Wilshere ke Burnley dan Pemain terbaik sedekad Arsenal

Jack Wilshere dilaporkan berkemungkinan akan meninggalkan Arsenal bulan depan secara pinjaman untuk menyertai pendatang baru EPL Burnley.. Namun Wenger dilaporkan masih belum memberikan lampu hijau kepada Wilshere..

Menurut spy Atikah.. Wenger mahukan kepastian dari Burnley tentang berapa tetapkah aksi dari Wilshere jika menyertai mereka.. Namun dalam hal lain Wenger telah pun memberikan lampu hijau..

Jadi jika Burnley mengesahkan yang mereka akan menurunkan Wilshere seberapa tetap yang boleh, Wenger bersedia melepaskan Wilshere pada musim sejuk ini untuk menyertai Burnley secara pinjaman..

Sementara itu fan Arsenal seluruh dunia telah memilih Thierry Henry sebagai pemain terbaik sedekad Arsenal.. Undian memihak kepada Henry sebanyak 60% mengatasi Dennis Bergkamp yang hanya berjaya memperoleh undian sebanyak 27%..

Dalam masa yang sama juga fan Arsenal seluruh dunia membuat kejutan walaupun hanya 5% undian memihak kepada Cesc Fabregas namun ianya sudah cukup untuk membolehkan kapten semasa Arsenal iaitu Francesc Fabregas Soler berada di tangga ketiga pemain terbaik sedekad Arsenal..

Atikah akan cuba dapatkan reaksi Fabregas tentang pencapaian ini secepat yang mungkin.. Dan Atikah juga masih belum mengetahui sebarang berita terkini tentang tahap kecederaan Fabregas.. Namun apa yang pasti Fabregas akan terlepas aksi menentang Portsmouth dan West Ham..

Patrick Vieira menerima undian sebanyak 3% undian daripada fan Arsenal untuk membolehkan Vieira berada ditempat keempat mengatasi Mr. Arsenal iaitu Tony Adams yang hanya memperoleh undian sebanyak 2% untuk berada di tempat kelima..

Robert Pires, penjaga gol terbaik sepanjang zaman Arsenal iaitu David Seaman dan juga penyerang sensasi Arsenal sekarang ini iaitu Robin Van Persie berkongsi kedudukan di tempat keenam dengan masing-masing memperoleh undian sebanyak 1%..

Ray Parlour pula berada ditempat ketujuh dengan tidak memperoleh sebarang undian.. Adios.. -sumber dari laman web rasmi Arsenal-

Comments

  1. jumpe ray parlour kat sunway tahun lepas. bukan takat tinggi je, rangka pun besar. seram aku nak salam ngan die.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil