29 December 2009

Fabregas cuma fokus pada Arsenal

Masih tiada sebarang khabar berita tentang tahap kecederaan yang di alami Fabregas.. Namun semasa Atikah menghubungi physiotherapi Arsenal iaitu Colin Lewin, Colin melaporkan yang Fabregas akan diperiksa pada hari selasa waktu London.. Jadi InsyaAllah esok kita akan tahu berapa lamakah Fabregas akan direhatkan..

Namun disebalik kemungkinan Fabregas terpaksa berehat selama 3 minggu, Fabregas masih sempat bercerita tentang kegembiraannya hidup di London dan bermain bersama Arsenal.. Dan Fabregas juga mahu pulih secepat yang mungkin dari masalah kecederaannya ini..

"Selalu orang bercerita tentang Real dan Barca sejak musim panas.. Tetapi satu perkara yang saya selalu fikirkan ialah tentang kelab semasa saya, Arsenal dan bagaimana untuk membantu rakan sepasukan saya.."

"Suatu perkara yang saya risaukan sekarang ini ialah tentang kecederaan ini.. Saya mahu pulih dari kecederaan ini secepat yang mungkin.." Fabregas yang menjadi penjaring terbanyak pasukan Arsenal dengan 12 gol setakat ini menegaskan yang dia cukup gembira sekarang ini..

"Fikiran saya tenang, saya gembira di Arsenal dan England dan masih banyak benda yang perlu saya lakukan.. Itu saja yang boleh saya katakan.. Saya tidak fikirkan pasal benda lain.." Gembira dan lega perasaan Atikah bila mengetahui kapten Fabregas ini gembira bersama Arsenal..

Pada bulan September yang lalu di mana ramai orang memperkatakan tentang tahap kegembiraan Fabregas di Arsenal.. Selepas Fabregas dilihat tidak berapa gembira selepas menjaringkan gol sewaktu menentang Wigan di mana Arsenal menang 4-0..

Bagi peminat Arsenal yang berfikiran positif mereka menganggap kecederaan Fabregas yang dialaminya sebelum menjaringkan gol tersebut menyebabkan dia agak tidak gembira semasa menjaringkan gol tersebut.. Sudah semestinya Barcalona akan mengigit jari untuk melihat Fabregas ke Nou Camp pada bulan depan dan mungkin juga sehingga musim depan jika Fabregas terus menerus gembira bersama Arsenal.. Adios!! Get Well Soon Fabregas!!

2 comments:

  1. aku harap biarlah dia terus berbakti dengan Gunners...klu nak blah pun at least Silverware utk EPL dan UCL...

    ReplyDelete
  2. klu boley bior dia jd legend tuk arsenal la.. xpyh blah..

    kawan2 smua.. sila support blog aku juga..^^

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan