25 December 2009

vs Aston Villa: Armand Traore kembali, Fabregas 50-50


Minggu ini Arsenal akan menentang pasukan calon big 4 baru epl, Aston Villa. Perlawanan ini amat penting untuk mengekalkan momentum Arsenal sebelum pertengahan musim 2009/2010. Keputusan perlawanan ini juga dapat memberi bayangan di manakah kedudukan Arsenal di akhir musim nanti.

Ok, pada perlawanan menentang Villa nanti, Armand Traore dijangka akan kembali memperkuatkan skuad Arsenal selepas mengalami kecederaan hamstring ketika Arsenal menewaskan Liverpool 2-1.

Senior, Mikael Silvestre yang sebelum ini mengisi tempat Armand dijangka bakal direhatkan bagi memberi laluan kepada pemain muda perancis ini.

Barisan pertahanan Arsenal bakal berdepan tugas sukar bagi mengekang kemaraan Gabriel Agbonlahor dan Ashley Young yang sedang berada dalam prestasi terbaik mereka.

Kepantasan Armand ditagih Wenger bagi membantu kubu Arsenal menafikan setiap percubaan jentera serangan Villa yang pastinya bukan satu tugas yang mudah.

Wenger mendedahkan Armand merupakan salah seorang pemain terpantas skuadnya:

“The fastest three players, I would say are Theo Walcott, Carlos Vela and Armad Traore.” said Wenger.

(Tiga orang pemain terpantas Arsenal adalah Theo Walcott, Carlos Vela dan Armand Traore. Kata Wenger)



Pemain left-back utama, Gael Clichy akan terus menjadi penonton perlawanan bagi sekurang-kurangnya 2 minggu lagi. Kapten Fabregas pula 50-50 untuk diturunkan bagi perlawanan menentang Villa nanti. Harap Fabregas cergas untuk membantu Arsenal mengutip 3 mata penuh pada perlawanan penting ini nanti.

Arsenal will win the Match!!
Go Armand! Go Fabregas! Go Arsenal!!

8 comments:

  1. pde pndapat aq le kan..
    better wenger kekalkan lgi silvestre dripda traore..
    mmg dri segi kpantsan traore lbih mnyerlah..tp dri segi teknikalnye aq rse better lgi sivestre..
    plus..silvestre nmpk mmpu assist jentera serangan arsenal n ade skill menggelecek lbih baik dri traore..
    xgitu..?

    ReplyDelete
  2. villa? top 4? heh, berita dr musim lepas lagi. musim ne tatau laa nasib mereka camne pulak kan.

    silvestre tak berapa menyerlah di bek kiri sebenarnye. alex ferguson sendiri pernah bereksperimen dengan hal ini. benar, silvestre mmg seorang pemain yg memiliki kemahiran teknik tetapi itu lebih baik sebagai central defender berbanding full back. full back memerlukan speed yang tinggi dan aston villa memiliki penyerang winger yang cukup hebat menghantar bola serta finishing.

    sebab itu wenger lebih rela meletakkan traore atau gibbs setelah ketiadaan clichy. silvestre akan dpt byk peluang bermain sekiranya vermaelen tak available.

    ReplyDelete
  3. Hehe aku just kate Villa 'calon' jela, bukan conform big 4 lagi. Tottenham n Man City pon bepotensi gak jadi big 4, bukan nak kate kelab lain xde potensi, tapi dari segi performence 3 kelab ni setakat ni, rasenye diorg mampu singkir Liverpool dari big 4.

    Posisi sebenar Silvestre adalah centre back, setuju dengan Wenger, Armand lebih sesuai main kt posisi left back kerana reason yg mcm ko ckp akeji.

    ReplyDelete
  4. yep, traore ade advantage dari silvestre, lgpn die dah tua, x blh lari laju2 dah. tp aku t'tanye2 sejauh mana future traore ni since clichy & gibbs atas mamat ni. 2 takuk belakang tu

    ReplyDelete
  5. ari tu arsenal menang 2-1 a bro.. hehe

    ReplyDelete
  6. hehe typing error, da dibetolkan, tq2!

    ReplyDelete
  7. yusri betol ke Traore ni islam?

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan