06 December 2009

Fabregas man of November

Okey sebelum Atikah teruskan.. Atikah nak anda semua ke blog Arsenal Reserves dan Arsenal Ladies untuk keputusan terkini perlawanan.. Dimana pasukan U-18 Arsenal menewaskan Chelsea U-18 2-0 dan Arsenal Ladies tewas 2-1 di separuh akhir Women's Premier League Cup di tangan Everton Ladies..

Seperti yang Atikah sangkakan Fabregas memenangi anugerah pemain terbaik bulan November dan keduanya musim ini selepas memenangi pada bulan Oktober yang lalu.. Fabregas menewaskan Song dengan undian sebanyak 38.6%.. Song pula berada di tempat ke dua dengan undian sebanyak 34% dengan Van Persie berada di tempat ketiga dengan undian sebanyak 8.1%..

Fabregas juga mendominasi anugerah pemain terbaik bulan November versi blog Arsenal Malaysia apabila mengutip undian sebanyak 53% meninggalkan Song ditempat kedua dengan 17% dan Van Persie di tempat ketiga dengan undian sebanyak 15%..

Arshavin berada di tempat keempat dengan undian sebanyak 8% diikuti Nasri ditempat kelima dengan undian sebanyak 3%.. Ditempat keenam dan ketujuh pula menjadi milik Sagna dan Denilson dengan undian sebnayk 2% dan 1% sementara Eboue gagal menerima sebarang undian..

Sementara itu Atikah mendapat tahu dari spy Atikah yang Wenger mungkin akan membeli Charlton Cole selepas Chamakh dan Dzeko jelas sukar untuk dibeli.. Namun sekarang ini Cole berada di bilik rawatan selepas mengalami kecederaan lutut.. Namun pada minggu kedua bulan Februari Cole dijangka kembali..

Dengan West Ham mempunyai masalah kewangan.. Tawaran Wenger sekitar 10 ke 15 juta pound mampu menarik perhatian West Ham untuk menjual Cole.. Cole yang berusia 26 tahun jika menyertai Arsenal mampu untuk beraksi dalam semua kempen yang disertai Arsenal musim ini..

Atikah akan arahkan spy Atikah untuk mengetahui kebenarannya sama ada serius atau tidak Wenger mahu membeli Cole.. Dan Atikah akan informkan anda sebaik sahaja ada berita terbaru tentang rumours ini.. Adios!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan