ARSENAL benam Stoke! ARSHAVIN meledak!


Arshavin berjaya meledak gol untuk membantu arsenal mencapai kemenangan pada perlawanan menentang stoke semalam. Kapten Rusia ini telah diberikan peranan untuk mengetuai jentera serangan Arsenal di posisi centre foward (CF), satu inisiatif yang jarang dilakukan Wenger kerana Wenger sebelum ini selesa meletakkan Arshavin pada posisi wing foward (WF) atau side midfield (SM). Perubahan ini dilakukan Wenger selepas penyerang-penyerang Arsenal mengalami kecederaan termasuk Eduardo yang cedera pada sesi latihan baru-baru ini.

Perlawanan berkesudahan dengan Arsenal memenangi perlawanan 2-0 melalui jaringan Arshavin dan Ramsey. Kemenangan ini amat bermakna ketika Gunners menyambut 100 perlawanan di stadium Emirates dan perlawanan yang ke-500 dikendalikan oleh Wenger.


Dalam jangka masa 5 minit, penjaga gol stoke, Sorensen berjaya menidakkan 2 percubaan Arsenal yang kedua-duanya melibatkan Arshavin. Beberapa minit kemudian, Arsenal sekali lagi melakukan cubaan dengan Arshavin menolak bola ke arah Nasri namun rembatan Nasri berjaya dinafikan oleh Sorensen.


Pada minit ke-21, Arsenal memperoleh peluang keemasan untuk gol pertama perlawanan apabila Arshavin dikasari dalam kawasan penalti. Ia merupakan penalti pertama yang diberikan kepada Arsenal dalam liga perdana inggeris musim ini. Namun, Fabregas gagal melaksanakannya apabila Sorensen lebih cemerlang menyelamatkan bola dari menembusi gawang. Ketika para penyokong Arsenal mula menarik muka akibat kegagalan penalti tersebut, Arshavin dan Ramsey berjaya menebus kerugian dengan gol yang dijaringkan masing-masing pada minit ke 26 dan 80.Secara keseluruhan, Arsenal menguasai perlawanan dan sememangnya berhak memungut 3 mata penuh.


Arshavin mempamerkan kualiti permainan yang membanggakan dihadapan stadium yang dipenuhi seramai 60,048 orang penonton di Emirates. Wenger dalam komennya berkata "Arshavin melakukannya dengan sangat hebat. Dia mengawal gerakan dengan baik. Jika diambil kira saiz badannya yang kecil, die mampu memporak-porandakan pertahanan lawan. Penyudahnya juga amat tajam. Dia sepatutnya dapat menyumbat lebih banyak gol lagi, tetapi semangat juang stoke memang tidak boleh dinafikan".


Kredit juga patut diberikan pada pemain lain kerana mampu bangkit selepas kekalah 3-0 dalam dua perlawanan berturut-turut. Kemenangan ini amat penting untuk membawa Arsenal kembali kepada perebutan tahkta liga selain dapat memulihkan motivasi para pemain dan penyokong. Kekalahan Chelsea di tangan Man City juga membuatkan persaingan kembali terbuka.

Perlawanan seterusnya, Arsenal akan berdepan Olympiacos dalam saingan liga juara-juara sebelum bertemu Liverpool dalam saingan liga minggu hadapan. Yang pasti, perlawanan tumpuan Arsenal VS Liverpool pasti menarik.



Jadi sementara kita menanti perlawanan Gunners vs Reds ni, apa pandangan korang pasal Arshavin dengan posisi CF nya? Adakah Arshavin adalah pengganti RvP yang paling tepat? sebab kalau dinilai dari persembahan dia time lawan stoke semalam, memang mantap tengok die main kat posisi tu. Die kat Rusia pon main posisi striker gak tapi shadow striker. Arshavin ni memang tak dinafikan seorang pemain yang sangat handal. Kelajuan, teknik gelecek, kekuatan shoot, penyudah, semua memang tip-top ah. Rasanya lagi hebat dari RvP kot. Tapi masalah dia ni, kalo time power memang dia perform habis! macam semalam and kalo korang ingat lagi time lawan liverpool musim lepas yang die skor 4 bijik tu. Memang gila punye power. Tapiiii, time die down... adoiii, sakit hati tengok die main. Agak2 bole tak die ganti RvP? Arsenal.com da tanya soalan ni kat Wenger tapi dia kata dia tak pasti lagi. So, apa pendapat korang?


Go Arshavin!! Go Arsenal!! Go Gunners!!

Comments

  1. stakat ini..Arshavin adalah CF yg plg sesuai slpas ketiadaan rvp n eduardo..beliau sgt brkebolehan dlm prmainnan attacking..korang bg je la posisi AM ke atas..confirm dpt punye..tp tu la ade angin jgak mamat ni..
    nway, keep it up on gunners..!!

    ReplyDelete
  2. Setuju! Arshavin mmg calon yg paling sesuai! Kawalan bola die mmg terbaik. Berbanding striker2 arsenal yg lain, Arshavin ade kelebihan pada kelajuan die. Ketepatan shoot die pon mantap. Arshavin mmg terbaik!

    ReplyDelete
  3. Arshavin mmg mantap. Die kan pemain kesygn Arsenal skrang lagipon Arshavin berpengalaman, penyudah die pon tajam.Aku mmg sgt2 bersetuju Arshavin jadi striker utama. Tapi jgn lupa C.Vela. Vela pon mmg bepotensi cume aku xphm nape wenger jarang turunkan die
    -AliAmeer

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil