07 December 2009

Arsenal dan Kecederaan


Pengurus Arsene Wenger mengakui bahawa Arsenal adalah kelab yang paling teruk dilanda kecederaan berbanding pasukan big four yang lain terutama pada bulan November dan Disember.

Setakat ini, terdapat 9 pemain yang cedera iaitu:
-Rosicky
-Walcott
-Gibbs
-Diaby
-Persie
-Bendtner
-Clichy
-Eduardo
-Djourou

Wenger berkata "kita mengalami kecederaan pemain paling teruk berbanding kelab-kelab besar yang lain. Anda tidak boleh kata tiada alasan untuk itu tetapi kami masih lagi mencari puncanya."
"Ini merupakan musim kami yang paling teruk dengan kecederaan dan semuanya di bahagian serangan. Musim lepas pula, kecederaan kami adalah di bahagian pertahanan."

Mengikut rekod, Arsenal berada di tangga teratas senarai kelab yang paling ramai mempunyai pemain utama yang tercedera dengan 9 orang pemain, Man U di tangga kedua dengan 7 org, Chelsea 3 orang dan Lverpool 2 orang.

Secara ironinya, kelab yang mendahului liga sekarang, Chelsea adalah pasukan yang mempunyai pemain yang paling berpengalaman (purata umur adalah 31 tahun) dan mereka hanya ada 3 orang pemain yang tercedera dan Liverpool, walaupun hanya ada 2 orang pemain yang tercedera tetapi masih lagi terkapai-kapai dalam perebutan tahkta liga. Arsenal pula, dengan mempunyai pemain yang paling muda dalam liga, (purata umur 23 tahun) dan 9 orang pemain utamanya yang cedera, Arsenal masih diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk memenangi liga dengan sekarang hanya 8 mata di belakang Chelsea dan 1 baki perlawanan selain telah layak dalam pusingan kalah mati liga juara-juara dan masih bersaing dalam piala FA

Jadi secara kesimpulannya, apa yang yusri nak sampaikan di sini ialah;
ARSENAL PASUKAN YANG HEBAT!!!

Go ARSENAL!!

3 comments:

  1. A'ah kan... bile aku bace ape yg ko tulis ni yusri, baru aku prasan.. Ini menunjukkan otak Wenger mmg geliga, Arsenal Terbaeek beb! -amerule

    ReplyDelete
  2. wakaka... ayat last tu jugak yg paling best.

    btw, meneliti permasalahan ini semenjak beberapa tahun lalu. aku rasa masalah arsenal mungkin pada staf prubatannya? any komen cik atikah? mungkin fisioterapi mereka tidak competitive utk mengekalkan kecergasan pemain pada tempoh yg lama atau secepat yang diperlukan? tapi kalo bab facility aku rase arsenal sudah berada dalam kelas terbaik.

    sbb aku bukan 'org dalam' arsenal, maka sampai skarang aku masih tertanya2 akan perihal ini. rasanya nak aje aku tepon Pat Rice (tak berani tepon Wenger takut die speaking french ngan aku).

    itu pon kalo aku ade no tepon dorang. wakakaka...

    ReplyDelete
  3. gua setuju ngan akeji.. pd pendapat gua pulak, cara permainan arsenal sendiri yg menjadi penyumbang pd kecederaan player. nape gua ckp mcm tu? kita smua tau ars punya cara main xda kelab dlm dunia ni bole ikut. yakni cara passing hantaran pendek n possesion bola melebihi 50% berbanding pihak lwn. ini menyebabkn opponent terutama defend sgt GERAM bila diorg x dpt control bola dan terpaksa kejar utk rampas bola dr ars. dlm istilah sekarang kira 'menganjing' pihak lwn la.. hehhehe. bila dh geram apa lg, tackle kasar la diorg bg kt player ars dgn harapan player ars takut nk pegang bola lama la lepas tu.. so, kalau dh kena smpai 2,3 kali tackle kasar, jgnkn injured.. putus pn bole kaki diorg tu. cth dh ada, tgk la si eduardo tu.. sbb tu ars susah nk wat gol dlm 15min awal game. sbb kita punya tactics ialah bg opponent penat dulu dgn cara 'menganjing' kn diorg. pastu bila dh dpt gol, berturut2 la dtg. tu yg everton ngan blackburn kena smpai 6 bijik.. itu pendapat gua je la. klau x betul, sori la kengkawan semua.. - otai gunners -

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan