21 December 2009

Peluang masih terbuka

Salinan daripada berita Harian.

LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger yakin pasukannya adalah antara pesaing utama bagi perebutan juara Liga Perdana England yang dianggap paling terbuka sejak beliau datang ke England sedekad yang lalu.

The Gunners berjaya merapatkan kedudukan kurang dari dua mata dari pasukan di tangga kedua, Manchester United yang tewas kepada Fulham, mereka mencatat kemenangan 3-0 ke atas Hull City di Stadium Emirates, kelmarin.

Arsenal yang juga mempunyai satu baki perlawanan, menewaskan Liverpool hujung minggu lalu tetapi kehilangan mata selepas seri dengan Burnley beberapa hari kemudian.

Bagaimanapun, ketika tiada pasukan yang dilihat kebal termasuk pendahulu liga, Chelsea, Wenger mengakui peluang untuk meraih piala masih menjadi tanda tanya buat semua pasukan.

"Pertama sekali ia menunjukkan sesiapa sahaja boleh tewas di mana-mana tempat sekalipun dan ini adalah musim pertama sejak saya berada di sini ia terjadi seperti ini.

"Kedua, pasukan yang paling konsisten, pada penghujung saingan mereka akan meraih kejayaan," kata pengurus dari Perancis itu.

Hull ditewaskan hasil jaringan Denilson, yang melakukannya melalui sepakan percuma sebelum separuh masa pertama tamat, turut menyumbat gol ialah Eduardo dan Abou Diaby.

Penjaga gol, Manuel Almunia juga beraksi baik dengan menyelamatkan sepakan penalti dari Geovanni ketika kedudukan 1-0.

Bagaimanapun, pengurus Hull, Phil Brown menganggap pengadil, Steve Bennett telah melakukan kesilapan pada waktu-waktu penting.

Brown percaya keputusan menyalahkan George Boateng kerana mengasari Diaby yang membolehkan Denilson menjaringkan gol adalah tidak tepat.

Dia kemudiannya sangat terkejut dengan penyerang Arsenal, Samir Nasri yang tidak dikenakan tindakan diperintah keluar padang kerana memijak kaki Richard Garcia.

Insiden tersebut menyaksikan pergaduhan yang menyebabkan Nasri dan pemain Hull, Stephen Hunt dilayangkan kad kuning.

Pemain tengah Tigers, Nicky Barmby dilayangkan kad kuning selepas separuh masa pertama tamat berikutan pergaduhan tersebut bersambung sehingga ke terowong bilik persalinan.

"Beberapa kebangkitan berlaku dalam perlawanan tersebut dan kami mengharapkan aksi yang bagus daripada pemain dan kami memperolehinya.

"Kami berharap dapat mengejar Arsenal dan kami tidak berjaya melakukannya. Kami juga berharap pengadil membuat keputusan yang tepat tetapi ia juga tidak berlaku.

"Richard Garcia merupakan pemain yang jujur. Dia tidak mudah jatuh dengan sengaja. Mengapa Nasri tidak dilayangkan kad? Ia adalah insiden di luar permainan dan saya tidak melihat sebarang alasan yang kukuh.

"Ia amat mengejutkan saya, mereka memperoleh sepakan percuma jadi mengapa mereka perlu memberi reaksi seperti itu, saya tidak faham.

"Jika keputusan tidak menyebelahi anda jadi anda boleh faham mengapa mereka memberi reaksi seperti itu.

"Ia sama seperti yang terjadi pada George Boateng pada gol pembukaan. Bagi saya ia bukannya sepakan percuma dan ia membolehkan Arsenal mendapatkan gol dengan mudah, " kata Brown.

Wenger menjelaskan jika Nasri dilayangkan kad merah kerana memijak, pengadil, Bennett perlu melakukan perkara yang sama ke atas pemain Hull, Barmby yang terlibat dalam pergaduhan itu kerana menarik leher pemain penyerang itu tanpa disedari.

"Ia sangat sukar sama ada dia memijak kaki pemain itu, jika dia dilayangkan kad merah beberapa pemain Hull juga perlu dikenakan tindakan yang sama," katanya. - AFP

1 comment:

  1. Bro letak la gamba sikit, baru menarik blog ni, org pon selesa nk bace

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan