11 December 2009

Wenger x nak lepaskan Fabregas

Bekas pemain Arsenal iaitu Sol Campbell yang menjalani latihan bersama-sama skuad Arsenal ketika ini dilaporkan akan menyertai Arsenal.. Namun Wenger menafikannya.. Namun tidak menolak kemungkinan yang Campbell akan menyertai Arsenal jika Senderos pergi Januari ini dan Djourou masih gagal pulih sepenuhnya..

Wenger juga mengesahkan yang dia bersedia menawarkan kontrak baru kepada Tomas Rosicky walaupun Rosicky masih lagi bergelut dengan kecederaannya.. Dan sejujurnya Atikah setuju dengan Wenger.. Walaupun Rosicky masih gagal pulih 100% tetapi setiap kali dia beraksi dia akan menunjukkan tahap terbaiknya yang dia mampu..

Wenger juga menafikan khabar angin yang mengatakan rakan senegara Arshavin iaitu Pavlyuchenko akan dibeli Wenger untuk menyelesaikan masalah jentera serangan Arsenal.. Dan Wenger jelas benar-benar tidak akan membeli Paylvuchenko.. Namun bagaimana dengan Charlton Cole??

Sementara itu Wenger berkeras tidak akan melepaskan Fabregas untuk pergi beraksi bersama Catalonia untuk perlawanan persahabatan menentang Argentina pada 22 Disember ini.. Menurut Wenger lagi dia terpaksa melakukan perkara tersebut memandangkan Arsenal akan berhadapan jadual yang ketat pada bulan Disember..

Tambahan pula Arsenal mula beraksi pada 27 Disember.. Dan untuk mengurangkan risiko Fabregas mengalami kecederaan semasa beraksi di perlawanan persahabatan.. Namun Wenger masih gagal menelefon Johan Cyruff untuk memberitahu perkara ini.. Adios!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan