Fabregas & Arshavin Top 21 Ballon d'OR 2009

Francesc Fàbregas i Soler berada di tempat ke-12 dalam anugerah Ballon d'OR yang dimenangi pemain sensasi Barcelona iaitu Lionel Messi.. Walaupun Fabregas tidaklah beraksi secermelang musim ini ianya tidak mengelakkannya dari berada di tempat ke-12..

Fabregas hanya mampu menjaringkan 3 gol dari 33 perlawanan sepanjang musim lepas berbanding 13 gol yang dijaringkannya sepanjang musim 2007/2008 dari 45 perlawanan.. Atikah ucapkan tahniah kepada kapten pasukan Arsenal ini.. Harap-harap tahun depan dia berjaya mencatat keputusan yang lebih membanggakan lagi..

Andrei Sergeyevich Arshavin pula berada di tangga ke-21 anugerah Ballon d'OR selepas aksi cemerlangnya sepanjang separuh kedua musim 2008/2009 sehingga membantu Arsenal kekal di top 4 liga dan mara ke separuh akhir Piala FA dan Champions League..

Arshavin beraksi sebanyak 14 perlawanan dan sekali dimasukkan sebagai pemain gantian sejak berhijrah dari Zenit ST Petersburg pada Februari 2009 yang dipercayai memecahkan rekod perpindahan pemain Arsenal.. Namun jumlah yang dibayar kepada bekas kelabnya dibayar Arshavin dengan 6 gol dari 15 perlawanan..

Yang paling tidak dapat dilupakan ialah 4 golnya di Anfield.. Namun aksinya sepanjang musim lalu memang tidak mengecewakan dan aksinya juga hampir sahaja menengelamkan aksi kapten pasukan iaitu Cesc Fabregas.. Apa-apa pun tahniah kepada Arshavin atas pencapaian yang membanggakan ini..

Sekurang-kurangnya pencapaian 2 tonggak utama Arsenal ini mengubat kekecewaan fan-fan Arsenal dan pemain-pemain Arsenal apabila tiada seorang pun pemain Arsenal tercalon dalam anugerah pemain terbaik dunia.. Mahupun dari pasukan lelaki ataupun wanita..

Kali terakhir pemain Arsenal dicalonkan untuk anugerah pemain terbaik dunia ialah pada tahun 2008 iaitu wakil Arsenal diwakili oleh penyerang prolifik dan lagenda Arsenal Ladies iaitu Kelly Smith dan dia berjaya berada di top 5.. Namun tahun ini juga Kelly Smith tercalon dalam anugerah ini.. Atikah harap ini bukanlah kali terakhir pemain Arsenal dicalonkan dalam anugerah berprestij ini..

Fabregas sebagai contoh mampu tercalon untuk pemain terbaik dunia untuk tahu hadapan jika berjaya meneruskan aksi cemerlangnya sepanjang musim ini dan berjaya membantu Arsenal menjulang trofi kejuaraan..

Sementara itu Kim Little pula boleh mewakili skuad Arsenal Ladies dan mengikut jejak langkah Kelly Smith.. Little yang akan berusia 20 tahun Jun tahun hadapan setakat ini saja telah menjaringkan 24 gol dari 14 perlawanan!! Dan sememangnya Kim Little merupakan tonggak utama Arsenal Ladies..

Little yang telah beraksi sebanyak 48 perlawanan dan 3 kali diturunkan dari bangku simpanan sejak menyertai Arsenal dari Hibernian FC awal musim 2008/2009 telah menjaringkan 48 gol!! Memang Little mempunyai potensi untuk menjadi pemain terbaik dunia tahun hadapan ataupun pada masa hadapan.. Adios Amigos!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil