29 December 2009

Fabregas pertahankan keputusan Wenger

Fabregas yang dijangka terlepas aksi sepanjang minggu ini mempertahankan keputusan berisiko Wenger dengan menurunkannya semasa perlawanan menentang Aston Villa yang lalu di mana dia masih belum pulih dan cergas sepenuhnya lagi..

"Saya datang dari bangku simpanan dengan harapan yang cukup tinggi menentang Aston Villa.. Saya tidak bermain beberapa perlawanan dan saya setuju dengan pengurus yang saya perlu turun ke padang seketika.. Saya dalam semangat berkobar-kobar (masa itu).."

"Saya tidak boleh bermain seketika tetapi saya berharap akan pulih secepatnya dan kembali kepada pasukan dan membantu.. Saya mencederakan diri saya semasa menjaringkan gol kedua.. Saya memecut dan felt a strange tug.."

Fabregas juga sempat memberikan reaksi tentang reaksi marah dari Pengerusi kelab Arsenal iaitu Peter Hill-wood selepas beberapa pemain Arsenal dikaitkan dengan perpindahan ke Barcalona..

"Saya tidak mahu bantah apa yang pengerusi kelab kata tentang Barcalona.. Saya teramat gembira di Arsenal.. Untuk tahun 2010 saya harap dapat mengelakkan kecederaan dan memenangi kejuaraan bersama Arsenal dan saya juga mahu mengharungi kempen Piala Dunia yang bagus bersama Sepanyol.."

Thomas Vermaelen juga sempat memuji aksi memukau dari Fabregas pada perlawanan menentang Aston Villa dan meluahkan keyakinannya yang Arsenal mampu menang tanpa kapten pasukan Cesc Fabregas dan penyerang sensasi Robin Van Persie..

"Dia merupakan pemain tengah terbaik yang pernah saya bermain bersama.. Dia cukup bijak di dalam perlawanan dan di dalam sesi latihan jika anda beraksi menentangnya ianya agak sukar untuk mengawalnya.. Saya fikir dia ada mata dibelakangnya.. Dia nampak segalanya.."

"Dia seorang kapten yang bagus juga.. Dia ada banyak kualiti dalam bola sepak dan saya fikir ianya cukup penting untuk seorang kapten pasukan.. Dia bercakap di dalam bilik persalinan.. Walaupun tidak banyak tetapi ianya mencukupi.."

"Untuk kami dia cukup penting pada perlawanan yang lalu.. Dia menjaringkan 2 gol dalam 20 minit jadi dia sangat penting.. Saya rasa sebelum dia masuk kami merupakan pasukan yang lebih bagus tetapi tidak banyak mencipta peluang.. Dan bila dia masuk kami lebih bagus dan mencipta lebih banyak peluang.."

"Cesc merupakan pemain penting untuk kami sama seperti Robin Van Persie.. Tetapi mereka mengalami kecederaan dan kami perlu lakukannya tanpa mereka.. Saya rasa kami ada pemain tengah yang bagus untuk mengisi kekosongan mereka.."

Aaron Ramsey akan menjadi pemain yang paling bertuah semasa Fabregas dan Denilson mengalami kecederaan dan Song dipanggil skuad kebangsaan Cameroon.. Ini bermakna lebih banyak perlawanan akan disertainya dengan ditemani Diaby dan Rosicky..

Sementara itu Wenger mengesahkan yang Rosicky akan cergas sepenuhnya pada perlawanan menetang Portsmouth awal pagi ini atau mungkin semasa menentang West Ham dalam saingan Piala FA hujung minggu ini..

Namun Bendtner yang dijangka kembali bersama pasukan pada minggu depan disahkan masih mengalami kecederaan dan staf perubatan Arsenal menjangkakan Bendtner akan kembali selewat-lewatnya pada penghujung bulan Januari selepas masih belum pulih sepenuhnya selepas menjalani pembedahan pangkal paha..

Wenger juga sempat menafikan tentang dakwaan surat khabar Britian yang melaporkan dia bersedia membuat tawaran kepada Man. City untuk Bellamy.. Dan spy Atikah melaporkan yang Chamakh tidak akan menyertai Arsenal bulan depan selepas dia mengatakan yang dia akan kekal bersama Bordeaux sepanjang musim ini.. Adios!!

1 comment:

  1. barca barca barca...

    oh, cukuplah. mana2 pasukan sepanyol (beserta media2 mereka) janganlah kembali pada tabiat lama iaitu memporak porandakan kelab di liga england.

    bersainglah secara sihat dan adil.

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan