13 December 2009

Arshavin the hero in Anfield again!!

ALMUNIA
SAGNA-----GALLAS-----VERMAELEN-----TRAORE
FABREGAS-----SONG-----DENILSON
WALCOTT-----ARSHAVIN-----NASRI

Secara jujurnya Glen Johnson yang membuatkan Arsenal menang.. Dua kesilapannya digunakan sepenuhnya pemain Arsenal untuk menundukkan Liverpool 2-1 walaupun ketinggalan pada separuh masa pertama..

Sejujurnya Atikah menyifatkan first half memang teruk untuk pasukan Arsenal.. Dengan gol yang dijaringkan Dirk Kuyt sepatutnya tidak gol jika Almunia lebih berhati-hati dengan keputusannya untuk keluar menumbuk bola keluar..

Atikah sememangnya dah mula memaki hamun Arsenal sebaik mereka menuju ke bilik persalinan.. Namun Atikah cuba fikir dengan positif dengan mendengarkan lagu dari artis kesukaan Atikah iaitu Taylor Swift.. Sedikit sebanyak lagu tersebut membantu Atikah untuk terus positif..

Mula saja separuh masa pertama Arsenal mula mengasak dengan Wenger menukar posisi Walcott yang beraksi di tengah diapit oleh Nasri di sebelah kanan dan Arshavin di sebelah kiri.. Minit ke-50 hasil hantaran lintang Johnson gagal mengawal bola untuk hanya melihat bola tersebut melintasi garisan gol Liverpool..

Selepas gol dari Glen Johnson itu Arsenal terus mengasak dengan tidak lupa juga untuk bertahan untuk mengelakkan apa yang terjadi bulan April yang lalu berulang kembali.. Torres sememangnya dikawal ketat gandingan Gallas dan Vermaelen.. Jadi agak sukar untuknya membinasakan Arsenal..

Hantaran Fabregas mencari Arshavin berjaya dibaca Johnson namun dek kerana Johnson gagal mengawal kemas bola tersebut Arshavin mudah mencuri bola tersebut di dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan padu dari kaki kanannya dengan Reina hanya tergamam di gawang gol Liverpool..

Atikah baru sahaja dapat tahu yang Wenger mengesahkan sebelum perlawanan Arshavin mengalami masalah kecederaan dengan kakinya.. Dan itulah antara faktor Wenger mengeluarkannya untuk Ramsey masuk apabila ianya semakin serius.. Tetapi Atikah x pasti sama ada Arshavin akan terlepas aksi menentang Burnley..

Dan Atikah juga dapat menyaksikan Traore mengalami kecederaan.. Atikah rasa knee problem.. Tetapi kita akan dapat keputusan masalah kecederaan tersebut esok ataupun lusa.. Jadi Atikah akan informkan sebaik sahaja Atikah dapat tahu..

Secara kesuluruhannya Gallas, Vermaelen, Traore, Song dan Denilson cemerlang disamping dibantu oleh pemain-pemain lain.. Namun kalau bukan kerana mereka berempat itu mungkin Arsenal melepaskan lebih banyak gol..

Sebaik tamat perlawanan.. Kapten pasukan Cesc Fabregas mendedahkan mengapa mereka menjadi lebih bagus di second half.. "The boss screamed at us like I've never seen before.." Wow.. Wenger mengamuk tu buat pertama kalinya dekat pemain dia.. Fabregas yang kenal Wenger lama dah pun x pernah tengok Wenger mengamuk macam tu..

Fabregas juga sempat menyampaikan anugerah pemain terbaik perlawanan kepada Thomas Vermaelen selepas beraksi cemerlang di bahagian pertahanan Arsenal.. Bercerita tentang kemarahan Wenger ini lagi satu Wenger mengamuk..

Wenger yang jelas mengamuk dengan kecederaan serius Van Persie mahu ban perlawanan persahabatan.. Selepas memban kapten pasukan daripada mewakili Barcelona XI pada 22 Disember ini Wenger mula meluahkan ketidak puas hatinya dengan kecederaan serius Van Persie..

Wenger juga mendedahkan yang dia sedang bercakap dengan peguam pasukan Arsenal untuk kes ini.. "I believe that the friendlies during the season should be banned.. Contrary to what people say I believe they are made to make money and for diplomatic purposes, for political purposes.."

"We are working on it with our lawyers at the moment but we are definitely going for it.. You cannot get the numbers right because what will it cost us? Nobody knows. It could cost us the season.. I expect [compensation for] the damage that it could make to the Premier League [title bid], financial compensation and the salaries.."

I haven't thought about the numbers yet because we have to sit down with the lawyers and the advisors of the Club to see what we can do..I don't know the rules well enough.. But definitely we will go for compensation.."

Pengurus Liverpool Rafa Benitez mesti akan menyertai pasukan Wenger selepas Benitez pernah menyuarakan tentang perkara ini selepas Fernando Torres mengalami kecederaan semasa beraksi bersama Sepanyol.. Adios..

P/S : Kepada semua fan-fan Arsenal di blog ini yang nak add Atikah sebagai kawan di Facebook Atikah harap tolong perkenalkan diri dulu.. Seperti nama nickname yang digunakan di blog Arsenal Malaysia.. Harap Maklum.. Adios!!

1 comment:

  1. tak dilupakan juga counter-attack yang disudahkan oleh Torres dalam first half amatlah menggigit jari.

    apapun terima kasih Glen. masuk arsenal nak?

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan