13 December 2009

Tahniah Arsenal! Tahniah Arshavin!


Arsenal menundukkan liverpool dengan jaringan 2-1 di Anfield. Arsenal berjaya bangkit dari ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan si kunyit. Walau bagaimanapun Arshavin sekali lagi menyeksa liverpool selepas membolosi liverpool dengan 4 gol musim lalu, kini Arshavin dengan jaringan gol kemenangannya 8 minit selepas gol sendiri glen johson pada minit ke 50 menyebabkan penyokong liverpool kempunan 3 mata buat kesekian kalinya. Arshavin memang terbaek lah beb!! Kami sayang Arshavin!! haha terover pulak. Ok2 berbalik pada analisis perlawanan, secara keseluruhannya Arsenal menentang 1st eleven terbaik liverpool dengan torres dan gerrad bermain termasuk aquilani.


Taktau nak cakap ape lagi, memang Arsenal berjaya mendahului liverpool dari segi serangan dan pertahanan. Corak permainan Arsenal pon cantik malam tadi terutama pada 2nd half. Arshavin sekali lagi membuktikan kredibilitinya sebagai penyerang yang hebat. Song, denilson dan Nasri tak kurang hebat juga malam tadi. Mereka mempamerkan kualiti dalam permainan cuma denilson agak agresif kali ni. Walcott dilihat tak banyak berfungsi tapi masih boleh dimaafkan. Maklum la, lame injurd. Barisan pertahanan yang diketuai Gallas juga banyak diuji tapi mereka berjaya menangani serangan-serangan liverpool yang merbahaya. Traore nampak agak goyah tapi permainannya masih boleh dibaiki.



Menurut Fabregas, punca kebangkitan mereka pada separuh masa kedua adalah kerana mereka telah dimarahi oleh Wenger semasa waktu rehat selepas separuh masa pertama. Fabregas berkata " The boss screamed. I've never seen him like that before. He was really disappointed in the first half and said we didn't deserve to wear the Arsenal shirt if we played like that," said Fábregas. "I think he was right but in the second half we turned it round." (Wenger menjerit. Saya tak pernah nampak dia berkelakuan begitu sebelum ni. Dia benar-benar kecewa dan berkata kami tidak layak memakai jersesey Arsenal jika kami bermain seperti ini. Saya rasa dia betul dan pada separuh masa kedua kami berubah).

Walau bagaimanapun, Wenger dalam temu bual selepas perlawanan menyatakan sebenarnya die agak lega apabila Arsenal ketinggalan hanya satu gol dalam separuh masa pertama. Berdasarkan permainan anak buahnya, Wenger menjangkakan Arsenal akan ketinggalan 2 gol. Wenger berasa bangga dengan respon yang diberikan anak buahnya pada 2nd half.

Dengan kemenangan ni, Arsenal kekal di tangga ketiga liga dengan hanya 3 mata di belakang Man U dan 6 mata di belakang Chelshit dengan satu baki perlawanan. Peluang untuk trofi liga kembali cerah.

hepinye die


Arsenal memang terbaik. Go Arsenal!!!

1 comment:

  1. Kan arsahvin dah score...tahniah...Alhamdulillah syukur nikmat...apa pun arsenal kena tingkat kat lagi mutu serangan...go go go arsenal....
    http://ashsyumul.blogspot.com/

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan