17 December 2009

Updated kecederaan Fabregas dan perpindahan pinjaman Wilshere



Ini berita yang baru saya terima berkenaan kecederaan Fabregas. Berita baik buat Fan2 Arsenal semua, Wenger mengesahkan bahawa Fabregas tidak mengalami kecederaan jangka masa panjang. Setakat ini Wenger hanya mengatakan bahawa Fab akan berehat paling lama pun selama 10 hari.

Wenger berkata:
"Cesc had a scan on Thursday. We have not had the result yet. The only thing that is sure is that he will not play on Saturday. Beyond that, it all depends on the scan. Is it a tightness that just presents a small risk on Saturday or is it a slight strain – grade one or two? We'll know that later. If it is a tear it is a small one and the maximum would be ten days. So it is not long-term."

(Cesc menjalankan rawatan imbasan pada khamis. Kami belum dapat keputusannya lagi. Apa yang pasti dia tidak akan bermain sabtu ini. Perkara yang lain terserah pada keputusan imbasan. Kita akan tahu kemudian apakah tahap kecederaannya. Jika ada kesan koyakan ia hanyalah kesan koyakan kecil dan maksimum masa pemulihan yang diambil adalah 10 hari. Jadi ia bukan lah kecederaan jangka panjang.)



Berkenaan Wilshere pula, kelab terbaru yang menunjukkan minat untuk pinjaman adalah Burnley. Kemungkinan Wilshere dipinjamkan ke Burnley agak tinggi kerana Burnley mempunyai ciri-ciri kelab yang Wenger inginkan. Boss Gunners ini inginkan sebuah kelab di mana Wilshere boleh bermain secara kerap dan Burnley boleh memberikan jaminan untuk itu kerana mereka sedang berjuang untuk memastikan kedudukan meraka dalam liga perdana terjamin.

Difahamkan Wenger dan boss Burnley, Owen Coyle akan mengadakan perbincangan minggu depan. Coyle berkata:

"Arsenal gave us a lot of respect and we did not try to knock them about or kick them. They play the kind of football we all aspire to."
(Arsenal menunjukkan rasa hormatnya pada kami dan kami tidak berhajat untuk menjatuhkan mereka. Mereka bermain bola sepak yang memberi inspirasi pada kami.)

Setakat ni dulu. Kalau ada berita terbaru lagi insya-allah saya akan update.

Once a Gunners, always a Gunners!
Go Fabregas! Go Wilshere! Go Arsenal!

2 comments:

  1. burnley??? hmm.. ok la kot~
    nasib Fab4 injured x lame..

    ReplyDelete
  2. betul betul betul, burnley mungkin sesuai (sebab kite seri dgn dorang ari tu kot, keh keh)

    walaupun fabregas tak injured long-term, arsene dan lain2 perlu memikirkan kaedah utk menjaga fitness dan ketahanan fizikal fabregas utk long-term. itu lebih penting apatah lagi beliau AMAT AMAT AMAT (sampai 3 kali) diperlukan kelab ini.

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan