28 December 2009

Fabregas rehat selama 3 minggu ??

Okey Atikah baru sahaja pulang dari bercuti.. Tetapi Atikah x terlepas perlawanan menentang Aston Villa di mana Captain Fantastic iaitu Cesc Fabregas memberikan inspirasi dalam kemenangan 3-0 tersebut..

Tetapi disebalik kemenangan tersebut Fabregas hanya mampu beraksi selama 28 minit sebelum kecederaan hamstringnya kembali semasa menjaringkan gol kedua perlawanan.. Wenger memperjudikan tahap kecederaan Fabregas pada perlawanan tersebut di mana Atikah juga akan melakukan perkara yang serupa..

Sejujurnya Fabregas seboleh-bolehnya kembali pada perlawanan menentang Portsmouth berbanding Aston Villa kerana baru saja pulih dari kecederaan hamstring di mana Fabregas masih belum 100% pulih dan cergas.. Namun disebabkan Arsenal mempersia-siakan peluang demi peluang kemasukan kapten fabulos akan menjamin 3 mata penuh..

Namun seperti yang Atikah katakan kemasukan Fabregas tersebut memang cukup berisiko memandangkan kecederaan hamstring ini bukanlah perkara yang boleh dibiarkan.. Silap-silap haribulan Fabregas terpaksa menjalani pembedahan atas kecederaan hamstringnya..

Atikah diberitahu yang Fabregas mungkin akan diketepikan selama 3 minggu atau lebih jika tisu pahanya terkoyak.. Namun jika ianya hanya kecederaan hamstring biasa, fan Arsenal akan menyambut kepulangan Fabregas seawal-awalnya pada perlawanan menentang West Ham dalam perlawanan Piala FA..

Namun disebalik kecederaan Fabregas kem Arsenal sekali lagi dikejutkan dengan kecederaan belakang yang berulang untuk Denilson pemain yang dijangka akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Song..

Wenger mengakui jika kecederaan Fabregas dan Denilson serius Wenger akan berkira-kira untuk membeli pemain yang akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan mereka disebalik lampu hijau dari Wenger yang mahu membeli penyerang untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Van Persie..

Tetapi Rosicky dijangka akan kembali semasa perlawanan menentang Portsmouth awal pagi Khamis ini.. Jika Rosicky berjaya cergas sepenuhnya.. Ianya agak melegakan memandangkan Fabregas mungkin terpaksa berehat selama beberapa hari atau minggu..

Untuk update terkini dan penjelasan lanjut tentang berita terkini kecederaan pemain-pemain Arsenal, Atikah dah updatekan di ruangan Latest Arsenal Injury News.. Get Well Soon Captain Fantastico Cesc Fabregas!! Adios!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan