17 December 2009

Barcelona: Fabregas akan sertai kami


Sebelum saya teruskan dengan berita mengenai fabregas ni saya terlebih dahulu nk ucapkan tahniah pada pasukan bola sepak Malaysia kerana berjaya merangkul emas dalam sukan sea di Laos, Syabas Malaysia!! Malaysia boleh!!

Ok hari ni blog kita agak panas sikit dengan isu berkenaan komen2, teguran2 dan kutukan2 yang agak sensitif untuk saya katakan di sini. Saya percaya pengutuk2 tu semua bukannya fan Arsenal kerana fan2 Arsenal semuanya baik2 dan bijak2 belaka. Just ignore them ok!

Berbalik pasal Barcelona dan Fabregas. Kelab juara eropah, Barcelona ni tak habis2 dengan perancangannya untuk mendapatkan fabregas walaupun semua sudah sedia maklum bahawa Fabregas ingin kekal dengan Arsenal dan Wenger sendiri bertegas tidak ingin menjual pemain sepanyol berusia 22 tahun ini.




Terbaru, pada hari ini presiden Barcelona, Joan Laporta menyatakan pada media bahawa mereka telah pun menyiapkan dana untuk membawa Fabregas kembali ke Barcelona. Akhbar The Sun melaporkan Laporta menyatakan bahawa kelab Catalan itu mempunyai hubungan yang baik dengan Arsenal kerana mereka pernah berurusan dengan The Gunners dalam hal pembelian bekas pemain bintang Arsenal, Thierry Henry dan Hleb.

Laporta berkata: " Kami mempunyai banyak alasan munasabah untuk membawa Fab pulang. Barcelona akan berjuang habis-habisan untuk mendapatkan Fabregas. Kami tiada masalah dengan wang dan setakat ini kami sedia memperuntukkan 40 hingga 50 juta pound. Mungkin jumlah ini akan meningkat lagi dan anda tentunya faham apa message yang kami ingin sampaikan dengan jumlah tersebut"



Nampaknya Barcelona memang bersungguh-sungguh inginkan fabregas. Musim panas lalu Barcelona membuat bidaan lewat untuk membawa Fabregas ke catalan namun Fabregas menolak minat mereka, secara ekslusif pada penghujung musim perpindahan memberitahu bahawa dia rasa lebih tenang di London berbanding Barcelona. Fabregas juga beberapa kali menyatakan betapa dia sayangkan Arsenal.

Secara peribadi, saya tak nak fabregas keluar dari Arsenal, sekurang-kurangnya pada tahap Arsenal sekarang di mana pasukan muda Wenger ini masih dalam tahap pembangunan. Fabregas amat diperlukan lebih-lebih lagi dia seorang kapten dan telah lama berada di Arsenal berbanding pemain-pemain muda yang lain. Namun kalau betul Fabregas nk tinggalkan Emirates, harap Fabregas boleh pergi dengan bermaruah seperti Henry, bukan seperti ade-buy-more dan Cashley cole.

Mengenai perkembangan terbaru kecederaan Fabregas, seperti yang telah saya kongsikan pada post saya sebelum ni, Fabregas tidak akan bermain ketika Arsenal menentang Hull sabtu ini. Kecederaan Hamstring yang dialaminya agak teruk tapi masih belum tahu lagi bila Fab akan kembali. Harap Fabregas cepat sembuh dan dapat terus memperkuatkan jentera tengah Gunners. We believe in you Captain!

Go Fabregas! Go Arsenal!!

5 comments:

  1. adat kelab sepanyol bersama media-medianya. memang sejak dulu lagi suka memprovoke dengan isu2 seperti ini.

    ini lah yang berlaku pada reyes dulu. sementelah reyes sendiri tidak reti bercakap inggeris, seringkali dia menjadi mangsa media apabila kenyataan di sepanyol bercanggah dengan kenyataannya di england.

    tapi fabregas bukan budak2 (walaupun dia lagi muda dari aku). malah dia adalah seorang kapten berwibawa pula tu. sekurang-kurangnya dia tak banyak bunyi atau suka buat statement glemer macam arshavin.

    aku percaya arsenal tetap berada di hatinya.

    btw, yusri, aku suka laa istilah ko tu "ade-buy-more dan Cashley cole". reka sendiri ke? baik ngaku...

    ReplyDelete
  2. Haha ade-buy-more tu aku reka, kwn2 aku kt sini kalo bukan ade-buy-more, diorg panggil adibah nor,tapi sian lak kt adibah nor, die xbesalah pon.. hihi

    yg cashley tu Gooners seluruh dunia mmg pkai gelaran tu kt ashley cole, dua2 player ni kan kuar Arsenal pasal duit. Kalo masuk mana2 laman fan Arsenal mmg diorg xpanggil ashley, diorg panggil Cashley, sesuai sgt la tu

    ReplyDelete
  3. bukan cashley hole ke?haha..mana2 la

    ReplyDelete
  4. cashley hole pn ok gak tu karim.. cashley lol pn bole gak.. kakakkkakakakaakkaa

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan