Young Guns Membanggakan

Okey walaupun Arsenal tewas 3-0 di tangan Man. City awal pagi tadi.. Tetapi sekurang-kurangnya kita boleh berbangga dengan aksi pemain-pemain yang beraksi pada awal pagi tadi.. Jika tengok kesebelasan utama Man. City awal pagi tadi agak mengejutkan yang pemain muda Arsenal ini hanya berjaya ditewaskan 3-0..

Paling memukau semalam ialah aksi Mikael Silvestre.. Adebayor sering dikawal ketat Silvestre dan jelas Adebayor berdepan kesukaran untuk menewaskan Silvestre.. Memang aksi Silvestre patut dipuji apabila menjadi faktor utama mengapa benteng pertahanan Arsenal cukup utuh bertahan..

Walaupun Fabianski melepaskan 3 gol.. Namun aksi yang ditunjukkan Fabianski tidak kurang hebatnya.. Bagi Atikah ini juga salah satu faktor mengapa Arsenal hanya tewas 3-0.. Jika Fabianski gagal beraksi cemerlang tidak mustahil Arsenal akan tewas lebih dari 3 gol..

Aaron Ramsey pula muncul pemain yang mensia-siakan dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol.. Jika Ramsey tidak mensia-siakannya tidak mustahil jika Arsenal mampu menewaskan Man. City dan mara ke peringkat separuh akhir..

Armand Traore pula boleh dikatakan gagal beraksi baik sepanjang perlawanan.. Atikah memang langsung tidak nampak Traore mampu menandingi Clichy dan Gibbs.. Walaupun permainannya improve dari semasa ke semasa namun ianya masih belum mencukupi..

Traore mungkin patut berusaha lagi dan beraksi dengan lebih bagus.. Sebab agak cukup mudah bahagian kiri Arsenal dibolosi.. Jadi jika ianya terus berlarutan ianya akan menyukarkan Arsenal itu mengutip mata penuh..

Aksi menentang Stoke City pada hujung minggu ini mestilah menjadi titik kebangkitan penyerang-penyerang Arsenal.. Jika kita masih belum mampu membuktikan kehebatan jentera serangan bersiap-sedialah mengucapkan selamat tinggal piala EPL..

Kerana jelas sekali ketumpulan jentera serangan Arsenal di peringkat England agak mengecewakan.. Dalam 3 perlawanan Arsenal gagal menjaringkan sebarang gol.. Jadi aksi menentang Stoke hujung minggu ini bolehlah diklasifikasikan sebagai penentu kejuaraan liga untuk Arsenal..

Okeylah Atikah nak siap-siap fly ke London nie.. Atikah x nak terlepas aksi Arsenal Ladies pada awal pagi nanti dan melihat perlawanan menentang Stoke hujung minggu ini.. Atikah harap mulai perlawanan menentang Stoke Arsenal mula mempamerkan kebangkitan di peringkat domestik.. Adios!!

Comments

  1. nak menyampuk sikit tikah.

    kalo perasan jack wilshere pagi tadi, corak permainan dia menunjukkan kematangan. mungkin sbb dah beberapa kali diturunkan dalam premier league. tapi rasanya dia ada potensi besar utk menyengat pada kadar luarbiasa satu hari nanti. minta highlightkan news pasal die sekerap mungkin.

    ReplyDelete
  2. wilshere memang terbukti permata baru arsenal.. nak buat hihglights pasal dia.. boleh tapi kalau akeji berada di tempat atikah akeji akan tahu betapa banyaknya cerita-cerita yg lebih penting dan perlu atikah beritahu.. atikah pun kdg2 dilema nak tulis pasal apa.. tapi utk pengetahuan akeji bukan wilshere saja yang bagus.. masih ada beberapa pemain skuad simpanan arsenal yg bagus.. tetapi cuma x banyak org cerita pasal mereka..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil