Pre Match : Arsenal vs Stoke City

Okey sebelum Atikah buat pre match.. Atikah nak beritahu yang Arsene Wenger telah mengesahkan yang dia tidak akan membuat sebarang tawaran kepada Maroune Chamakh kerana presiden Bordeaux tidak mahu menjualnya dan Wenger juga sama sekali tidak akan membeli Edin Dzeko kerana harganya terlalu mahal.. Dan Gallas dan Rosicky akan menandatangani kontrak lanjutan tidak lama lagi..

Malam ini Arsenal akan menentang Stoke City yang buat Atikah ialah perlawanan misi tentang kejuaraan liga.. Jika Arsenal mampu menang semua perlawanan sepanjang Disember sehingga tamat musim peluang untuk menjuarai liga teramat-amat cerah.. Dan perlawanan ini juga untuk melihat sentuhan pemusnah pemain Arsenal masih tajam ataupun sebaliknya..

Malangnya perlawanan hari ini tiada siaran langsung.. Tapi ada delay pada pukul 1.00 pagi di astro star sports saluran 813.. Pada perlawanan hari ini Song disahkan tidak boleh beraksi kerana digantung perlawanan.. Dan Walcott pula terpaksa diketepikan akibat kecederaan hamstring.. Namun dijangka bersama skuad ke Greece minggu depan..

ALMUNIA
SAGNA-----GALLAS-----VERMAELEN-----TRAORE
FABREGAS-----DENILSON-----ROSICKY
NASRI-----EDUARDO-----ARSHAVIN

Itulah bayangan kesebelasan yang Atikah rasa Wenger akan turunkan malam ini.. Tetapi jika Atikah, Atikah akan letakkan Eboue di bahagian bek kiri.. Walaupun Eboue sering menggunakan kaki kanannya namun rembatan dari kaki kirinya cukup padu.. Dan kaki kirinya merupakan kaki kegemaran Eboue..

Atikah predict Arsenal menang 2-0.. Kalau lagi banyak lagi bagus.. Tapi janji menang.. Itulah yang paling penting.. Okey sampai sini sajalah artikel buat kali ini.. Jumpa lagi di artikel yang akan datang.. Adios Amigos..

Comments

  1. yoyo'o je die predict, tah copy paste kt intenet mane2, kate die yg predict, haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil