23 December 2009

Nasri terlepas dari hukuman gantung



Steve Bennet, pengadil pada perlawanan tempoh hari telah mengesahkan yang dia tidak akan melayangkan kad merah kepada Nasri walaupun jika dia ternampak insiden Nasri memijak kaki Richard Garcia setelah meneliti semula rakaman video insiden tersebut. Ini bermakna Nasri terlepas daripada digantung perlawan dan dapat bermain dalam perlawanan menentang Aston Villa Ahad ini.

Dia juga mengesahkan perlakuan Nick Barmby yang menolak kepala Nasri tidak perlu dikenakan tindakan lanjut.

Namun begitu, English FA masih mempertimbangkan untuk mengenakan denda kepada kedua-dua kelab kerana gagal mengawal perlakuan pemain masing².

Sementara itu, skipper Cesc Fabregas menyatakan yang dia berharap akan kembali cergas untuk perlawanan menentang Aston Villa pada Ahad ini.


Dia dipetik berkata : "Ini (kecederaan) amat memalukan sebab saya berasa sangat baik pada perlawanan menentang Burnley dan ia terjadi pada masa saya berada ditahap puncak permainan (tengah top form). Saya fikir ini dah kali ke tiga perkara seperti ini terjadi dan ia sedikit mematahkan momentum anda. Apa² pun anda akan belajar untuk membiasakannya, dan saya akan pastikan yang saya akan berkerja keras semampu yang boleh pada jangka masa Krismas ini untuk kembali pada perlawanan menentang Aston Villa."

Sememangnya kapten kita ni banyak mempengaruhi corak permainan Arsenal dan dia juga penjaring terbanyak buat Arsenal setakat ini dengan 10 gol. Agak menarik juga banyak gol musim ini dijaringkan oleh pemain tengah. Disebalik kecederaan yang dialami Diaby selama ini, dia telah pun menjaringkan 5 gol, Denilson 3 dan Ramsey 2. Hanya Song sahaja yang belum menjaringkan gol buat masa ini. Tapi tak kesah la sebab Song bermain diposisi Defensive Midfielder, dan dia telah bermain dengan baik.

Sumber: telegraph.co.uk, dailymail.co.uk





No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan