Seri pulak dengan Burnley

Adoyai kenapa bila lawan team lemah Arsenal tak mampu menamatkan perlawanan dengan tiga mata penuh.

Kali ini seri pula dengan Burnley. Memang diakui Burnley pernah mengejutkan pasukan atas tapi kenapa bila telah menguasai perlawanan masih tidak mampu mencari gol-gol yang dicari.

Kekalahan ini pastinya menyakitkan hati peminat-peminat memandangkan Chelsea dan Manchester mencatat kemenangan manakala kita hanya meninggalkan Aston Villa dengan satu mata sahaja.

Rasanya bulan Januari Wenger dan team perlu mencari seorang penyerang berbisa untuk memastikan percubaan mendapatkan piala tidak tinggal impian..

Sekian,

Zool ligakampung

Comments

  1. bukan kite sama mata ngan villa ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil