla.. Dasar bengong punya peminat MU.. Menyibuk je.. X tahu malu.. Kalau orang ajak berjumpa lari pulak.. Siap menyorok bawah ketiak mak.. Dasar penyibuk, pemalas, pondan, pekak, buta dan banggang..

Kawasan dilarang peminat MU.. Pergi cari blog MU lah.. X payah nak menyibuk dekat blog Arsenal.. Buta ke ape??…

Reaksi Fabregas

Image
Aahhhhhh.. Teruk gila dreber teksi nie.. Rumah Bendtner die tau.. Rumah Fabregas die x tau pulak dah.. X pasal-pasal kena tunggu punya lama dia punya kawan datang ambil Atikah.. Ape-ape pun Atikah selamat sampai akhirnya.. Heloo.. Anybody home?? Ha ade pun.. Hai Carla.. Fab ade?? Nak jumpa Fabregas nie.. Ohh.. Atikah, Fabregas ada tu.. Duduk bersedih lagi.. Tu yang Carla ada nie.. Silalah jumpa Fabregas tu..

S: Hai Fabregas!!! Excited!!!!!!! Akhirnya dapat jumpa Fabregas.. Heheh.. Okey macam nie.. Apa reaksi anda berkenaan kekalahan semalam??

J: Saya amat kecewa untuk pasukan, peminat dan Gibbsy juga.. Awak tahu sebab dia pemain yang amazing untuk kami dan amat malang apabila beliau melakukan kesilapan sebegitu.. Dan ia membuatkan saya sedih memandangkan umurnya baru sahaja berusia 19 tahun.. Benda sebegini mampu berlaku kepada semua orang.. Dia perlu kuat dan dia akan menjadi pemain terbaik Arsenal dan England pada suatu hari nanti.. Dan apa yang perlu dia lakukan ialah bangkit dari ke…

Adebayor Mengutuk Wenger

Kringgg3... Ish3.. Sape pulaklah telefon Atikah nie.. Menyibuk je.. X senang Atikah nak pergi rumah my idol si Fabregas nie.. Heloooo... "Siapa di sana Atikah di sini"... "Halo".. "Atikah nie Adebayor lah".. "X kenal ke??".. "Ohh".. "Ade".. "Kenape call??".. " Dengar cerita Atikah dekat London".. "Betul ke"??.. "Ia lah".. "Nak pergi jumpa Fabregas nie".. "Cepat sikit cakap kenape Ade call Atikah nie".. "Macam nie".. "Ade ada benda nak cakap sikit lah".. "Boleh jumpa x?? Dekat taman berdekatan dengan rumah Fabregas??".. "La alang2 dekat dengan rumah Fabregas kenapa x jumpa dekat taman rumah Fabregas je??".. "Ini perkara panaslah".. "Atikah boleh dapat hak perjanjian eksklusif nie".. "Kalau x Ade panggil Param Singh Thalia ayarmo".. "Take or leave".. "Ish3 pandai betul Ade nie ugut Ati…

Bendtner meminta maaf!!

Fuhhhhh..... Cukup memenatkan Atikah.. Baru je sampai Kenya untuk menziarahi seorang peminat Arsenal yang bertindak nekad dengan mengantungkan diri selepas kekalahan Arsenal semalam.. Dahla polis x bagi kebenaran dekat Atikah buat cerita pasal dia.. Ahhhh.. Penat.. Sampai2 je dekat sana Atikah dapat call dari Utara London pulak..

Bergegaslah Atikah cari teksi nak pergi ke lapangan terbang.. Nasib baik ada 1 tiket kosong.. Atikah terus je ambil tanpa fikir 2 kali.. Duduk dalam kapal terbang Atikah pun fikirlah malam nie nak tidur rumah sape eh?? Duduk dengan Nasri.. Nanti kene tangkap pulak.. So Atikah fikir nak menginap dekat rumah Van Persielah untuk menjimatkan kos daripada duduk dekat hotel.. Hahaha.. Boleh jumpa isteri die lepas tu main dengan anak Van Persie.. Yelah alang2 dah ke London baik duduk sana 2-3 hari..

Sampai je dekat airport Atikah pun cari teksi nak pergi ke rumah Van Persie.. Fuhhh.. Nasib baik drebar teksi nie tau mana rumah Van Persie.. Sampai je dekat sana isteri V…

Adebayor - Arsenal made me, I can’t go

Image
Emmanuel Sheyi Adebayor atau nama saintifik nyer Adebahayo/Adibahnor..wakakaka..yg dah x berbahayo dah loni..bercakap " aku xnak g mano2 pun..Arsenal buat aku jadi striker yg digeruni "...apakah benar maksud mu itu Ade oi..

Ikuti perbualan wartawan sukan Ini TV ,Param Singh Thalia ayarmo..dgn Abe Bayor kita...

PS : emm adebahayo apa perasan anda dgn game semalam..fan suma xsuka tgk anda main cam taik jer..?

Ade : wah, cam taik ker aku main, aku rs cam best jer..haha..perasan aku mestilah sedih dan terharu, tp nak wat camna benda dah jadi mcm pepatah melayu ckp..nasik dah jadi bubur ayam McD...camtu ar...ko tau x..sebelum aku sign masuk Arsenal nih, aku dop ingat lg org kata aku bleh menang something klu join Arsenal..tp malang berbau cam gampang aku menang nothing...So, aku xkan blah dr Arsenal selagi aku x mng Silverware..

PS : Oooo...camtu ek..So, ko rs camna nak bayar blk ape yg ko dop berhutang ngan Arsenal..?

Ade : Pa lg kan..bg depa menang trofi la..aku dah ckp dah td..beng…

Adebayor sedia tinggalkan Arsenal??

Image
Nampaknya badan Adebayor saja yang masih berada di Arsenal.. Namun jiwanya dah sampai ke San Siro.. Adakah anda setuju dengan kenyataan Atikah ini??

Anda sendiri mampu saksikan.. Atikah dan anggap Adebayor ini hanya menyemakkan senarai pemain Arsenal je.. Nak stay or go.. Atikah sarankan Adebayor blah dari Arsenal!!

Sesiapa yang tiada hati nak bermain dengan Arsenal boleh blah dari Arsenal.. Buat apa bermain dengan pasukan yang kita x cinta?? Atikah makin lama makin meluat dengan si budak Adebayor ni..

X paham betul Atikah.. Nak blah tapi masih stay.. Si Wenger pun lepaskan je si Adebayor yang tendang merapu ni.. Beli pemain lain.. Banyak lagi yang lagi bagus dari Adebayor nie.. Dah alang-alang AC Milan nak beli die 30 juta.. Terima jelah Wenger!! Jangan jadi bodoh sangat..

Atikah sejujurnya dah malas nak tengok muka Adebayor nie.. Pemain yang tiada perasaan dekat Arsenal nie patut dijual.. Atikah langsung x percaya yang die masih seronok dekat Arsenal.. Coz hakikatnya jiwa die dah kemana…

My Life, My Heart and My Soul is In Arsenal Forever

Image
Okey sebenarnya Atikah malas gila nak tulis artikel sejak kekalahan Arsenal ini.. Nak beli surat khabar pun malas.. Rasa memang teramat kecewa dengan keputusan ini.. Kalau di Old Tradford x pelah.. Ini di Emirates!!! Memang sukar untuk Atikah terima keputusan ini..

Semalam semangat Atikah cukup berkobar-kobar.. Kerana Atikah yakin kita akan bertarung bermati-matian.. Biarlah kalah asalkan kita bermain bermati-matian.. Start masuknya gol kedua MU tu.. Atikah terus tutup komputer.. Terus masuk bilik dan tidur.. Tapi ia tidaklah semudah disangka sebenarnya.. Tidur Atikah langsung x lena..

Kesilapan beberapa pemain memang menyebabkan Arsenal merana.. Pada hakikatnya Atikah sebenarnya x kisahla kalau kita x menang piala 10 musim sekali pun.. Kerana Atikah akan tetap menyokong Arsenal.. Tapi Atikah tahu keputusan begini akan menyebabkan ramai pemain Arsenal pergi..

Sejak bangun je dari tidur tadi Atikah dah terbayang beberapa pemain pergi meninggalkan Arsenal.. Dan sekarang ini kepercayaan Ati…

Biarkan Ia Berlalu...

Image
Wah..bunyi tajuknya cam biasa jer..tp disebalik itu perasaan kecewa, geram, sedih, gundah gulana dan jiwa kacau melandai diriku dan para jemaah Gooner seantero dunia..UCL, competition yg paling berprestij di Europe terlepas dr tgn Arsenal dengan cara yg memalukan...1-3 dibenam oleh anak2 setan yg durjana...Ronaldog bersiar2 di taman(Park)..2 dr Ronaldog..1 dari Taman yg muka xmandi baru bgn dari tdoq. Alahai wenger, alahai Arsenal..apa sudah jadi..PBT asyik dop nganga ja...Saguhati utk Arsenal, PK from RVP...sob3..nak wat camna dah nasib badan...ish3 cobaan..

Gol 1st hasil kegelinciran dan kegelabahan Gibbs dibenteng kiri memusnahkan moral para pejuang kita...aku x salah kannya 100% sbb tgh lari laju pastu slip mana nak sempat bgn cover line...so fikir2kanlah..Ronaldog cukup cemerlang dgn aktiviti fav nya..DIVE..pastu dpt FK dan gol kedua...Almunia dah x sekental tin aluminium dah mlm nih..habis dikemikkan...senjata utama manyur adalah counter attack beriringan dgn larian2 deras dan pa…

Poor Game Arsenal vs Man United in Semi Final Champion League

Susulan dengan kekalahan, Afham terus menulis dengan tangisi kesedihan hati yang terus kehausan piala musim demi musim. Apa yang perlu diungkai di sini. Terlalu ghairah mendapat gol awal Arsenal diuji dengan gol awal oleh Fuck Jing Sung hasil kealpaan pertahanan Gibbs mematahkan harapan Arsenal. Corak permainan yang lebih kepada crossing and heading sedikit pun tidak membuah hasil. Sebaliknya tendangan free kick oleh Cicano Ronaldo si Diver boleh lak masuk. Argh!! Apakan daya untuk Arsenal mengikat ManKayu dengan 3-0 gol. ManKayu terus mengasak dengan serangan counter attack dan defense Arsenal terlalu open memberi peluang kepada Ronaldo sekali menghasilkan gol. Jaringan gol penalti itu ibarat saguhati dari pengadil. Van Persie tidak melepaskan peluang untuk menjaringkan gol. 1-3 di Emirates Stadium menghampakan seluruh penyokong Arsenal di dunia termasuk kita di sini, Malaysia. Jangan patah semangat penyokong Arsenal. Tunggu musim hadapan ye..!!

I love You All Gooners!!

Bermulanya Di sini....

Image
Wokeh...apa sebenarnya yg aku nak berkarangan nih...emm...aku nak tulis bab2 UCL mlm nih dah cukup lengkap setelah dilengkapkan oleh Atikah..so..ketika idea dop dtg tetiba dlm kepala nih lalu aku terus menjamah komputer aku..wah3, mukaddimah pjg la plak...hohoho. Camni, bab prediction, post match ke hape ke...dah ade, so gua nak berkongsi la dengan gooner2 sekalian. Kenapa aku dan rakan2 sekalian menyokong dan meminati Arsenal. Sebab playernya ka, sebab manager dia ka, sebab gameplaynya ka..dan ...lu pk la sendiri yg lain2 tuh. So, bagi gua la kisahnya bermula di sini...

Aku minat Da Gunners masa aku masuk sekolah menengah..sebelum tu aku x minat bersukan..so sukan2 apa pun aku xambik tau..buat bodo jer..seingat aku time 2002 ada world cup kan...time tu la aku mula minat bola nih...1st world cup aku tgk live. Sampai ponteng tuisyen nak tgk game waktu tuh..hehehe. Pastu aku tgk Legend kita Titi bukan titi org dop merentas paya tuh...haha..Aku terus minat mamat tuh..main best walaupun Fr…

Siapakah Marc Overmars??

Image
Okey siapa yang menyokong Arsenal dari tahun 1997 pasti kenal pemain disebelah ini.. Namanya ialah Marc Overmars.. Okey Atikah tulis artikel ini sebab dapat permintaan dari seorang peminat Arsenal.. Perjanjian dibuat di laman web lobahgooners.. Dan untuk mengotakan janji ini Atikah pun mulalah meresearch..

Bermula di YouTube ke Wikipedia.. Barulah Atikah tau siapa rupanya Marc Overmars nie.. Beliau hanya bermain lebih kurang 3 musim sahaja di Arsenal dari tahun 1997-2000..

Marc Overmarc dilahirkan pada 29 Mac 1973 di Emst, Belanda.. Beliau dikenali sebagai pemain sayap kiri berkaki kanan.. Sebenarnya dia mampu untuk mengunakan kedua-dua belah kakinya.. Beliau juga pantas.. Dikenali sebagai the roadrunner atau meep-meep..

Freddy.. Atikah x bolehla nak tulis secara terperinci.. Sori eh.. Kalau nak tau secara terperinci just klik perkataan YouTube dan Wikipedia.. Sori sangat-sangat..

Karier beliau bermula di sebuah kelab kecil di Belanda iaitu kelab SV Epe.. Sebelum beliau menyertai kelab Go…

Pre - Match: Arsenal vs MU

Image
Arsenal akan menanti kunjungan Juara Bertahan Champions League iaitu MU di Emirates.. Perlawanan akan berlangsung ikut waktu Malaysia ialah pada pukul 2.45 pagi ini.. Akan ada siaran langsung di Astro ESPN.. Kalau siapa yang nak tengok streaming nanti Atikah tulis link streaming dekat Shout Mix..

Okey banyak berita gembira diterima kem Arsenal semalam.. Iaitu kepulangan semula Van Persie dan Silvestre.. Ini sudah pastinya memberikan sedikit kelegaan kepada Wenger dan peminat Arsenal.. Namun ia tidak kepada Ferguson..
Stadium Emirates akan menjadi saksi kepada kemaraan Arsenal atau MU nanti.. Namun mengikut rekod Arsenal terlalu kebal untuk ditewaskan di gelanggang sendiri.. Rekod 8 kali tanpa bolos disini harus diteruskan dan ini akan memberikan tekanan kepada MU.. Jika kita mampu menang 2-0 disini dan tanpa bolos.. MU bakal mengigit jari dan menangis air mata darah.. Kerana mereka gagal untuk melayakkan diri ke pentas final dan mempertahankan kejuaraan..

Namun Atikah sebenarnya teringi…

Kamilah Juara!! :- Ladies Arsenal

Jika pemain lelaki Arsenal gagal ke Final FA Cup tidak bagi juara bertahan FA Women Cup iaitu Ladies Arsenal.. Mereka melangkah ke Final FA Women Cup semalam.. Ladies Arsenal yang mencari piala kesepuluh FA Women Cup dan yang keempat berturut-turut berjaya melakukannya semalam..

Ladies Arsenal menang tipis 2-1 ke atas Ladies Sunderland.. Katie Chapman berjaya meledak selepas penjaga gol Ladies Sunderland gagal menangkap kemas sepakan padu Gemma Davison.. Kim Little berjaya menembusi gawang Ladies Sunderland melalui gerakan Counter- Attack.. Namun Kelly McDougall berjaya menjaringkan gol sagu hati.. Namun ia sudah terlambat untuk menafikan kemenangan Ladies Arsenal..

Kemenangan ini bermakna Ladies Arsenal sudah berjaya mendapatkan 2 piala.. Satu lagi piala ialah FA Women's Premier League Cup.. Di mana piala ini dijulang pada 26 Februari yang lalu selepas membelasah Doncaster Rovers Belles 5-0.. 1 lagi piala yang belum dijulang Ladies Arsenal untuk melengkapkan kemenangan treble ialah…

Van Persie bakal beraksi menentang MU!!!!

Image
Berita baik diterima dari kem Arsenal!! Sedang Atikah bosan Atikah pun mulalah mencari berita-berita untuk artikel esok.. Namun disaat Atikah putus asa sebab x de berita yang meletup.. Disaat itulah keluarnya berita yang ditunggu Atikah terpancul di laman web rasmi Arsenal..

Tanpa sebarang keraguan.. Atikah terus menulis artikel ini.. Barisan doktor terhebat dan magik kita berjaya menyembuhkan Van Persie tepat pada masanya.. Sembuhnya Van Persie di waktu yang amat tepat iaitu sebelum menjelangnya perlawanan penting di saat-saat genting ini.. Amat disenangi.. Peminat Arsenal sudah semestinya merasa lega..



Namun tidak kepada si pak hidung merah si pak cik Ferguson.. Sudah pastinya dia akan risau.. Haha.. Padan muke kau.. Dan Wenger plak kene tepati janjinya.. Wenger cakap kalau Van Persie available dia nak guna formasi 4-4-2..

Silvestre pun disahkan akan beraksi esok.. Walaupun masih merasai kesakitan.. So sampai sini jelah artikel Atikah.. Atikah cuma nak updatekan berita nie je.. Jumpa l…

Miss You Henry!!

Image
Entah kenapa Atikah tiba-tiba merasa rindu dekat Henry.. Mula-mulanya untuk menyambut hari jadi Fabregas Atikah memutuskan untuk melayari internet dan bukak You Tube untuk melihat video klip Fabregas..

Memandangkan tiba-tiba Atikah ternampak kelibat Henry dalam video itu Atikah pun jadi rindu dengan kelibatnya dan skill Henry untuk Arsenal selama ini..

Meninggalkan Arsenal pada tahun 2007 masa musim perpindahan untuk menyertai Barcalona.. Dengan apa sebabnya pun x tau.. Cuma Henry je tahu.. Namun kita tahu yang dia tinggalkan Arsenal untuk mencapai lebih banyak trofi..

Kita mendapatkan khidmatnya selepas Wenger yang selama ini mengasah bakatnya membeli Henry dari Juventus setelah Henry tidak mampu untuk menyesuaikan diri di posisi sayap kiri..

Henry mula menjadi kapten Arsenal selepas Viera tinggalkan Arsenal.. Agak banyak juga kejayaan yang diperoleh Henry bersama Arsenal dan yang paling x dilupakan kejayaan memenangi liga dengan rekod tanpa kalah yang masih menjadi rekod yang tidak dapa…

Penganti Adebayor??

Image
Okey Atikah dapat berita ini dari laman web lobahgooner..

Mevlüt Erdinç dilaporkan sedang diintai Wenger untuk mengantikan tempat Adebayor.. Seperti yang kita sedia maklum bahawa AC Milan amat-amat meminati Adebayor kita ini.. Dan mereka sanggup membayar sebanyak 30 juta untuk mendapatkan khidmat Adebayor..

Mevlüt Erdinç bukanlah nama yang biasa kita dengar bukan?? So Atikah disini akan memberikan keterangan tentangnya dengan terperinci..Bermula dengan melihat video klip di You Tube sebelum mencari profilnya di dalam Wikipedia..

Mevlüt Erdinç dilahirkan pada 25 Februari 1987 di Saint-Claude, Jura, France.. Mempunyai ketinggian 181 cm.. Warganegara Perancis dan Turkey.. So dia boleh memilih mana-mana satu untuk beliau beraksi dalam pasukan kebangsaan.. Dan dia memilih Turkey..

Sekarang ini Mevlüt Erdinç mewakili pasukan Ligue 1 iaitu FC Sochaux.. Erdinç mendapat promosi dari FC Sochaux Academy untuk membuat kemunculan di dalam skuad senior pada musim 2005/2006..

Menjaringkan gol pada lewat …

Happy Birthday Fabregas!!

Image
Hari ini genap umur 22 tahun kapten Arsenal yang terhebat iaitu Fabregas.. Tanggal 4 May 1987 ialah tarikh hari lahirnya.. Dan ini adalah kali pertama Fabregas menyambut hari jadinya sebagai kapten Arsenal.. X sangka secepat ini hari lahirnya tiba setelah lama Atikah menanti.. Tapi sayang Atikah x boleh bagi hadiah dekat kapten Arsenal dan my idol ini.. Kan bagus kalau Atikah boleh pergi jumpa dia lepas tu bagi hadiah dekat dia.. Sudah pastinya ia akan menjadi hari yang paling indah dan kenangan yang terindah sepanjang hayat Atikah..

Okey cukup-cukuplah Atikah berangan.. Hari ini mungkin Fabregas tidak boleh berparti dan meraikan hari jadinya memandangkan kita ada tugasan penting bertemu MU dengan sasarannya ialah menewaskan MU dan melangkah ke Final Champions League musim ini.. Namun Atikah tahu siapa akan bagi hadiah dekat Fabregas hari ini.. Mereka ialah Ladies Arsenal yang akan bersaing dengan Ladies Sunderland untuk merebut piala FA Women CUP pada hari ini..

Kejayaan mereka mungkin…

Fabregas Is The Best Captain In The World!!!

Image
Okey disebabkan Atikah merupakan peminat fanatik Fabregas.. Terbit rasa mahu menulis artikel ini yang ditujukan khas untuk Fabregas..






















Francesc Fabregas Soler dilahirkan di Arenys de Mars, Sepanyol pada 4 May 1987.. Kelab bola sepak yang berdekatan tempat kelahirannya ialah kelab remajanya iaitu Barcalona.. Pada tahun 2003 Wenger membawanya dari Barcalona ke Arsenal pada usia 16 tahun.. Membuat penampilan pertamanya dalam liga sebagai kesebelasan utama pada umurnya baru sahaja berusia 16 tahun 177 hari!! Dan menjadi pemain termuda yang beraksi dalam kesebelasan utama..

Selepas 35 hari membuat kemunculannya dia menjaringkan gol pertamanya dan menjadi sejarah pemain Arsenal termuda yang menjaringkan gol.. Dia mula bermain dengan lebih kerap pada musim 2004/2005 untuk mengantikan Patrick Viera yang mengalami kecederaan.. Dan mula menjadi pemain tetap selepas Viera berhijrah..

Memakai jersi bernombor 4 setelah sekian lama memakai jersi bernombor 15.. Perginya Viera membuka ruang untuk Fabrega…