Kembali

Akhirnya Atikah sempat juga sampai ke Taiping dengan selamatnya selepas pergi bercuti hampir seminggu ke Sarawak.. Walaupun Atikah pergi bercuti Atikah x pernah ketinggalan berita-berita terkini skuad Arsenal.. Tapi yang pertama sekali ialah Atikah nak ucapkan terima kasih atas sokongan anda semua selepas Atikah melalui masalah yang bolehla dikatakan serius minggu lepas..

Arsenal diundi menentang FC Porto dalam peringkat kalah mati Champions League meninggalkan impian dan harapan Atikah untuk jumpa bekas pemain Arsenal iaitu Jens Lehmann dan Alexander Hleb yang beraksi bersama VFB Stuttgart.. Porto bolehla dikatakan lawan yang berbahaya dalam pertandingan ini..

Jadi Arsenal terpaksa bermain dengan cemerlang untuk memastikan tempat ke suku akhir terjamin.. Givanildo Vieira de Souza.. Atau lebih dikenali sebagai Hulk merupakan pemain yang akan memberikan ancaman.. Jika kita berjaya mengawalnya peluang untuk kita menang amat cerah..

Perlawanan hujung minggu lepas juga memberikan Atikah cabaran dari segi bagaimana nak tahu keputusan perlawanan.. Atikah yang masa itu baru tahu yang MU tewas 3-0 pantas menelefon spy Atikah untuk menanyakan keputusan perlawanan.. Dan Atikah sejujurnya lega apabila spy Atikah mengesahkan Arsenal menang 3-0 untuk terus memberi tekanan kepada Chelsea..

Gol Denilson dari jarak 25 meter dari gol di mana Samir Nasri yang sepatutnya mengambil sepakan tersebut menarik perhatian Atikah.. Sememangnya gol tersebut teramat-amat cantik dan jelas Denilson mempunyai skill dan keupayaan untuk menjadi pengambil free kick Arsenal..

Namun aksi tegang sebelum Denilson mengambil sepakan tersebut yang sedikit mengecewakan Atikah.. Dengan sedikit research Atikah mendapat tahu yang sebenarnya kepala Nasri ditolak oleh Barmby ataupun Hunt dan Nasri kembali untuk membalasnya kembali.. Memang pemain Hull cukup kurang ajar samalah dengan pengurus mereka pun..

Arsenal sekali lagi menerima berita buruk apabila Van Persie disahkan akan berehat sepanjang musim ini.. Tetapi jika tiada sebarang komplikasi dengan proses pemulihan, Van Persie mampu kembali menjalani latihan bersama skuad Arsenal pada bulan April ataupun Mei.. Atikah ucapkan semoga cepat sembuh kepada Van Persie..

Selepas menerima berita ini Wenger dengan pantasnya memberitahu yang dia sanggup membeli pemain penyerang walaupun pemain tersebut tidak boleh untuk beraksi bersama Arsenal dalam Champions League..

VFL Wolfsburg yang sudah pun tersingkir dari Champions League dilaporkan semakin bersedia untuk menjual pemain bintang mereka iaitu Edin Dzeko.. Dengan Wolfsburg bergelut untuk mempertahankan tempat mereka di dalam Champions League bidaan 20 juta euro dari Arsenal membolehkan Dzeko sah milik Arsenal.. Namun ianya sesuatu yang agak sukar untuk dilihat fan Arsenal..

Tapi walau siapa pun pilihan Wenger Atikah x kisah memandangkan selalunya pilihan Wenger bijak-bijak belaka.. So Good Luck Wenger untuk beli pemain baru.. Harap-harap adalah pemain baru yang akan ke Emirates Januari ini.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil