24 December 2009

Arshavin: BPL tak seperti dibayangkan


Dalam temubual dengan Sky Sports, Arshavin telah mengakui, bermain di Barclays Premier League adalah lebih susah dari apa yang dia bayangkan sebelum ini. Sepanjang kariernya dengan Arsenal, Arshavin telah menjaringkan 12 gol dalam 27 perlawanan liga buat masa ini.

Arshavin dipetik berkata: "Saya jangkakan apabila tiba di England, jika kamu pemain yang baik dan bermain untuk kelab besar, semuanya adalah mudah. Tetapi walaupun bermain dengan kelab seperti Burnley atau Wolverhampton, ia bukannya mudah - kamu tak ada masa untuk berpusing atau menggelecek. Jika kamu dapat sentuh bola dua kali, kamu bernasib baik".

Pada masa yang sama, Arshavin berharap Arsenal akan memberi saingan sengit untuk merebut takhta liga pada tahun baru ini tetapi mengakui yang Arsenal tak boleh hilang mata lagi.

"Kita pernah ada banyak peluang untuk berada lebih dekat dengan tempat paling atas tapi kita tak ambil peluang itu, jadi saya berasa sedikit kecewa. Tapi sekarang kalau kita menang perlawanan dalam tangan, kita masih lagi dalam perlumbaan (untuk menjuarai liga) tapi pada masa yang sama kita tak boleh kehilangan lebih mata lagi", katanya.

Arshavin juga tidak lupa untuk memuji Arsene Wenger.

"Dia berikan saya kebebasan, dia perlukan saya bermain seperti apa yang saya nampak dipadang", katanya lagi.

Dalam temubual itu juga, Arshavin memberi penghormatan kepada penyokong² Arsenal dengan menambah: "Saya gembira, kadangkala saya fikir mereka (penyokong²) sukakan saya lebih dari isteri saya".

Sumber: skysports.com


2 comments:

  1. dah tentu gooners lebih gilakan arshavin daripada bini dia.. -_-"

    ReplyDelete
  2. sbb gooners tak mintak duit elaun bulanan kat die kot. silap2 gooners mintak die main gaji free lagi supaya boleh beli pemain baru yang lain. keh keh...

    tapi BPL atau EPL memang liga paling speed dalam dunia. aku sendiri tgk pon kadang2 terngomel "mak aii laju gile, pakai dadah apa gamaknya dorang neh" hahahaha...

    oke, ayat2 di atas adalah speculation sahaja. sila jangan sue saya.

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan