Fantastik Fabregas!!


Persembahan menakjubkan Fabregas berjaya membantu Arsenal mengutip 3 mata penuh di Emirates. Walaupun hanya beraksi selama 27 minit, Fabregas sememangnya memberi inspirasi kepada kemenangan Arsenal ke atas Villa dengan sumbangan 2 golnya masing-masing pada minit ke 65 dan 81. Diaby memastikan kemenangan bergaya Arsenal dengan menyumbat gol ketiga pada minit ke 91. Arsenal menang 3-0.

Fabregas yang tidak memulakan kesebelasan utama pada awal permainan dimasukkan oleh Wenger pada minit ke 56. Fabregas tidak menunggu lama untuk memecah kebuntuan gol apabila membolosi gawang Villa melalui free kick cantiknya hanya selepas 9 minit dia dimasukkan.



Sebelum perlawanan Fabregas dikatakan masih belum cergas sepenuhnya daripada kecederaan hamstring yang dialaminya. Ternyata ia benar apabila Fabregas kelihatan seksa menahan sakit selepas menjaringkan gol kedua. Enggan menanggung risiko, Wenger akhirnya mengeluarkan Fabregas pada minit ke-84.


Selain Fabregas, Diaby turut bermain dengan cemerlang malam ini. Eduardo pula terus mempamerkan aksi mengecewakan terutama apabila gagal menyudahkan hantaran Diaby di depan gawang. Sepakannya tidak bertenaga malah diarahkan tepat ke arah keeper Villa. Wenger terang-terangan menunjukkan reaksi marahnya di tepi padang selepas Eduardo melepaskan peluang keemasan tersebut.



Setakat ini tidak dapat dipastikan lagi mengenai tahap kecederaan Fabregas. Kita tunggu update seterusnya. Apa pun Fabregas memang superb malam ni. Dengan kemenangan ni, kita hanya 4 mata di belakang Chelsea. Harap Arsenal terus pamerkan konsistensi dan terus memenangi perlawanan. Untuk malam ni, we are the better team and Fabregas da man! Thanks Fabregas!

Go Arsenal! GO!!

Comments

  1. antara 3 gol...gol first pencetus kebangkitan...gol second penyeri permainan dan terakhir gol paling cantik untuk Diaby season ni sbg menutup tirai kegemilangan..

    ReplyDelete
  2. salam...

    Tahniah Arsenal & Wenger... Harap2 Arsenal kekal kan rentak juara... InsyaAllah Arsenal mampu juara liga dan champion league...

    http://ashsyumul.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Aku risau bila nampak Fab kena harmstring..
    Kita perlukan seorang backup leader cam Fab...

    Kena ada inspirasi

    ReplyDelete
  4. pergh....
    mlm yg menkjubkan bg fab..
    xpnh ak tgk freekick die ctk cm 2..
    slalu x jd je..
    pape pn ak hrp arsenal akn trs mju..

    ReplyDelete
  5. perasan tak espn ada tunjuk fabregas duduk kat bangku sambil menyang jersi dia yang tersidai kat depan die.

    time tu aku terfikir "neh kalo wenger petik je nama die, konpem die terus sarung untuk tunjuk ketereran die."

    cuma malam tu aku risau sbb aku baru lepas berdebat dgn sorang lagi peminat arsenal yang meminta aku utk tidak terlalu taksub dgn fabregas. "fabregas takde pun takpe jai" kata beliau.

    nampaknya beliau tersilap, dan aku pulak menjadi risau.

    ReplyDelete
  6. Match semalam dah buktikan betapa hebatnya Fabregas dan betapa berpengaruhnya Fabregas dalam team arsenal. Die masuk, skor gol, pastu keluar. Total masa 27 minit aje. Tapi tgk apa yang dia da ubah dalam game tu.

    Corak permainan, kelajuan permainan, motivasi pemain arsenal, dan yang paling penting keputusan perlawanan. Bukan nak menjunjung sgt mamat tu tapi tgk lah apa yang dia dah buktikan.

    Musim ni aje da 12 gol dan 15 assist. Ketepikan kejap status kita sebagai gooner, bercakap sebagai seorg peminat bola sepak yang menilai berdasarkan fakta, Fabregas sememangnya adalah midfielder terbaik dunia pada usia 22 tahun skrang ni. No doubt Arsenal perlukan Fabregas. Kalau nk kate fabregas xde pon xpe, maybe betol, tapi bukan pada masa sekarang.

    Aku tertarik pada pendapat salah sorg peminat arsenal ni, die kate camni "kalau la Messi, Ronaldo, Kaka or Ibrahimovic yg wat cam yg fabregas wat semalam, mesti diorg kene puji gile2 then kuar statement kt media kate diorg la pemain terBAIK dunia. tapi nape benda ni xjadi kat Fabregas?"

    Emm.. fikir2 la huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil