30 December 2009

Arsenal v Portsmouth 4-1

Wacth out Chelsea...we hunting you!!Awal pagi tadi Arsenal sekali lagi mencatat kemenangan bergaya kali ini mengalahkan Pompey dengan 4-1.Cukup bermakna,cukup untuk memberi amaran kepada pesaing kejuaraan Liga pada musim ini yang Arsenal betul-betul serius dalam kempen musim ini.

Dengan ketiadaan Robin Van Persi,Cesc Fabregas,serta Bendtner..Arsenal membuktikan yang mereka tidak merindui aksi mereka untuk menentang Pompey,Ramsey mengambil tempat Fabregas yang mengalami kecederaan hamstring baru-baru ini. Manakala pemain sama yang mengalahkan Aston Villa ahad lepas dikekalkan. Tetapi yang menarik perhatian seputra,pemain simpanan Arsenal yang mana Wenger mengetengahkan permain muda Craig Eastmond, Jack Wilshere (yang bakal di pinjamkan), serta Fran Merida.

Arsenal berjaya menahan asakan tuan rumah yang mahu membuat kejutan seperti mereka mengalahkan Loserpool,tp pemain Arsenal tak bagi muka dengan gol pembukaan dijelmakan oleh Eduardo hasil sepakan percuma yang terkena pemain Pompey dan menerjah jaring.

Nasri melebarkan jurang hasil gerakan dalam kotak penalti,dengan rembatan kencang hasil umpanan dari Ramsey dan tamat separuh masa pertama, Arsenal mendahului 2-0 dan pertahanan Arsenal masih kental.Separuh masa kedua bermula agak garang dengan Ramsey menjadikan kedudukan 3-0 hasil gerakan solo beliau dan membuat sepakan yang menarik untuk menewaskan Asmir Begovic.

Pompey tak cepat putus asa,asakan demi asakan ke kubu Arsenal hasilnya mereka berjaya mendapatkan gol saguhati dengan Nadir Belhadj menjadikan kedudukan 3-1. Tetapi Alex Song yang akan meninggalkan Arsenal buat sementara waktu bagi menyertai Kejohanan Piala Afrika Januari ini, memberitahu yang beliau akan di rindui sepanjang ketiadaan beliau berjaya menjaringkan gol pada 9 minit terakhir.Keputusan penuh 4-1.

Seputra dah bagitau hari tu yang tanpa Fabregas, Arsenal akan terus cemerlang kerana persefahaman telah ada dalam skuad Arsenal.So untuk game minggu depan menentang Bolton seputra harap akan dikekalkan persembahan hebat bagi mengejar Chelsea.Adios!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan