Superb-Cesc beri Arsenal Kemenangan!!


Tahniah Arsenal kembali pada prestasi yang terbaik,sekali gus menafikan tempat untuk Aston Villa untuk memintas Arsenal di tempat 3.Seputra baru smpai rumah,selepas menyaksikan aksi terbaik Arsenal sepanjang 90minit kat Emirates dengan cuaca yang agak sejuk dan kemeriahan Krismas masih terasa di serata London.Tetapi Arsenal tidak menunjukan tanda-tanda menyambut perayaan kerana seputra rasa Arsenal ingin memberi hadiah kemenangan kepada Wenger serta kepada peminat setia Arsenal semperna Krismas.


Hasilnya,berpunca dari sepakan percuma yang berdekatan dengan kotak penalti Cesc berjaya menjaringkan gol, Cesc yang masuk pada separuh masa kedua mengantikan Denilson sebenarnya tidak cergas sepenuhnya tetapi Wenger memasukan dia sebab seputra rasa gerakan dari tengah padang tidak berapa memberi ancaman kepada Villa.



Kemasukan Cesc memang menyuntik semangat dan inspirasi untuk terus menyerang,dan gol ke-2 menjelma hasil serangan balas yang bermula dari sebelah kiri pertahan Arsenal apabila bola muntah dari Milner berjaya dirampas oleh Traore dan dia terus menghantar bola jauh kepada Walcott,Cesc datang membantu dan hasilnya Walcott melorong bola ke depan dan Cesc merembat bola terus ke gawang Villa.2-0.



Seputra tgk Cesc dh terhincut2 selepas menjaringkan gol tersebut,dan Wenger juga berubah muka dari gembira kepada susah hati.Seputra rasa Cesc hamstring.Wenger mengeluarkan Cesc selepas itu mengantikan beliau dengan Rambo.Arsenal memperlahankan permainan selepas gol ke-2.Selepas permainan masuk kepada masa tambahan,Diaby menjelmakan jaringan yang menarik sekali gus memusnahkan harapan Villa untuk mengejar pasukan 3 teratas.



Syabas sekali lagi seputra ucapakan kepada Skuad Arsenal...We Are Always Arsenal!!!Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil