Walcott pecahkan rekod Henry

Arsene Wenger mengesahkan yang Theo Walcott telah pun memecahkan rekod yang selama ini dipegang Theirry Henry.. Walcott memecahkan rekod 40 meter milik Henry dengan 4.72 saat mengatasi rekod Henry yang dahulu 4.82 saat..

Sementara Carlos Vela dan Armand Traore berada di tempat kedua dan ketiga.. Jadi secara rasminya Theo Walcott merupakan pemain terpantas sepanjang zaman Arsenal buat masa ini.. Tahniah Walcott harap-harap dengan anugerah ini Walcott akan kembali ke prestasi asalnya..

Selepas Samir Nasri disahkan terlepas pergantungan 3 perlawanan selepas rakaman video menunjukkan Nasri memijak pemain Hull City, Arsenal dan Hull City masing-masing akan didenda kerana gagal mengawal kelakuan pemain.. Namun Arsenal boleh mengemukakan rayuan sehingga 13 Januari 2010..

Wojciech Szczesny iaitu penjaga gol keempat Arsenal yang semakin terpinggir selepas kembalinya Fabianski dari kecederaan kini melanjutkan kontrak pinjamannya bersama Brentford sehingga Januari tahun depan..

Szczesny yang sepatutnya kembali bersama Arsenal pada 20 Disember yang lalu akan terus berada di Brentford sehingga 17 Januari 2010 selepas beraksi cemerlang bersama pasukan division 1 itu.. 3 kali cleen sheet dalam 6 perlawanan..

Atikah ucapkan selamat maju jaya kepada Szczesny dan teruskan beraksi cemerlang dan mengutip pengalaman berguna sebelum anda benar-benar bersedia untuk mengawal gawang Arsenal pada masa hadapan.. Adios!!

P/S: Atikah akan pergi bercuti sekali lagi esok.. Tetapi kini ke Kuantan, Pahang.. Jadi Atikah akan kembali bertugas mungkin selepas perlawanan menentang Portsmouth..

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil