15 December 2009

Pre Match : Arsenal VS Burnley

Okey sebelum Atikah mulakan artikel nie Atikah nak buat pengumuman yang Atikah akan pergi cuti-cuti malaysia bersama keluarga ke Sarawak lebih kurang seminggu.. So Atikah x akan postkan berita terkini tentang pasukan Arsenal bermula esok.. Tapi Atikah yakin penulis-penulis lain akan berikan berita terkini tentang Arsenal..

Arsenal akan berkunjung ke Burnley malam ini dengan misi terus memberikan tekanan kepada Chelsea dan Manchester United untuk gelaran juara liga walaupun kehilangan seorang tonggak utama pasukan iaitu Van Persie..

Atikah baru sahaja dimaklumkan oleh staf perubatan Arsenal dan Wenger sendiri yang Denilson mengalami kecederaan yang sama menyaksikannya direhatkan selama 2 bulan.. Denilson dihimpit kecederaan belakang sekali lagi.. Namun kali ini Atikah dan Wenger mengharapkan yang kecederaannya tidaklah terlalu serius untuk memastikan dia mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan Song bulan depan..

Seperti yang Atikah jangkakan Traore mengalami kecederaan hamstring.. Dan mungkin akan kembali sewaktu menentang Hull City hujung minggu ini.. Adakah Tom Cruise akan membuat kemunculan pertamanya dalam liga??

Atikah rasa tidak apabila Eboue disahkan cergas sepenuhnya untuk perlawanan malam ini.. Tetapi jika bukan Eboue diletakkan di bahagian bek kiri kita masih ada Silvestre dan Vermaelen untuk mengisi kekosongan tersebut.. Dan Kerrea Gilbert juga mampu beraksi di bek kiri.. Jadi peluang untuk Tom Cruise Arsenal main agak tipis..

ALMUNIA
SAGNA-----GALLAS-----VERMAELEN-----EBOUE
FABREGAS-----SONG-----NASRI
WALCOTT-----EDUARDO-----ARSHAVIN

Itulah berita kecederaan terbaru dalam kem Arsenal.. Dan yang di atas itu pula ialah bayangan kesebelasan utama yang Atikah jangka akan diturunkan Wenger malam ini menentang Burnley.. Atikah predict Arsenal menang 3-0.. Tapi x kisahla kalau menang berapa gol pun asalkan dapat 3 mata.. Adios!!

P/S : Malam nie game x ada live.. Siaran Ulangan pukul 6 pagi esok di Astro StarSports.. Dan Atikah sekali lagi nak ingatkan yang siapa yang request nak jadi frien Atikah di Facebook tolong bagi tahu nama nickname yang selalu anda gunakan di blog Arsenal Malaysia..

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan