Posts

Showing posts from April 5, 2009

Post Match Arsenal vs Wigan

Okey aku x nak ulas lagi mengenai perlawanan semalam.. Aku ada sedikit pertanyaan apabila aku melihat kesebelasan utama Arsenal semalam.. Khususnya penjaga gol simpanan.. Aku menjangkakan Vito Mannone sebagai penjaga gol simpanan tetapi Wenger menyenaraikan penjaga gol pasukan simpanan Arsenal iaitu Wojciech Szczesny.. Adakah kerana dia sama negara dengan Fabianski iaitu Poland?? Entahlah cuma Wenger je yang tau.. Okey semalam Wenger merehatkan Nasri dan Adebayor untuk perlawanan ini.. So Walcott dan Bendtner di beri tanggungjawab mengantikan mereka berdua.. Van Persie di senaraikan dalam pasukan Arsenal pada perlawanan ini.. Okey mengenai perlawanan semalam aku agak kecewa selepas Mido menjaringkan gol pada minit ke - 17.. Malang menimpa Arsenal sekali lagi.. Tapi bukan Wigan menjaringkan gol kedua, tetapi kecederaan Djourou di lutut kirinya.. Entah serius atau x aku pun x tau.. Maka ia agak menyulitkan Arsenal pada 2 bulan penuh dengan perlawanan yang penting.. Mungkin pemain pertah…

Pre Match Arsenal vs Wigan di JJB Stadium

Image
Arsenal akan bertandang ke Stadium JJB malam ini.. Hari ini tiada siaran langsung di tv.. So pandai2 sendirilah macam mana nak tengok.. Tapi anda semua jangan risau saya berjanji akan beri analisis yang tepat, padat dan ringkas.. Saya pun x taulah macam mana agaknya nak tengok hari ni.. Kena cari streminglah jawabnya.. Okey Arsenal akan ke Wigan hari ini tanpa 3 tonggak pertahanan.. Iaitu Almunia, Gallas dan Clichy.. Wigan pula bakal kehilangan khidmat penyerang mereka iaitu Amr Zaki yang masih belum melaporkan diri ke kem Wigan selepas menyarung jersi kebangsaan Mesir.. Waktu saya menulis artikel ini masih belum terdapat bayangan sama ada Van Pirsie dan Eduardo dapat main x malam ni.. So aku rumuskan mungkin mereka x sertai pasukan.. Jadi ini ialah bayangan kesebelasan utama Arsenal malam ini ( tidak termasukVan Pirsie dan Eduardo)..
----- Fabianski -----
Sagna ----- Djourou ----- Toure ----- Gibbs
Fabregas ----- Denilson ----- Song ----- Nasri
----- Arshavin -----

Fabianski bakal penjaga gol nombor 1 Arsenal dan Poland !!

Image
Lukasz Fabianski dilahirkan di Kostrzyn Nad Odra, Poland pada tanggal 18 April 1985.. Fabianski menyertai Arsenal pada 26 May 2007 dari Legia Warsaw.. Membuat debut pertama bersama Arsenal menentang Newcastle United di dalam Carling Cup pada 25 September 2007.. Usianya masih muda iaitu berusia 24 tahun pada 18 April ini.. Kehebatannya di gawang Legia Warsaw pada masa dahulu diteruskan apabila berpindah ke Arsenal.. Tidak mengejutkan apabila dia di undi sebagai penjaga gol terbaik ‘Ekstraklasa’ ( Liga Poland) pada tahun 2006 dan 2007.. Jika anda melihat permainannya baru - baru ini iaitu sewaktu menentang Hull City di dalam Piala FA kita boleh lihat betapa cemerlangnya aksinya itu.. Walaupun melepaskan 1 gol yang terbias terkena kaki Djourou yang mengakibatkan Fabianski sukar untuk melakukan sesuatu sebelum bola itu menerjah jaring.. Tapi dia berjaya menafikan free kick cantik dari Geovanni.. Aku melonjak kegembiraan.. Kalau aku ada dekat dia nak je aku peluk dia.. Teringat aku waktu …

Masalah kecederaan pemain Arsenal berulang kembali!!

Seri 1 - 1 dengan Villareal membuatkan Arsenal terpaksa membayar dengan masalah kecederaan yang kembali menghantui kem Arsenal.. Kita bakal kehilangan Almunia selama 3 minggu kerana cedera pergelangan kaki semasa perlawanan menentang Villareal.. Gallas pula berkemungkinan tidak dapat beraksi sehingga ke penghujung musim kerana mengalami kecederaan ligamen lutut.. Wenger mengakui kerana selama ini Gallas sering sembuh cepat dari kecederaan membuatkan Wenger rasa Gallas mungkin mampu beraksi sebelum tamat musim ini.. Nampaknya Gallas perlukan keajaiban untuk sembuh secepat mungkin.. Tiba - tiba kem Arsenal dikejutkan dengan masalah kecederaan Clichy.. Dia dilaporkan mengalami kecederaan belakang dan perlu berehat selama 2 minggu.. Van Pirsie dan Eduardo pula dilaporkan mungkin dapat beraksi menentang Wigan Sabtu ini jika mampu melepasi ujian yang bakal disediakan.. Harap - harap lepas, tapi aku x kisah mereka x main pun janji masa lawan Villareal dan Chelsea mereka boleh main.. Okey d…

Fabianski mahu menjadi nombor satu.

Image
Lukasz Fabianski berkata bahawa dia bersedia untuk menunjukkan bahawa dia mempunyai kebolehan untuk menjadi penjaga gol utama Arsenal pada masa akan datang.

Pemain berusia 23 tahun dari Poland itu dijangka disenaraikan dalam kesebelasan utama berikutan kecederaan yang dihadapi oleh penjaga gol nombor satu Manuel Almunia.

Kecederaan pemain Sepanyol itu - yang dijangka mengakibatkannya diketepikan buat beberapa minggu - telah memeberikan peluang kepada Fabianski untuk menunjukkan kebolehannya dalam saingan pertama pusingan suku akhir Liga Juara - Juara menentang Villareal.

Fabianski telah dipaksa menunjukkan kebolehannya dengan serta - merta, dimana dia melakukan dua penyelamatan yang memberangsangkan untuk membantu Gunners seri 1-1 menerusi jaringan menarik penyerang Togo Emmanuel Adebayor.

_____________________________________________________________________________________
Gallas terkeluar bagi Gunners.
_____________________________________________________________________________________

Ar…

Injury News!!

Kem Arsenal masih menanti - nanti keputusan kecederaan 2 tonggak pertahanan dan GK iaitu Gallas dan Almunia.. Terdapat bayangan tentang kecederaan mereka tapi masih belum di pastikan oleh Physio Arsenal iaitu Colin Lewin.. Aku terdengar bahawa Almunia mengalami kecederaan pergelangan kaki dan kemungkinan Arsenal bakal kehilangan khidmatnya sekurang - kurangnya selama 3 minggu.. Gallas pula mengalami kecederaan ligamen lutut dan sudah semestinya kita akan kehilangannya agak lama jika kecederaan lututnya serius.. Tapi aku tidak risau berapa lamakah kita akan kehilangan kedua - dua tongak ini memandangkan aku mempercayai kebolehan Lukasz Fabianski di benteng terakhir Arsenal.. Tapi jika penjaga gol ketiga Arsenal iaitu Vito Mannone mungkin aku agak risau.. Kenapa aku percaya Fabianski?? Mudah kerana dia tidak kurang hebatnya dengan Almunia.. Cuma dia agak kekurangan pengalaman dan mungkin agak gugup.. Kita patut bagi dia peluang memandangkan setiap peluang yang diberikan Arsene Wenger ke…

Villareal 1 - 1 Arsenal

Image
Nampaknya ramalan aku Arsenal mampu menang 2-0 meleset sama sekali.. Namun 2 gol terhasil dalam perlawanan awal pagi tadi dengan Marcos Senna dan Adebayor menjaringkan 1 gol untuk kedua - dua pasukan seri 1 - 1.. Tamparan hebat buat pemain Arsenal telebih dahulu selepas Almunia terhincut - hincut selepas di tackle oleh pemain lawan.. Namun terlebih dahulu Senna melakukan rembatan kencang untuk memberikan pendahuluan kepada Villareal pada minit ke - 10.. Pada minit ke - 27 barulah Wenger melakukan pertukaran untuk membawa masuk Fabianski selepas melihat Almunia sudah tidak mampu untuk meneruskan perlawanan.. Malang menimpa pasukan Arsenal sekali lagi selepas tonggak pertahanan berpengalaman iaitu William Gallas injured pada minit ke - 42.. Kejutan berlaku di sini apabila Wenger memberikan peluang kepada Djourou untuk bergandingan dengan Toure tetapi bukan pertahanan berpengalaman iaitu Silvestre.. Pada second half kerja keras pemain Arsenal akhirnya berbaloi apabila Fabregas menghantar…

Almunia rebut kejayaan

Image
Penjaga gol Arsenal Manuel Almunia menegaskan kini merupakan masa untuk Gunners mencapai keputusan cemerlang di pentas besar dan mengisytiharkan pasukan kesayangan aku ni berpeluang besar untuk berbuat demikian musim ini.

Kelab liga Perdana Barclays yang kian meningkat naik pada masa sekarang ini akan menentang Villareal untuk merebut tempat ke peringkat separuh akhir Liga Juara - Juara, dengan perlawanan pertama akan diadakan di stadium El Madrigal malam ini.

Sepangjang tiga bulan lepas Gunners telah dengan perlahan mendapatkan semula momentum, rekod tanpa kalah dalam 17 perlawanan liga Perdana berturut - turut meletakkan Arsenal kembali ke tangga empat teratas manakala mereka juga telah mara ke separuh akhir Piala FA menentang Chelsea di Wembley.

Almunia yang berusia 31 tahun itu yakin pemain - pemain seperti Cesc Fabregas dan Theo Walcott dapat mencapai kejayaan untuk Gunners pada 2009.

Masa Robert Pires dan Villareal membalas dendam??

Image
Adakah anda semua masih ingat perlawanan akhir UCL 2006 bertemu Barcalona?? Kalau masih ingat sudah semestinya anda masih teringat siapakah mangsa Wenger untuk dikeluarkan untuk membawa masuk Almunia selepas Lehmann dilayangkan kad merah.. Permainan baru memasuki minit ke - 19 Pires terus dibawa keluar untuk membawa masuk Almunia.. Mungkin di dalam hati Pires dia mengatakan "mengapa dia? Mengapa bukan Fabregas atau Hleb??" sudah semestinya ia menjadi detik hitam dalam karier Pires.. Kunjungan Arsenal ke El-Madrigal nanti sudah semestinya Pires mahu menjaringkan gol ke atas kelab lamanya itu.. “Jika saya bernasib baik dapat menjaringkan gol, saya tidak akan merayakannya secara keterlaluan kerana saya menghormati lawan dan peminat mereka kerana ia cukup bermakna di dalam karier saya.” Inilah janji Pires.. Villareal juga sudah semestinya mahu membalas dendam kekalahan 1 - 0 mereka di tangan Arsenal di separuh akhir UCL 2006, di mana Lehmann pada ketika itu menyelamatkan sepaka…

Pemain yang akan ke Villareal

Selepas membuka laman web rasmi Arsenal aku terbaca 1 berita baik dan 1 berita buruk.. Yang baiknya Nasri dan Walcott disahkan cergas untuk fly ke sepanyol.. Yang buruknya pulak Van Pirsie, Eduardo (dudu), Rosicky dan Abou Diaby disahkan tidak cergas.. Van Pirsie mempunyai peluang 50 : 50 tetapi macam biasa Wenger x kan membahayakan pemain yg tidak cergas sepenuhnya.. Wenger berkeras tidak akn membawa Van Pirsie bersama tetapi disahkan akan bersama skuad pada 2 leg di Emirates Stadium..
Skuad Arsenal yang akan berdepan Villareal
1 Manuel ALMUNIA (GK)
3 Bacary SAGNA
4 Cesc FABREGAS
5 Kolo TOURE
8 Samir NASRI
10 William GALLAS
12 Carlos VELA
14 Theo WALCOTT
15 DENILSON
17 Alex SONG
18 Mikael SILVESTRE
20 Johan DJOUROU
21 Lukasz FABIANSKI (GK)
22 Gael CLICHY
25 Emmanuel ADEBAYOR
26 Nicklas BENDTNER
27 Emmanuel EBOUE
40 Kieran GIBBS

Selamat Datang diucapkan kepada ATIKAH

Di sini saya merakamkan ucapan Selamat Datang kepada penulis baru Blog Arsenal Malaysia dot Blogspot dot Com iaitu saudari Atikah. Walaupun masih baru sahaja menulis di blog ini. Saya berasa kagum dengan semangat beliau kerana sanggup berkorban masa beliau demi blog ini. Terasa terhutang budi pun ada.

Bila Arsenal Malaysia akan buat Gathering. Jangan risau. Afham belanja... :P

Arsenal 2009/2010 Away Shirt

Image
Is it true?

Bayangan kesebelasan utama Villareal dan Arsenal

Image
Untuk pemain Villareal aku amat pasti kerana aku menyelinap masuk laman web rasmi Villareal untuk mendapat bayangannya.. Ini ialah pemain Villareal yang akan bertemu dengan Arsenal nanti..
Goalkeepers: Diego López and Viera
Pertahanan:Javi Venta, Gonzalo, Capdevila, Ángel, Godin, Fuentes and Cygan.
Pemain Tengah: Marcos Senna, Pires, Eguren, Cani, Ibagaza and Mati Fernández.
Penyerang: Rossi, Nihat, Llorente and Guille Franco.

Untuk Arsenal pula aku memberi bayangan sebegini..
Goalkeepers: Manuel Almunia and Lukasz Fabianski
Pertahanan: Sagna, Gallas, Toure, Clichy, Silvestre, Gibbs and Djourou
Pemain Tengah: Theo Walcott, Cesc Fabregas, Samir Nasri, Denilson, Eboue and Abou Diaby
Penyerang: Van pirsie, Eduardo, Adebayor and Vela/Bendtner

4 pemain yang dilaporkan injured selepas beraksi bersama pasukan kebangsaan masing2 iaitu Samir Nasri, Abou Diaby, Van Pirsie dan Eduardo kemungkinan akan pulih pada pertemuan menentang Villareal.. Aku harap 3 pemain utama Arsenal ini iaitu Samir…

Aston Villa tertewas lagi!!!

Image
Satu berita gembira untuk peminat Arsenal.. Aston Villa kecundang 2 - 3 kepada MU.. Kekalahan Aston Villa di tangan MU cukup untuk Arsenal menjarakkan diri daripada Aston Villa kepada 6 mata.. Kepada MU thanks kerana membantu Arsenal.. Martin O'neill inilah balasan sikap angkuh engkau.. Dan jangan lupa janji kau pada Arsenal dulu yang kau akan mengucapkan 'TAHNIAH' kepada Arsenal jika Arsenal mampu merampas slot ke UCL tahun hadapan.. Kepada pemain Villa pula padan muka, itulah siapa suruh memperlekehkan kemampuan Arsenal sampai mengatakan Martin O'neill mampu memecahkan kumpulan 'BIG FOUR' iaitu ARSENAL,MU,LIVERPOOL and CHELSEA.. Tapi apa yang aku tengok ialah selepas habis musim perpindahan je Aston Villa mula terumbang - ambing bagaikan kapal mereka terlanggar batu karang dan kapal mereka perlahan - lahan karam.. Untuk permain Arsenal pula jangan pandang ke belakang lagi.. Teruskan momentum kemenangan ini untuk mencerahkan peluang Arsenal meraih piala pada m…

Arsenal menegelamkan Siti

Image
Pengembalian semula kapten Cesc Fabregas dari kecederaan berjaya membantu Arsenal melakar kemenangan dengan dua jaringan penyerang Togo Emmanuel Adebayor mengatasi Manchester City di Emirates Stadium.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu telah tidak beraksi untuk tiga bulan akibat kecederaan lutut dalam perlawanan pertamanya dengan mencipta dua gol bagi Adebayor dalam separuh masa pertama dan kedua perlawanan.

Adebayor turut telah menunjukkan aksi yang meyakinkan selepas kembali semula beraksi semenjak lapan minggu diketepikan akibat kecederaan kaki.

Skuad Arsene Wenger ini seakan boleh mengakhiri musim ini dengan cemerlang berikutan menghadapai saingan suku akhir Liga Juara - Juara dan separuh akhir menentang Chelsea di Wembley.

Andrei Arshavin Pemain Terbaik Bulan 3

Image
Andrei Arshavin disahkan menjadi pemain terbaik Arsenal bulan 3 dgn undian sebanyak 54.9%.. Menewaskan pemain terbaik bulanan Arsenal sebanyak 4 kali berturut-turut, Robin Van Pirsie dgn undian sebanyak 10.49% diikuti Manuel Almunia yg menjadi hero Arsenal di Rome dgn undian sebanyak 9.8%.. Tiada yg mengejutkan dgn separuh undian memihak kepadanya memandangkan dia sudah pun melakukan 5 assists dan 1 gol bertaraf world class sewaktu bertemu Blackburn Rovers.. Fan Arsenal sudah semestinya mengharapkn Arshavin terus konsisten utk membantu Arsenal meraih sekurang-kurangnya 1 piala.. Iaitu Piala FA.. Utk musim hadapan aku dpt bayangan siapa 1 team dlm team Arsenal jika kesemua pemain ini akn kekal di Arsenal..
ALMUNIA
SAGNA---GALLAS---TOURE---CLICHY
ROSICKY---FABREGAS---ARSHAVIN---NASRI
ADEBAYOR---VAN PIRSIE
Sudah semestinya Arsenal mampu utk memenangi EPL musim hadapan disamping pemain2 yg berada …