30 December 2009

Bukan dua tapi tiga Ferguson !!

Arsenal membalas kenyataan Alex Ferguson yang kejuaraan liga musim ini hanya diantara Chelsea dan Manchester United.. Tapi kini pemain-pemain Arsenal memastikan yang Arsenal berada di landasan yang tepat untuk mengejutkan dua pasukan pilihan itu..

Kemenangan 4-1 ke atas Portsmouth awal pagi tadi terus membuatkan Arsenal masih berada didalam pemburuan kejuaraan liga pada hari terakhir 2009.. Ianya tidak mustahil untuk melihat Arsenal menjulang kejuaraan ini jika Arsenal terus menang dan dalam masa yang sama mengharapkan pasukan di atas keciciran mata..

Atikah yang turut berada di Fratton Park awal pagi tadi agak terharu apabila sebilangan fan Arsenal yang mengunjungi Fratton Park menyanyikan lagu 'We were going to win a league'.. Ini membuktikan kepercayaan fan Arsenal untuk Arsenal menjulang trofi EPL musim ini cukup utuh..

ALMUNIA
SAGNA-----GALLAS-----VERMAELEN-----TRAORE
RAMSEY-----SONG-----DIABY
NASRI-----ARSHAVIN-----EDUARDO

Inilah barisan kesebelasan utama Arsenal awal pagi tadi.. Atikah difahamkan yang Song akan menyertai skuad kebangsaan Cameroon untuk kempen Piala Negara Afrika pada hari Isnin minggu depan iaitu pada 4 Januari 2010 memandangkan pengurus Cameroon merupakan rakan Arsene Wenger..

Arsenal mendahului pada minit ke-27 selepas freekick yang di ambil Eduardo tepat mengenai Kaboul sebelum ianya menerjah jaring untuk own gol.. Kesian Eduardo.. Agak lama juga dia tidak menjaringkan sebarang gol.. Tapi aksi dia pada perlawanan ini patut dipuji..

Pada minit ke-42 hantaran jauh dari Song kepada Eduardo sebelum Eduardo memperdayakan pertahanan sebelum melorongkan bola kepada Aaron Ramsey.. Ramsey yang nampak Nasri memasuki kotak penalti dan tidak dikawal terus memberikan Nasri bola tersebut.. Nasri terus sahaja merembat padu bola tersebut melepas jangkauan penjaga gol..

Aaron Ramsey menjaringkan gol ketiganya musim ini dan keduanya dalam saingan liga selepas merembat padu dari luar kotak penalti pada minit ke-68.. Ramsey sebelum itu mencuri bola daripada pemain pertahanan Portsmouth sebelum memperdayakan 2 pemain pertahanan yang lain lalu merembat deras ke gawang gol..

Rosicky akhirnya pulih dan untuk meningkatkan stamina Rosicky dan juga sebagai persediaan sebelum beraksi di dalam kesebelasan utama Wenger bertindak menurunkan Tomas Rosicky pada minit ke-71 untuk mengantikan Eduardo..

Akhirnya Song menjaringkan gol pertamanya untuk Arsenal musim ini selepas hantaran lintang dari Nasri berjaya dibaca Song lalu menanduk bola tersebut menerjah jaring Portsmouth untuk terus mematikan saja perjuangan Portsmouth yang sebelum itu menjaringkan gol..

Arsene Wenger juga sempat mengesahkan yang Fabregas akan berehat di antara 10 hingga 12 hari.. Menurut Wenger lagi peluang untuk Fabregas kembali menentang Everton ialah 50-50.. Walcott juga mengalami kecederaan ripped muscle dan akan berehat 10 ke 12 hari juga..

Dikesempatan ini juga Atikah mahu mengucapkan tahniah kepada bekas pengurus Arsenal Ladies yang kini merupakan General Manager Arsenal Ladies dan juga Arsenal First Team Kitman atas pencapaian beliau yang akan menerima OBE dari ratu sempena tahun baru ini.. Adios!!

7 comments:

  1. "Atikah yang turut berada di Fratton Park awal pagi tadi" poyo gile ayat wekk! :P

    ReplyDelete
  2. haha berangan pon jadi laaaa

    ReplyDelete
  3. There's always going to be another mountain
    I'm always going to want to make it move
    Always going to be an uphill battle,
    Sometimes I'm going to have to lose,
    Ain't about how fast I get there,
    Ain't about what's waiting on the other side
    It's the climb


    Arsenal akan climb tangga liga ke kedudukan teratas! yeayh!

    ReplyDelete
  4. weii...blah la weii klu takat nk komen bg sakit ati org..
    ikut suka dia la nk tulis apa pn, janji info2 dia is the real facts. lantak la dia nk berangan ka...

    ReplyDelete
  5. fan MU kot yg ngada2 kutuk2 atikah ni...berambos la weh...

    ReplyDelete
  6. Ala.. fan man u.klu berani tinggal kan link la..
    komen pandai..tingal link ko tgk.

    you got no balls ker bro??

    hahaha

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan