Walcott injured lagi

Sagna yang mengalami kecederaan buku lali selepas perlawanan menentang Chelsea hujung minggu lalu disahkan Wenger sudah pulih sepenuhnya dan Sagna akan berada di dalam kesebelasan utama Arsenal menentang Stoke hujung minggu ini..

Namun peluru berpandu Arsenal iaitu Theo Walcott mengalami kecederaan hamstring dan mungkin terlepas aksi selama seminggu.. Bendtner, Diaby dan Clichy masih belum menjalani training tetapi mungkin kembali minggu depan..

Sementara itu pembedahan yang dilakukan ke atas 2 pemain Arsenal iaitu Kieran Gibbs dan Robin Van Persie berjalan lancar.. Jadi sekarang ini mereka berdua akan menjalani proses pemulihan bersama staf-staf perubatan Arsenal sebaik sahaja kembali ke London..

Song yang menerima kad kuning kelimanya semalam disahkan digantung perlawanan dan akan terlepas aksi menentang Stoke City hujung minggu ini.. Okey jangan lupa ke blog Arsenal Ladies yang berjaya membelasah Watford 6-2 awal pagi tadi.. Dan ada seorang pemain yang akan meninggalkan Arsenal Ladies tahun depan.. Nak tahu siapa pergilah ke blog Arsenal Ladies.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil