22 December 2009

Update kecederaan van Persie

Doktor telah mengesahkan kepada Arsenal bahawa RvP akan sembuh sepenuhnya selepas dibedah, striker ini mengalami kecederaan ligamen pada buku lali kanannya semasa mewakili Belanda menentang Itali bulan lalu.

Wenger berkata: "Apabila anda melalui pembedahan yang besar, pandangan doktor bedah adalah amat penting. Apabila saya bertanya pada doktor adakah Persie masih boleh bermain pada tahap terbaiknya seperti dulu? Saya diberi jawapan yang sangat jelas iaitu 'YA'."

Tambah Wenger, jika proses penyembuhan berjalan dengan lancar RvP mungkin akan kembali pada bulan April. Namun Wenger mengakui bulan May adalah tarikh yang lebih relevan berdasarkan tahap kecederaannya.

"Buat masa sekarang dia tidak mampu melakukan apa-apa. Dia hanya duduk di rumah dan menunggu masa untuk bermain semula.Daripada pandangan saya, saya menjangkakan yang Robin akan berehat sepanjang musim ini. Ia memang mengecewakan. Saya harap Robin akan membuktikan yang saya salah" kata Wenger lagi.



So kita doakan RvP cepat sembuh dan kembali memperkuatkan jentera serangan Arsenal.
Bercakap mengenai jentera serangan, dengar-dengar Arsenal akan mendapatkan penyerang West Ham, Charlton Cole, pada januari nanti. Kalo ade update terbaru saya akan postkan kemudian.

Go Persie!! Go Arsenal!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan