Silvestre, Traore, Almunia & Fabregas

Okey Atikah baru je dapat kepastian dari mak Atikah yang kami akan berangkat ke Kuala Lumpur sebelum menaiki kapal terbang untuk ke Sarawak pada hari Jumaat.. So nampaknya Atikah ada masa nak buat post match lawan Burnley sebelum pergi bercuti ke Sarawak dan kembali InsyaAllah pada hari rabu.. Dan sebelum Atikah terlupa jangan lupa ke blog Arsenal Ladies Malaysia untuk berita terkini tentang pasukan Ladies Arsenal..

Armand Traore disahkan berkemungkinan direhatkan selama 10 hari selepas disahkan mengalami kecederaan hamstring gred satu.. Traore mempunyai peluang 50-50 untuk kembali menentang Aston Villa minggu depan di mana dijangka Clichy akan kembali dari kecederaan..

Wenger juga sempat mengesahkan yang Silvestre akan berada di bek kiri malam ini mengantikan Traore berbanding Eboue diturunkan untuk mengisi kekosongan tersebut.. Namun ada satu berita baik untuk Silvestre..

Wenger mengesahkan akan bertemu Mikael Silvestre pada Mac tahun depan untuk membincangkan tentang masa depannya bersama Arsenal.. Namun Wenger jelas berminat untuk mengekalkan Silvestre musim depan..

Sebelum Wenger bersedia menawarkan kontrak lanjutan untuk Silvestre Wenger akan mengambil kira berapa penampilannya musim ini dan sejauh mana kegembiraannya bersama Arsenal.. Tapi sejujurnya Wenger memang teramat-amat berminat untuk mengekalkan Silvestre..

Wenger mempertahankan Manuel Almunia yang melepaskan bola mudah untuk Liverpool mendahului dengan menegaskan Almunia akan terus berada di gawang menentang Burnley untuk menutup peluang untuk Fabianski atau Mannone menunjukkan kehebatan mereka..

Wenger menegaskan yang bola tersebut sempat ditanduk Lucas semasa Almunia menyerang untuk mendapatkan bola tersebut.. Itulah yang menyebabkan Almunia gagal menangkap kemas bola dari free kick Fabio Aurelio..

Kapten pasukan Cesc Fabregas ditegaskan oleh Wenger yang Arsenal perlu diutamakan berbanding beraksi bersama skuad Catalonia iaitu pasukan Barcelona XI pilihan Johann Cyruff menentang skuad Diego Maradona Argentina..

Fabregas jelas bersedia untuk menentang Argentina pada 22 Disember ini namun Wenger pantas menyalakan lampu merahnya.. Wenger mahu Fabregas mengutamakan Arsenal dahulu terutama sekali minggu depan Arsenal akan berdepan Aston Villa di mana kita tewas dan seri pada perlawanan musim lepas..

Wenger juga mengakui yang dia tahu perasaan Fabregas mahu menentang pasukan Argentina.. Tapi Wenger tetap mahukan kapten pasukan ini lebih memberi tumpuan untuk Arsenal.. Adios Amigos..

Comments

  1. aih.. argentina lagi?? ari tuh dah main, nk main lagi??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil