12 December 2009

Inilah masanya

Inilah masanya Arsenal !! Inilah masanya kita gunakan setiap peluang yang ada setelah mensia-siakan peluang terdahulu untuk mengejar Chelsea.. Semalam Chelsea hanya mampu seri 3-3 dan MU pula tewas 1-0.. Jika kita berjaya mengutip mata penuh kita mampu terus kekal di tangga ke-3 liga dengan hanya 6 mata memisahkan antara kita dengan Chelsea!!

Tiada alasan untuk tewas selepas skuad Young Guns Arsenal membuktikan Arsenal jauh lebih bagus.. Kita gunakan setiap peluang yang ada.. Kita jangan sesekali memberikan mereka ruang untuk menjaringkan gol.. Dan tambahan pula sekarang ini Liverpool bergelut dengan prestasi mereka..

Atikah menjangkakan Torres, Gerrard dan Aquilani akan berada di kesebelasan utama mereka pada perlawanan ini.. Namun dengan aksi Walcott yang x pernah menghampakan menentang pasukan kegemarannya semasa kecil boleh digunakan sepenuhnya dan mungkin juga 4 gol dari Arshavin boleh diteruskan jika Wenger terus meletakkan Arshavin di tengah..

Jika Fabianski mampu menjaga gawang dengan baik mengapa Almunia tidak?? Terutama sekali Almunia sedikit demi sedikit kembali ke prestasi terbaiknya.. Jika gandingan Silvestre dan Senderos mampu beraksi baik mengapa gandingan utama Gallas dan Vermaelen tidak??

Jika Ramsey dan Merida mampu mengawal baik jentera tengah Arsenal mengapa Kapten pasukan Fabregas dan Song tidak mampu melakukannya?? Okey perbandingan jentera serangan Arsenal memang Atikah x mampu nak lakukan memandangkan Bendtner selalu memberikan aksi terbaiknya.. Dan kita pula sekarang ini bergelut dengan kecederaan di bahagian serangan..

Tetapi dengan Arshavin cukup menjadi di bahagian tengah serangan Arsenal Atikah mengharapkan Wenger akan terus meletakkan Arshavin di posisi tersebut.. Jika Eduardo atau Vela start Atikah merasakan posisi sayap kiri bukanlah sukar untuk diisi mereka berdua.. Dan Walcott pula di bawa masuk sebelum minit ke-70 untuk gandingan Arshavin dan Walcott menunjukkan bisa mereka..

ALMUNIA
SAGNA-----GALLAS-----VERMAELEN-----TRAORE
FABREGAS-----SONG-----DENILSON
NASRI-----ARSHAVIN-----EDUARDO/VELA

Itulah barisan pilihan Atikah untuk perlawanan ini.. Malam ini juga skuad wanita Arsenal akan berjuang untuk merapatkan jurang dengan Sunderland Ladies yang menghuni tangga teratas carta liga.. Namun Arsenal Ladies masih mempunyai 7 perlawanan di dalam tangan sebelum perlawanan malam ini..

Harap-harap skuad Arsenal memperoleh hujung minggu yang cukup bagus selepas skuad Arsenal U-18 menang 3-1 menewaskan Norwich U-18 untuk memulakan hujung minggu yang cemerlang untuk semua pasukan Arsenal..

Malam ini siaran langsung di Astro ESPN saluran 812 pada pukul 11 malam.. Atikah menjangkakan Arsenal mampu menang 3-1.. Tapi walau berapa pun jumlah gol yang dijaringkan 3 mata penuh lebih penting.. Tiada alasan untuk mensia-siakan peluang kedua ini Arsenal!! Adios!!

P/S : Kepada semua fan-fan Arsenal di blog ini yang nak add Atikah sebagai kawan di Facebook Atikah harap tolong perkenalkan diri dulu.. Seperti nama nickname yang digunakan di blog Arsenal Malaysia.. Harap Maklum.. Adios!!

8 comments:

  1. Jangan kau hampa kan aku lagi Arsenal..Arshavin Fabregas Nasri buat gol biar pak wenger lompat samapi ke bumbung stadium emirate...InsyaAllah...

    ReplyDelete
  2. salam ...mintak ihsan skit..boleh tak letak link saya kat sini...
    http://ashsyumul.blogspot.com/
    segala perhatian didahului shukran/tima kasih
    :-)

    ReplyDelete
  3. HAI atikah..masih ingat jebat melaka,akmal arif nme dlm FB.AKMAL SUDAH ADD atikah tapi masih atikah tidak accept lagi.just nak beri tahu sahaje.ape pun mal harap game malm nie arsenal akan menang dgan berjayae..aresnal 4ever.

    ReplyDelete
  4. Rasa lagi elok 4-4-2..
    Nasri letak kat wing kiri balik...
    Striker letak Walcot dan Arshavin.. Masalah kita sekarang ni takde attacker yang kuat..

    ReplyDelete
  5. okey.. thanks akmal.. atikah dah add

    ReplyDelete
  6. aku x setuju ngan atikah kata denilson bermain dengan baik..kalau tengok match 2 balik.. denilson banyak buat silap, passing bola x sampai, buat faul dekat kawasan sendiri menyebabkan liverpool dapat byk free kick.. ak rsa ramsey lebih layak bermain daripada denilson 2... ape pun gol arshavin terbaik!!!

    ReplyDelete
  7. anonymous.. tulah semua fan arsenal apa yg dilakukan denilson waktu semua org x boleh nak dapatkan bola.. dia yang asyik selamatkan arsenal.. bab free kick tu nasiblah.. lagipun gol yang kuyt bagi tu x sepatutnya masuk kalau almunia lebih berhati-hati semasa buat keputusan..

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan