Arsenal seri Fabregas Injured

Arsenal terpaksa berkongsi mata dengan Burnley dan sekali lagi mensia-siakan peluang untuk memberikan saingan sengit untuk Chelsea dan Manchester United.. Namun disebalik kemungkinan Fabregas terpaksa berehat seminggu fan Arsenal terpaksa melihat aksi paling teruk Vermaelen..

ALMUNIA
SAGNA-----GALLAS-----VERMAELEN-----SILVESTRE
WALCOTT-----FABREGAS-----SONG-----DIABY-----NASRI
ARSHAVIN
Seawal minit kedua Arsenal hampir sahaja ketinggalan apabila Vermaelen hampir saja menjaringkan gol sendiri namun reaksi pantas dari Almunia menyelamatkan keadaan.. 5 minit kemudian Fabregas memberikan pendahuluan selepas merembat dari dalam kotak penalti ke sudut tepi pintu gol..

Thomas Vermaelen sekali lagi membuat kesilapan apabila menerjah keras pemain Burnley di dalam kotak penalti pada minit ke-27.. Burnley dengan mudahnya menyamakan kedudukan.. Tidak cukup fan Arsenal kecewa dengan aksi Vermaelen, Arsenal terpaksa melihat Fabregas dikeluarkan kerana mengalami kecederaan..

Atikah diberitahu physiotheraphy Arsenal iaitu Colin Lewin Fabregas mengalami kecederaan thigh injury sebelum perlawanan.. Namun tidaklah terlalu serius.. Ini bermakna paling cepat pun Fabregas pulih ialah minggu depan semasa menentang Aston Villa..

Tetapi Atikah akan berikan berita terkini tentang tahap kecederaan Fabregas sebelum Atikah ke Sarawak.. Tetapi Atikah amat-amat berharap yang kecederaan thigh injury Fabregas tidaklah teruk sehingga memaksa Fabregas berehat panjang.. Adios.. Get Well Soon Fabregas!!

Comments

  1. Salam..nak bg pandangan sikit..

    Vermaelen mmg mnghadiahkan sepakan penalti pd burnley tp overall performance die ok berbanding player lain.Lepas tu nmpak die mentaliti nk ke depan dan nk menang.Bila ref xbagi corner last minit tu,nmpak sgt die angin.Maybe sbb die bg penalty la kot.Tapi still ok lg die main dr silvestre yg nampak vulnerable n mudah sgt kene tembus dr side die tuh.

    Bile fabregas kluar,team mcm hilang arah tuju. Takde sape nak supply bola kat arshavin. Just passing2 bodoh gitu.Xde player yg ade ability dan kreativiti mcm fabregas passing kat targetman. Ramsey nmpak mcm boleh tp die belum sampai lagi level tuh.Sikit masa lagi.Bukan season ni.

    Player2 lain sekadar main.tidak keterlaluan kalau sy ckp player mcm walcott,diaby,nasri tak lebih dr penumpang padang.Below par dorang punye main.Arshavin perlukan supplier.Jika arshavin sorg tanpa fabregas xkan menjadi.Eduardo lak masih mencari 'kaki'. Satu peluang one by one dgn keeper pun die xleh finish..Ok..tu je..

    ReplyDelete
  2. yup, tak ade ape yg terok dgn permainan Vermaelen sebaliknya die wajar dipuji coz mmg nampak effort die malam tu. Dari analisis malam tadi Vermaelen dah patahkan 6 attack Burnley sama ada dalam atau luar kotak penalti, rembatan atau gelecek yg mana semuanya berkemungkinan membolosi gawang Arsenal.Penalti bukan kesalahan Vermaelen. Dats how a defender defend. Keputusan utk menghadiahkan penalti sepenuhnya di tangan reff. Kadang2 tak semua keputusan reff tu betol sbb tu mutu pengadilan reff epl dipertikaikan akhir2 ni. Tanpa Vermaelen, Arsenal for sure akan tewas malam tadi.
    Arshavin main dengan bagus malam tadi cuma kekurangan hantaran dan backup,
    secara natijahnya, kekurangan Arsenal adalah bahagian tgh terutama selepas fabregas keluar.Memang merugikan.

    Dr. Helmi

    ReplyDelete
  3. Betul tu, sekadar teguran, artikel hendaklah ditulis berdasarkan analisis dan fakta yang tepat agar tidak mengelirukan pembaca dan penyokong Arsenal terutama bagi mereka yang terlepas menonton sesuatu perlawanan.

    ReplyDelete
  4. Situasi yang sama ketika bahagian serangan kehilangan RVP dan penyerang2 lain injured kita tertanya2 sape yg layak diletakkan d bahagian serangan.. mujurla ade pemain versatile seperti arshavin. Cuba bayangkan pulak kalu Kapt. Cesc injured utk jangkamasa panjang..siapa pulak yg layak mengganti tempat beliau..??

    Apa pun.. match pg td not bad.. lebih baik dari kalah.

    ReplyDelete
  5. well, aku tak tgk game mlm td. tapi aku juga tak salahkan atikah sebagai penulis walaupun ada pendapat-pendapat yang aku tak bersetuju dengan beliau secara peribadi. secara asasnya artikel2 dalam blog ini adalah satu pandangan subjektif yang aku rasakan cik atikah sudi untuk buka bagi tujuan perbincangan dan perdebatan. aku agak je laa. :p

    tapi aku tetap kagum dengan cik atikah sebab beliau sekurang-kurangnya tidak menulis membabi buta seperti orang yang tidak pernah kenal arsenal tetapi tiba-tiba nak menulis pasal arsenal. sekurang-kurangnya analisis beliau adalah berdasarkan pemerhatian terhadap perlawanan.

    oh ye, apa yang sedang dirisaukan arsene wenger tampaknya telah menjadi kenyataan. wenger sememangnya tahu dengan ketiadaan kelibat pemain-pemain bertaraf dunia yang sedang mememenuhkan senarai pemain cedera ketika ini, kehilangan fabregas selaku pemain kesebelasan utama merupakan kos paling mahal yang perlu beliau tanggung.

    cuma aku masih menaruh harapan yang tinggi terhadap ramsey. bagi aku, jika ramsey diberi tekanan yang secukupnya, beliau mampu menggalas tugas pemain tengah dengan baik. bukanlah terhebat, tapi cukup baik untuk pasukan arsenal.

    sekian. go atikah, go!

    ReplyDelete
  6. Sekadar cadangan, ada baiknya jika artikel-artikel utama yang dipostkan ke blog (cth:analisis selepas setiap perlawanan) diambil secara terus dari laman web Arsenal.com dan diterjemahkan. Blog ini wajar dipuji kerana menggunakan bahasa melayu dan boleh menjadi pilihan utama peminat-peminat melayu Arsenal mencari sumber berita terkini. Jika ingat suarakan pendapat peribadi, postkan komen pada artikel yang ditulis, jadi pembaca-pembaca dapat memperoleh fakta yang tepat di samping membaca pendapat-pendapat peribadi peminat.
    Sekadar cadangan ilmiah. Diharap dapat terima dengan matang dan tidak melatah. Salam...

    ReplyDelete
  7. ini ialah pandangan atikah.. apa yg atikah tulis semuanya dari pandangan atikah.. dari sudut pandangan atikah lain.. kita nama je fan arsenal tapi pandangan kita tentang permainan arsenal x pernah sama.. mungkin sekali dari lima kali.. jadi jgnlah nak kecoh2 sangat.. atikah tahulah atikah baru 14 tahun tapi atikah ada hak jugak nak bagi pandangan.. ini artikel atikah.. so tempat nie jugak atikah luahkan perasaan atikah.. so apa yg atikah nak tulis itu hak atikah.. tapi kebanyakan perkara yg lain dari pandangan atikah semuanya dari fakta-fakta yang boleh dipercayai.. adios..

    ReplyDelete
  8. Salam atikah...

    Betul,ini mmg artikel atikah.Ini mmg tempat atikah nk luahkan perasaan(jgn luah perasaan cinta plak ye). Takde sape yg menidakkan pandangan atikah.Ibarat kata atikah, setiap org pandangan berbeza2.Jadi,tidaklah menjadi satu kesalahan jika peminat lain pun turut sama berkongsi pandangan dan komen ttg game tersebut. Itulah gunanya ruangan komen di sini disediakan.Sy hormati hak dan pandangan atikah sebagaimana atikah juga hormati hak dan pandangan org lain,harapnye begitulah.Jika ramai yang memberi komen maknanya itu adalah satu artikel yg bagus dan tahniah buat atikah. Semoga atikah tidaklah marah marah selalu ye...Chill2

    ReplyDelete
  9. salam..

    tolong belajar bersifat terbuka dan matang, inilah kehidupan, tak semua orang setuju dengan kita dan semestinya tak semua yg kita buat tu betul.kalau xtahan dikritik, jgn menulis, semoga kita semua dpt belajar dari kesilapan

    -saudara seislam

    ReplyDelete
  10. salam smua

    bila baca komen2 dr fan arsenal malaysia..aku amat tertarik, sblm ni payah nk dpt komen yg byk seperti ni. kalau ada pn sorg dua ja, tu pn sekadar 1-2 ayat. Tahniah buat blog Arsenal Malaysia.
    selama aku ikuti blog arsenal malaysia ni...aku amat kagum dgn artikel2 yg disiarkn. sbb artikel2 tu dr fans yg betul2 ikuti perkembangan The Gunners.
    selalunya blog adalah hak peribadi blogger tu, so apa jua yg t'siar adalah hak dia. tp dlm blog Arsenal Malaysia amat unik sbb ramai boleh bg sumbangan artikel.
    utk atikah...jgn rs tertekan dgn komen2 pembaca blog ni. teruskn menyumbang. klu kita ikuti blog2 fans The Gunners yg lain, english especially..lg teruk blog diorg kena komen ngn readers. tp diorg tetap teruskn style penulisan. x perlu nk cedok sebijik post-match from the dot com then translate..x asli. mmg kami as your readers nk tgk sniri gaya ulasan dr fans The Gunners Malaysia. klu nk baca post match yg lebih detail..pegi ja the dot com or soccernet. nk tgk goal highlights.. Arsenalist.com
    Gunners Forever!! adios...

    p/s: the dot com tu gelaran bloggers utk official arsenal website.

    ReplyDelete
  11. salam..

    saya telah lama mengikuti blog arsenal malaysia ni dan antara sbb yang betul2 menarik minat saya utk trus m'ikuti blog ini adalah kerana hasil tangan atikah..bknya brmakna penulis lain x bagus, cuma bagi saya gaya bahasa dan penulisan atikah lebih matang dan amat menarik..selama ketiadaan atikah, blog ni agak membosankan..dan dgn kehadiran semula atikah..menjadikan blog ini lebih menarik..teruskan menulis atikah..arsenal forever..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil