20 December 2009

Perkembangan Young Gunners yang dipinjamkan

Dalam perkembangan perpindahan terbaru, Wilshere mungkin akan ke Burnley.Kalau ianya menjadi kenyataan, kita tak tau macam mana nasib Wilshere di tempat oang nanti. Success jugak ke macam time ngan Arsenal skrang atau makin merudum pulak ke. So, Sekarang ni apa kata kalau kita saksikan perkembangan pemain-pemain muda Arsenal lain yang sedang merantau di kelab pinjaman masing-masing.



Jay simpson - Queens Park Rangers (striker)

Simpson, pemain berusia 21 tahun ini sedang mewakili QPR dengan nombor jersi 23. Sebelum mewakili QPR, simpson telah dipinjamkan ke Millwall (2007-2008) dan West Brom (2009). Simpson telah menjaringkan 7 gol untuk Milwall, 1 gol untuk west brom, dan setakat ini 8 gol untuk QPR. Mengenai karier antarabangsa pula, Simpson telah membuat 11 penampilan untuk pasukan England bawah 18 tahun dengan sumbangan 3 gol.Melakukan debut dengan skuad senior Arsenal pada 11 nov 2008 ketika menentang Wigan dalam Carling cup dengan menjaringkan 2 gol. Ketika itu Arsenal menang 6-0.

Penilaian: Memang berbakat dan hebat. Boleh menjadi pengganti RvP jika diberi peluang yang secukupnya. Juga boleh beraksi di bahagian sayap. Fizikalnya juga tidak menjadi masalah kerana dengan ketinggian 1.80m Simpson mampu memberi impak ketika di hadapan gawang.



Henri Lansbury - watford (midfield)

Lansbury, pemain berumur 19 tahun ini sedang memakai jersey nombor 5 Watford. Melakukan 16 penampilan dan setakat ini telah menjaringkan 2 gol. Kelab terdahulu Lansbury adalah Scunthorpe United dengan 16 penampilan dan 4 gol.Baru sekali bermain dengan skuad bawah 21 England.Baru pulih dari kecederaan lutut dan kembali beraksi dalam kesebelasan utama Watford selepas terlepas 2 perlawanan.

Penilaian: Midfielder yang mempunyai potensi besar. Tapi untuk menggantikan Cesc, perjalanannya masih terlalu jauh lagi.Apa yang pasti, Arsenal tidak harus menjual pemain ini kerana Lansbury mampu menjadi aset berharga Arsenal pada masa hadapan.Mempunyai corak permainan seakan Song. Lansbury juga mampu melakukan rembatan jarak jauh.



Wojciech Szczesny - Brentford (goalkeeper)

Susah tol nak eja nama die ni.Berasal dari poland dan sedang mewakili Brentford dengan nombor jersey 53. Baru saja membuat 6 penampilan dengan Brentford dan telah sekali bermain dengan skuad kebangsaan poland. Berusia 19 tahun dan berketinggian 1.96m.

penilaian: tak banyak yang boleh diperkatakan tentang pemain ni.Kita perlu berikan masa untuk Szczesny buktikan kebolehannya. Dari segi fizikal memang dia da pas untuk jadi sorg keeper.Saya belum pernah tgk die main lagi. Carik kat youtube pon xjumpa. Kalo ade sape2 tau link nk tgk video Szczesny ni main tolong gtau ye.



Rhys Murphy - Brentford (striker)

Berumur 19 tahun, berketinggian 1.82m dan berjersey 37 di Brentford.Baru membuat 2 penampilan di Brentford tanpa sebarang gol dan belum melakukan debut dengan Arsenal. Tapi Murphy agak cemerlang dalam skuad kebangsaan bawah 19 tahun England dengan 7 penampilan dan 3 gol. Murphy juga sangat cemerlang dalam skuad akademi Arsenal dengan 17 gol dalam 21 penampilan.Daripada rekod Murphy ni kita da boleh bayangkan betapa berpotensinya young gunners ini.

Penilaian: juga merupakan salah seorang young gunners berpotensi besar.Murphy agak kurang dari segi kepantasan namun mempunyai penyudah yang agak tajam.Boleh digilap lagi. Pengalaman adalah sesuatu yang murphy perlukan.



Gavin Hoyte - Brighton & Hove Albion (Central Defender/Right Back)

Adik kepada Justin Hoyte (Middlesbrough) ini berjersey nombor 27 dan berumur 19 tahun, sebelum ini telah dipinjamkan ke Watford dengan 7 penampilan tanpa sebarang gol. Telah melakukan 8 penampilan untuk Brighton & Hove Albion. Belum menjaringkan sebarang gol setakat ini.Hoyte pernah sekali bermain dalam skuad bawah 20 tahun England.

Penilaian: Bagus dalam pertahanan, tetapi bukan seorang pemain yang boleh melakukan serangan. Untuk menjadi pertahanan yang baik, seorg defender haruslah juga mempunyai skill menjaringkan gol. Contoh terbaik: Vermaelen

Apa yang pasti, pemain-pemain muda ini bakal menjadi permata baru bola sepak eropah. Mereka haruslah pandai menggunakan setiap peluang yang ada untuk menonjolkan bakat masing-masing di samping berusaha keras untuk menjadi yang terbaik. Kita sebagai Gooners hendaklah sentiasa memberi sokongan pada mereka tak kira di kelab mana pon mereka dipinjamkan.

Go Young Gunners!! Go Arsenal!!

4 comments:

  1. ni aku jumpa satu video Szczesny http://www.youtube.com/watch?v=8bIsrHRoDtU

    ReplyDelete
  2. aper citer nacer barazite??kt mana dia sekarang??

    ReplyDelete
  3. Barazite still kat Arsenal lagi, main kat reserve team. Pernah dipinjamkan ke Derby County (2008-2009) dengan 30 penampilan dan 1 gol. Pernah sekali main dalam skuad bawah 21 belanda.
    barazite xmasukkan dalam post ni sebab post ni nak highlight player yg dipinjamkan je

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan