03 December 2009

CARLING CUP - OUT, FA CUP - ?, BPL - ??, CHAMPION LEAGUE - ???


Kita dah pun terlepas Carling cup selepas kekalahan 3-0 dengan Man City. Semuanya disebabkan polisi Wenger yang menggunakan Carling Cup sebagai medan untuk arsenal menayang bakat-bakat mudanya yang boleh dianggap masih berhingus lagi. Walaupun usaha Wenger untuk mengetengahkan pemain-pemain muda boleh dianggap satu usaha yang patut dihormati, tapi masih releven lagi kah polisi ini digunakan untuk sebuah pasukan yang sudah 4 tahun 'berpuasa' dari sebarang piala?

Ya, Man city menggunakan kesebelasan terkuatnya untuk memastikan mereka terus layak mengharungi kejuaraan kerana mereka sedar peluang untuk memenangi liga sudah semakin tipis. Jadi mereka menumpukan sepenuh kudrat untuk apa yang mereka rasa mereka mampu buat. Tambahan pula mereka tidak menyertai liga juara-juara seperti arsenal.



Rasanya sudah cukup lah Wenger dengan "YOUNG GUNNERS" nya. Wenger berkata dia tidak boleh tidak menggunakan pemain-pemain yang dipupuknya. Takkan nak simpan saja pemain yang telah dilatih? Mereka dilatih untuk bermain! Ya, benar! Tapi adakah mereka telah benar-benar layak untuk menghadiahkan penyokong-penyokong dengan piala? Penyokong-penyokong amat dahagakan piala. Rasanya sudah sampai masanya Wenger menunjukkan sedikit rasa 'simpati' pada penyokong-penyokong dengan menumpukan sepenuh perhatian pada kejuaraan yang masih ada. Kebelakangan ini pun pendirian Wenger sudah mula nampak goyah. Daripada bertegas tidak mahu membeli penyerang baru, tiba-tiba keluar kenyataan akhbar yang pengurus ini mahu meninjau beberapa penyerang berbakat setelah menyedari Eduardo tidak cukup bagus untuk menggantikan RvP.



Pembelian Arshavin musim lepas juga menunjukkan pendirian Wenger boleh berubah-ubah kerana ketika dibeli, Arshavin berumur 27 tahun. Usia 27 bukanlah usia yang boleh kita gelarkan Arshavin sebagai YOUNG GUNNER. Wenger sebelum itu bertegas tidak mahu membeli pemain bintang dan berusia sebaliknya hanya mahukan pemain muda saja, tetapi apa yang berlaku? Nah! Arshavin muncul dengan jersi 23 Arsenal.Walaupun begitu, pembelian Arshavin bukanlah satu idea yang teruk. Arshavin amat berpotensi dan boleh dianggap pembelian yang hebat oleh Wenger.



Harapnya selepas ini pemain-pemain Arsenal boleh bangkit dan memenangi sekurang-kurangnya satu kejuaraan. "tak dapat bpl or champion league, FA cup pun jadi la....!!"
Go Gunners!

2 comments:

  1. keh keh. arsenal masih dihatiku.

    sepatutnye manchester city kene faham prestij piala carling neh. sejak azali memang ia medan utk reserve team berpeluang menjulang piala. even final game utk tahun yg lepas2 menyaksikan pasukan2 berkaitan menurunkan jentera muda utk mendapat pengalaman beraksi dalam kejuaraan piala liga. mungkin untuk persediaan mengharungi cabaran FA Cup.

    cuma, ditakdirkan manchester city memiliki coach cetek pemikiran utk meletakkan full strength dalam perlawanan suku akhir (nasib baik robinho tak main, tatau laa mark hughes sengaja simpan atau mmg die blom cukup fit lagi). kalo diintai balik aksi arsenal menentang liverpool, ia tampak lebih menarik dan fair.

    oh ye, satu lagi mengenai arshavin, harga yang diminta zenit st petersburgh sebenarnya lebih 20 juta, tetapi dek kerana arshavin sendiri mungkin dah bosan dok rusia, beliau melobi dirinya sendiri utk dibeli arsenal dgn harga diskaun (sama kes macam ketika tevez berpindah ke west ham united).

    jadi, boleh dikatakan arsene sebenarnye mmg tanak beli beliau pun, mungkin kerana kesian atau melihat peluang yang ada untuk membeli pemain berkualiti pada harga mampu-milik, barulah transaksi itu berlaku di saat2 akhir bulan januari tahun lepas.

    oh ye, ini analisis berdasarkan fakta2 tahun lepas. kalo ade yg salah, tolong betulkan saya.

    ReplyDelete
  2. yup2 setuju, carling memang medan yang paling sesuai untuk pemain muda. Tapi tak semua team fikir macam tu temasuk Man U yang selalunye guna first team tapi untuk cover, diorg selalunya letak 3 org pemain muda cam welbeck n gibson. Rasenye arsenal pun patot wat camtu. Wenger kalo carling je sebelas2 org tu die letak sume muda. At least letak la dalam 3-4 player yg bepengalaman mcm arshavin, RvP, Rosicky, Gallas, baru la selesa sikit. Ni tak, sume letak mude2 memang la kene tibai. Semalam Rosicky ngan silvestre main pon xleh compete gak. Even carling cup je pon kene gak amek serius coz setiap cup ade prestij die tersendiri

    Emm yg pasal arshavin tu wenger memang aim nk beli die sebab time tu eduardo ngan rosicky injurd. So xbyk pilihan utk posisi wing n shadow striker. Dulu kan pakai 4-4-2. Rasanye tak timbul kot isu beli sebab kesian, org tua tu kan cerewet. kalo xbagus die xbeli punye

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan