Pre Match : Man. City VS Arsenal

Okey sebulum Atikah teruskan.. Atikah nak berikan berita baik tentang pasaran perpindahan pemain bulan depan.. Wenger mengesahkan yang dia akan membeli beberapa lagi pemain atas sebab Van Persie dijangka terlepas aksi sepanjang musim ini..

Dan pada perlawanan awal pagi ini Wenger akan menurunkan pemain-pemain Carling Cupnya.. Tetapi Atikah tidak berapa pasti siapakah gerangan penjaga gol yang akan mengawal gawang Arsenal pada awal pagi ini..

Okey Atikah cuma nak tulis ringkas-ringkas sahaja memandangkan Atikah ada hal nie.. Perlawanan awal pagi ini akan disiarkan secara langsung di Astro Super Sport 2 saluran 816 lebih kurang pukul 3.40 pagi..

Jack Wilshere disahkan akan beraksi pada malam ini selepas dilaporkan mengalami kecederaan buku lali.. Dan Craig Eastmond yang beraksi cemerlang sewaktu menentang Liverpool juga akan diturunkan malam ini..

Jadi kita janganlah berharap yang Man. City turunkan skuad kedua mereka.. Sepanjang kempen Carling Cup ini Mark Hughes hanya menurunkan pemain first eleven mereka dan cuma sseorang dua sahaja pemain yang dia rehatkan..

Atikahmendapat tahu yang Bacary Sagna mengalami kecederaan buku lali selepas perlawanan menentang Chelsea yang lalu.. Tetapi Wenger mengesahkan yang Sagna dapat beraksi sewaktu menentang Stoke City pada hujung minggu ini.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil