Star in making (Defender)

Mungkin ramai yang tidak tahu yang bukan sahaja Fran Merida dan Jack Wilshere yang muncul dari skuad simpanan dan di promote ke skuad utama Arsenal merupakan pemain yang bagus dan berbakat besar.. Tapi masih ada segelintir pemain skuad simpanan yang berbakat dan mempunyai peluang untuk beraksi bersama skuad utama Arsenal..

Jadi dikesempatan ini Atikah akan senaraikan beberapa lagi pemain yang mampu mengegarkan dunia bola sepak dan tidak mustahil Wenger akan memanggil mereka dengan lebih kerap untuk beraksi bersama skuad utama.. Tapi edisi kali ini hanya khusus untuk star in making di bahagian pertahanan..

Untuk bahagian pertahanan tidak sah jika Atikah tidak menyenaraikan bakal pemain pertahanan terbaik Arsenal iaitu Harvard Nordveit.. Nordveit yang baru berusia 19 tahun sekarang ini sedang dipinjamkan ke FC Nurnberg yang bersaing dalam Bundesliga..

Nordveit yang berasal dari Vats, Norway telah pun mengkagumkan Wenger sejak menyertai Arsenal pada Julai 2007 dari kelab Norway FK Haugesund dengan nilai perpindahan sebanyak 500 ribu pound.. Dimana harganya boleh melonjak sehingga 2 juta pound..

Nordveit juga boleh beraksi sebagai pemain tengah bertahan.. Kehebatan dan bakatnya telah diakui ramai orang.. Terutama sekali jurulatih yang pernah bekerjasama dengannya.. Wenger dilaporkan sedang berkira-kira untuk memanggilnya ke dalam skuad utama Arsenal musim hadapan jika Nordveit berjaya menampilkan aksi memukau bersama Nurnberg..

Craig Eastmond yang akan berusia 19 tahun pada minggu depan jelas mempunyai masa depan yang cerah selepas menampilkan aksi yang memukau dalam 2 perlawanan terakhir piala Carling.. Keputusan Wenger untuk meletakkan Eastmond sebagai pemain tengah berbanding pemain pertahanan jelas satu keputusan bijak..

Atikah yakin tidak mustahil untuk Wenger memanggil Eastmond beraksi bersama skuad utama Arsenal dengan lebih kerap lagi terutama sekali sewaktu menentang Olympiakos pada minggu depan di Greece.. Eastmond sebenarnya mempunyai kepakaran menghantar bola dengan tepat..

Kapten pasukan skuad simpanan Arsenal iaitu Kyle Bartley juga tidak terkecuali.. Bartley yang menyertai Arsenal dari Bolton pada Julai 2007 merupakan seorang pemain pertahanan tengah yang tenang dan berwibawa.. Dan bakatnya memang cukup terserlah..

Pertahanan yang berusia 18 tahun ini masih belum membuat sebarang pernampilan bersama skuad utama Arsenal.. Tetapi Atikah yakin tidak lama lagi fan-fan Arsenal boleh melihat aksinya bersama skuad utama Arsenal..

Pemain pertahanan bek kiri ini tidak diragui yang paling improve musim lepas.. Thomas Cruise yang baru berusia 18 tahun ini mengantikan tempat yang ditinggalkan Gibbs sebaik sahaja Gibbs dilamar skuad utama Arsenal.. Cruise sememangnya seorang bek kiri masa kini.. Usaha kerasnya dan kekuatan merupakan kelebihan Cruise..

Cruise hampir sahaja beraksi bersama skuad utama Arsenal jika Wenger meneruskan hasratnya untuk meletak Armand Traore beraksi di bahagian sayap kiri.. Tetapi tidak mustahil jika Cruise terus beraksi hebat dan Traore gagal menunjukkan aksi sebenarnya.. Cruise akan muncul sebagai prospek terbaru bek kiri Arsenal..

Luke Ayling merupakan pemain bek kanan.. Namun boleh juga beraksi sebagai pemain pertahanan tengah.. Pemain berusia 18 tahun ini cukup handal di udara mahupun di tanah.. Development Ayling 100% diserahkan kepada jurulatih skuad simpanan iaitu Steve Bould.. Tapi mungkin Wenger akan memanggil Ayling beraksi apabila Arsenal memerlukan khidmatnya untuk membackup ketiadaan Eboue pada Januari nanti untuk jadi back up Sagna..

Kerrea Gilbert nama yang pernah didengar fan-fan Arsenal sekitar musim 2005/2006 selepas 9 kali beraksi bersama skuad utama apabila masalah kecederaan pemain pertahanan melanda kem Arsenal sebelum tiada lagi aksinya bersama skuad utama Arsenal sehinggalah musim ini selepas mengalami kecederaan pada perlawanan kesembilannya bersama skuad utama Arsenal..

Gilbert yang kini berusia 22 tahun boleh beraksi sebagai bek kanan mahupun kiri.. Namun sebaik sahaja dipanggil semula Wenger selepas sekian lama disisihkan dan dalam tempoh itu Gilbert telah dipinjamkan ke-3 pasukan kembali beraksi cemerlang.. Namun jika Eboue dan Sagna mengalami kecederaan dan tiada siapa mampu beraksi di bahagian bek kanan Gilbert pasti menjadi pilihan utama Wenger..

Sejujurnya aksinya semasa menentang Liverpool tempoh hari cukup mengkagumkan.. Jadi tidak hairan Wenger akan menyenaraikannya jika Arsenal mempunyai masalah kecederaan di bahagian full back memandangkan pengalamannya beraksi bersama skuad utama Arsenal lebih banyak berbanding pemain full back skuad simpanan Arsenal..

Adik kepada bekas pemain bek Arsenal iaitu Gavin Hoyte yang berusia 19 tahun sudah 4 kali beraksi bersama skuad utama Arsenal musim lepas sebelum Hoyte diketepikan akibat dia dipinjamkan ke Brighton sehingga bulan Januari 2010.. Namun jika dia berada di Arsenal sudah semestinya Wenger tidak teragak-agak untuk menyenaraikan Hoyte dalam pasukan yang bersaing di dalam kempen Carling Cup..

Sebenarnya masih ada beberapa lagi pemain pertahanan skuad simpanan Arsenal yang berpeluang menjadi bintang utama skuad Arsenal pada masa hadapan.. Tetapi 7 pemain yang Atikah senaraikan ini jauh lebih menyerlah dan mempunyai kelebihan untuk dipanggil Wenger..

Tidak mustahil jika salah seorang pemain yang Atikah senaraikan ini mampu menjadi pilihan utama Wenger di bahagian pertahanan pada masa akan datang.. Terutama sekali si Harvard Nordveit.. Okeylah nanti Atikah senaraikan pemain tengah yang mampu menjadi pilihan utama Wenger pada masa hadapan apabila ada kesempatan.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil