04 December 2009

Bila Eduardo nak tunjuk taringnya ??

Dalam artikel kali ini Atikah nak bincangkan tentang ketumpulan penyerang Arsenal yang dahulunya cukup tajam dan apabila dia diterjah keras dan kakinya patah dia berjaya kembali ke prestasi asalnya sebaik kembali ke dalam pasukan.. Tetapi selepas dituduh diving dia mula kehilangan punca.. Jadi bilakah agaknya dia akan kembali ke prestasi asalnya??

Eduardo Alves da Silva itulah nama penuhnya.. Ataupun lebih dikenali sebagai Eduardo atau Dudu.. Dibawa masuk dari Dinomo Zagreb dengan nilai perpindahan sebanyak 7.5 juta pada Julai 2007.. Musim pertamanya berlangsung baik dengan menjaringkan 13 gol dalam 22 perlawanan dan 2 kali masuk sebagai pemain gantian.. Dan Eduardo berjaya membantu Arsenal berada di puncak sehinggalah satu peristiwa ngeri berlaku..

Peristiwa yang tidak mahu diingati Eduardo.. Tackle dari Martin Taylor hampir sahaja meragut karier Eduardo.. Dan terjahannya itu juga meragut peluang kejuaraan Arsenal.. Namun sebaik sahaja pulih Eduardo menjaringkan 3 gol dalam 2 perlawanan dan 2 kali diturunkan sebagai pemain gantian..

Insiden ini menyaksikan Eduardo hampir sahaja diban 2 perlawanan Champions League sebelum UEFA menarik balik pergantungan Eduardo.. Namun sejak itu Eduardo hanya mampu menjaringkan 3 gol dari 8 perlawanan dan 7 kali diturunkan sebagai pemain gantian..

Namun hampir sahaja Eduardo menambah rekod jaringannya kepada 5 jika bukan kerana sentuhan dan asakan Eduardo membuatkan pemain Wolverhamptom menjaringkan gol sendiri.. Namun selepas Van Persie mengalami kecederaan Eduardo gagal mengisi kekosongan tersebut dan ditambah pula Bendtner terpaksa diketepikan hampir sebulan disebabkan kecederaan..

Walaupun aksi Eduardo bolehla dikatakan bagus dan menarik semasa menentang Chelsea dan Sunderland.. Tetapi ketumpulannya membuatkan Arsenal terpaksa mengigit jaring tumpas dan gagal menjaringkan sebarang gol..

Jadi sampai bilakah Eduardo hanya mampu menampilkan aksi cemerlang tetapi gagal untuk menggunakan setiap peluang yang ada untuk menjaringkan gol?? Hendak menunggu kepulangan Bendtner ianya lebih kurang seminggu atau 2 minggu lagi.. Nak tunggu Van Persie kembali sehingga musim depan.. Nak tunggu penyerang baru?? Hmm.. Selewat-lewatnya pun 3 bulan lagi..

Atikah harap Eduardo kembali berada di prestasi terbaiknya seperti dulu dan tunjukkannya semasa menentang Stoke City esok.. Atikah harap Eduardo berjaya melakukannya.. Kerana sememangnya Eduardo mampu lakukannya.. Go Eduardo!! Adios Amigos!!

2 comments:

  1. salam atikah.
    pd pendapat gua, dudu mmg susah nk dpt balik rentak permainan dia seperti sblm dia injured dulu. gua yakin yg eduardo masih lg teringat peristiwa tu. dia takut kejadian yg sama berulang. kaki dia pernah di 'skru'. klau jd lg skali, kemungkinan dia xkn dpt sembuh sperti skrg ni. so dia lebih berhati2 skrg ni. sekaligus menyebabkn prestasi dia menurun.. - otai gunners -

    ReplyDelete
  2. setuju dengan otai gunners. tapi kalo itu sahih, maka wajiblah untuk wenger berbuat sesuatu. utk mengharapkan kepulangan bendtner sahaja adalah tidak cukup. bendtner masih di tahap novis, biarpun beliau memiliki finishing yang tajam dan hebat. tapi kita juga perlu memikirkan balance dan flair yang baik utk bergantung harap pada penyerang yang hebat.

    bercakap mengenai eduardo, aku teringatkan reyes. kenapa? kalo anda masih ingat reyes adalah pengganti kekosongan yang ditinggalkan anelka (walaupun corak permainan beliau lebih kepada sayap - sama seperti thierry henry satu ketika dulu). tapi disebabkan masalah domestik dan provokasi dari media sepanyol, reyes meninggalkan kelab biarpon telah banyak menyumbang kecemerlangan. utk melepaskan beliau ke real madrid, arsene meminjam pula julio baptista (utk isi kekosongan atau mungkin utk trial) namun baptista pula tidak perform melihatkan dia pernah gagal menjaringkan penalti.

    selepas itu barulah eduardo tiba. dan melihatkan senario masa kini, sememangnya risiko yang ditanggung arsene sgt besar jika beliau tidak mendapatkan penyerang prolifik yg baru bulan januari ini.

    tapi siapa pun pilihan atau keputusan wenger, aku percaya dia memikirkan yang terbaik sebab masa lalu telah membuktikan pilihan beliau selalunya tepat.

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan