Kenapa Wenger turunkan pemain muda

Okey Atikah agak tertarik dengan artikel Yusri yang seakan-akan kecewa dengan polisi Wenger.. Atikah tulis ini bukannya nak cari gaduh cuma nak menyampaikan pandangan Atikah tentang polisi Wenger ini yang kadang-kadang cukup gila nie.. Atikah akui Atikah pun naik benci dengan polisi Wenger tetapi sesungguhnya polisi-polisi ini untuk projek jangka masa panjang Wenger untuk Arsenal..

Jika Wenger tidak menurunkan pemain muda mungkin kita x akan pernah melihat atau mendengar pemain yang kini kapten pasukan iaitu Cesc Fabregas.. Dan jika Wenger tidak beri peluang mungkin juga Bendtner yang dianggap calon paling berpotensi mengisi kekosongan Van Persie tidak akan pernah dikenali fan Arsenal.. Prospek terbaru bek kiri iaitu Kieran Gibbs juga hadir selepas menyinar dari piala Carling..

Jika Atikah tanya fan-fan Arsenal seramai mana fan Arsenal yang cukup mengenali pemain skuad simpanan Arsenal?? Atikah rasa mungkin seorang daripada 10 orang.. Siapa yang mengambil tahu perkembangan skuad simpanan Arsenal anda sendiri akan kagum dengan mereka..

Mereka mempunyai potensi yang cukup besar.. Namun disebabkan sudah ramai pemain berbakat dan lebih berpengalaman di dalam skuad pemain-pemain skuad simpanan ini hanya dipinggirkan.. Jadi jika Wenger tidak menurunkan mereka dalam piala Carling sampai bila pun mereka cetek pengalaman di peringkat tertinggi..

Apabila keadaan terdesak.. Pemain-pemain skuad simpanan inilah yang akan muncul untuk membantu skuad utama Arsenal.. Jika anda tanya kepada pengurus-pengurus kelab di sekitar Eropah yang lain.. Mereka pasti mengatakan yang mereka agak jelous dengan bakat-bakat muda Arsenal ini..

Atikah sebenarnya kalau nak cari lagi pemain yang menyerlah dari piala carling ke skuad utama dan menjadi tonggak utama Arsenal sebenarnya agak banyak.. Dan Wenger sendiri mengesahkan yang segala yang dibuatnya ini ialah untuk jangka masa panjang kelab.. Mungkin dalam tempoh 5 tahun ini fan Arsenal hanya akan tengok satu piala saja yang dimenangi..

Tapi mungkin selepas itu setiap tahun Arsenal tidak sah kalau x menang satu piala.. Tapi mungkin cara Wenger ini agak sedikit salah.. Iaitu tidak meletakkan pemain berpengalaman untuk mendidik pemain-pemain muda ini.. Wenger tidak meletakkan seorang atau dua orang pemain skuad utama dalam kempen piala carling jawapannya cukup mudah..

Kerana waktu inilah pemain skuad utama mempunyai rehat sebelum kembali mengharungi perlawanan yang cukup padat pada setiap bulan.. Jika Wenger menurunkan pemain terbaik dan mereka mengalami kecederaan siapa yang akan dipersalahkan.. Sudah semestinya Wenger kerana tidak mahu merehatkan tonggak utama pasukan..

Walaupun kita menang piala Carling musim ini ianya bukanlah satu pencapaian yang patut dibanggakan.. Kerana piala Carling ini standartnya tidak setinggi Piala FA jauh sekali untuk mengatasi standart trofi EPL.. Sebab itulah Wenger menurunkan pemain skuad simpanan dan jarang beraksi pada kempen ini..

Apa yang perlu Wenger fokuskan pada setiap musim ialah bukannya memenangi piala Carling.. Tetapi menjulang trofi EPL atau Champions League.. Atau yang paling teruk pun menang Piala FA.. Jadi sememangnya Atikah cukup setuju dengan Wenger untuk mempertaruhkan piala Carling sebagai medan pemain-pemain muda untuk membuktikan keupayaan mereka..

Jika bukan kerana polisi Wenger tentang piala Carling mungkin kita x akan pernah tahu siapa Cesc Fabregas,Jack Wilshere, Kieran Gibbs dan ramai lagi pemain yang menyerlah di piala Carling muncul sebagai tonggak utama Arsenal..

Tapi kalau anda nak sanggat tengok pasukan Arsenal menang banyak piala musim ini.. Atikah ada satu cadangan.. Apa kata pergi support team Arsenal Ladies yang memenangi 14 piala dalam tempoh 4 musim kemarau trofi kejuaraan untuk pasukan lelaki..

Dan Atikah mampu memberikan jaminan yang anda tidak akan pernah menyesal menyokong Arsenal Ladies kerana pasukan Arsenal Ladies diakui paling berjaya di England.. Kalau nak berjinak-jinak menyokong Arsenal Ladies sila ke blog Arsenal Ladies Malaysia untuk maklmuat terkini skuad Arsenal Ladies..

Dalam pada itu spy Atikah melaporkan yang Wenger bersiap sedia untuk memecahkan rekod perpindahan pemain Arsenal untuk membawa masuk Edin Dzeko untuk mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan Van Persie selepas mengalami kecederaan..

Wenger semakin hampir menandatangani pemain pertama pada bulan perpindahan bulan depan apabila spy Atikah mengakui yang Arsenal semakin hampir mencapai kata persetujuan dengan Juventude dengan nilai perpindahan sebanyak 5 juta pound.. Zezinho yang berusia 18 tahun pada Mac tahun depan merupakan seorang lagi bakal pemain bintang dari Brazil..

Dan Zezinho sendiri mengakui yang hanya Arsenal sahaja membuat tawaran untuk mendapatkannya.. Tapi jika kata persetujuan berjaya di capai antara Arsenal dan Juventude spy Atikah melaporkan yang Zezinho hanya boleh beraksi bersama Arsenal pada musim hadapan..

Spy Atikah juga sempat melaporkan yang Senderos mungkin akan meninggalkan Arsenal sebaik sahaja Wenger memberikan lampu hijau.. Tetapi Senderos dikatakan bersedia setia bersama Arsenal asalkan dia diberikan peluang untuk dipinjamkan ke Sepanyol tahun hadapan.. Adios!!

Comments

  1. weehehehe... rilek atikah. aku rase lebih 10 org yang ambik tau pasukan reserve arsenal. takpun sekurang2nya mereka yang main game seperti championship manager atau fifa manager (dan pilih arsenal) sebenarnye sudah lama mengenali nama2 seperti carlos vela, fran merida dan sebagainya. cuma mungkin liga pasukan simpanan tidak diberi highlight yang cukup utk kami mengetahui perkembangan pasukan.

    kat website arsenal pun kami sudah banyak dihidangkan berita pasukan utama. tapi dengan adanya blog ini, ia satu perkembangan yg baik (apatah lagi dalam b.melayu lak tuh) :p

    mcm aku sendiri, aku sentiasa sapot polisi arsene neh. tatau laa kenapa, mungkin kerana beliau pernah bertanggungjawab melahirkan lagenda seperti thierry henry kot. dan rekod kegemilangan beliau pun bukan calang2. so biarkan dia membuat kerja dia mengikut cara dia.

    siapa sangka pun fabregas boleh menjadi kapten seusia awal 20-an? kalo die stay kat akademi barca rasenye takkan dikenali macam skang neh.

    sudah meneliti sensasi kim little di arsenal ladies juga. sangat mengagumkan. teringin pulak rasenye nak tgk pasukan reserve friendly ngan ladies. keh keh, cam menarik je bunyinye...

    ReplyDelete
  2. betul2! Pandangan yg cukup menarik. Carling cup walaupun secara asasnya bukan tempat khas utk pemain muda mencari pengalaman kerana sebenarnya memang ada satu kejohanan khas untuk reserve team atau kejohanan utk pemain muda(Premier Academy League), mungkin wenger rase pemain-pemain mudanye terlalu bagus utk liga bwhn ni sbb skang pon arsenal tgh no 1 dlm liga remaja ni, so beliau pon guna carling cup dan akhirnya dibelasah oleh skuad 1st eleven team lawan. Memang pengalaman yang cukup bermakna. haha. Untuk memperkenalkan bakat muda berpotensi bukan hanya dari carling cup aje. Cthnye macheda dari MU, tak pernah main carling cup pon, die dtg dari academy remaja itali and cemerlang dalam liga remaja, tapi sekarang dah dikenali coz impak yg die bwk time 1st debut die dalam liga. Contoh lain ashley young dari Aston Vila. Young mmg pure dari akademi n die kutip pengalaman sikit demi sikit dalam liga perdana n skrang die salah sorg pemain muda terbaik england. tapi ye memang betul wenger da lahirkan ramai bintang dari carling cup, sangat bersetuju dgn fakta tu cuma yusri rase dah sampai masanye utk kita menang something walaupun hanyalah sekadar carling cup. Lagipun kan sesuatu cup yg dipertandingkan tu adalah utk dimenangi. Kalo xnk baik xpayah masuk betanding. Emm maybe wenger just nk "pengalaman" je kan, hihi ape pon Go Arsenal! peace!! :)

    ReplyDelete
  3. Tapi mungkin cara Wenger ini agak sedikit salah.. Iaitu tidak meletakkan pemain berpengalaman untuk mendidik pemain-pemain muda ini.. Wenger tidak meletakkan seorang atau dua orang pemain skuad utama dalam kempen piala carling jawapannya cukup mudah..

    Ni atikah tulis atas ni betul ke?sebab semalam kan rosicky main?dan rosicky adalah player skuad utama kan? betulkan sy kalau sy salah paham maksud atikah..

    ReplyDelete
  4. sy stju dgn pandangan hiroshi...slh sorg player mnyerlah mse carling dl..alex song..sape sngka...skng kite dpt tgk merida main pon dh cm cesc..btl jgak pe yusri ckp...smp bl kan??hehehe..mst most of us tired wv losing kn...2 la arsenal...reality..fans kne trima kekalahan..most of us..minat arsenal sb menang or game plan wanger????sy rase most of us minat game plan arsenal kn..just skng arsenal not strong at physical..mutu pngadilan kt epl n la liga mmg nmpak beza..btl x??sb 2 pndpt sy,player arsenal xdpt survive..sb physical kecik2..kne challnge sket dh jth..beza dgn la liga..sb bg ref la liga,smp jtuh tergolek player..2 dh kire keras...
    er..atikah..xsilap sy,zezinho,chlsea,man u,real,jeventus pon bid gak budak 2..so,korg pon bole fkr kn...agak2 wanger bid x budak 2 mhl2????cm club2 kaye lain slalu wt..pape pon..hrp2 dpt la playe cm dzenko,chamakh...sb bolatelli inter xnk lepaskn..heheheh.player strong at the air
    paper pon...GUNNERS terbaik!!!keep on track hpefully!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil