Arsenal 3-0 Hull

Tahniah diucapkan pada team kita, Arsenal kerana berjaya 'menyembelih' harimau (Hull City) dengan 3 jaringan berbalas 0. Rasanya tak perlu lah saya postkan analisis Match semalam secara terperinci cuma nak highlight kan beberapa perkara menarik yang berlaku semalam:



Free Kick Denilson:

Memang menakjubkan.Denilson memberi kejutan bukan saja pada Hull City dan peminat Arsenal, malah Wenger sendiri. Free Kick Denilson yang merupakan gol pembukaan pada perlawanan semalam memang nampak sempurna dari segi kelajuan dan sudut tuju, namun Wenger mengesahkan yang dia tidak akan memberi tugasan Free Kick pada Denilson kerana Denilson bukanlah seorang yang mempunyai keistimewaan dalam perkara tersebut.Wenger berkata dia memberikan peranan Free Kick itu pada Nasri, apabila Denilson mengambilnya, Wenger menyangkakan yang denilson ingin melakukan hantaran tetapi sebaliknya dia menjaringkan terus gol daripada free kick itu. Ia telah mngubah perlawanan.





Eduardo kembali menjaringkan gol:

Ketika Fan2 Arsenal mula merasakan yg Eduardo sudah hilang bisanya, dudu kembali menemui sentuhan gol apabila mudah menyempurnakan hantaran cemerlang Diaby. Tapi permainan Eduardo semalam bukan persembahan terbaiknya. Teruskan prestasi cemerlang anda Eduardo!





Gaduh-Gaduh:

Pemain Hull City mempamerkan mentaliti 'kampung'nya apabila Stephan Hunt (kalau xsilap) menyerang Nasri kerana kononnya dia naik berang apabila Nasri memijak kaki rakannya. Apa yang bongoknye Hull ni 1st: kalo betul la Nasri pijak kaki dia, kuat mane skali pon takkan la kene pijak je terus baring sampai begolek2, biasenye kalo kaki kene pijak mesti la kita akan tolak org yg pijak kita tu n pegang kaki sambil ckp adoi! tau la nasri pkai boot, pedih kene paku boot tu tapi die pon pkai boot jugak, bukan kaki ayam. ade ke kene pijak terus baring, mcm kene flying kick pulak, nampak sangat over acting! 2nd: kalo ye pon marah sebab kwn dicederakan xkan la sampai nk betumbuk, ini epl la, buka liga kampung pisang, profesional la sikit. 3rd: pemain2 hull yg lain bila tgk kwn die nk pukul org, diorg pon nk join skali, bukannya nk redakan. Nasib baik ade silvestre.




Almunia save penalti:

Terbaek la Almunia! Walaupun penalti Geovanni tu mmg terok tapi kredit gak utk Almunia sebab tak careless n bejaya save. Kalo penalti tu in, maybe perlawanan akan berubah sebab Hull akan dapat motivasi balik.




Diaby cemerlang:

Jujur saya katakan yang saya tak suka Diaby atas beberapa sebab. Tapi permainan Diaby semalam berjaya meyakinkan saya yang Diaby akan jadi yang terbaik satu hari nanti.






Liverpool n setan merah dibelasah!!:

Hahah yang ni memang best, Xspecially setan merah kena 3!! hahaha hari tu kerek sgt kata arsenal kene 3 ngan Chelsea, skang hambik ko!! dgn Fulham lak tu! puas hati aku hahahahah!!





Mark Hughes dipecat:

Kesian jugak tgk hughes ni. Dia memikul tanggungjawab yg sangat berat.Mungkin da bukan rezeki dia dgn City. Good Luck Hughes! kalo nk jadi manager Arsenal... err... xpela kot. Pengganti Hughes adalah Roberto Manchini (bekas jurulatih inter milan)





Sanderos ke Everton:

Masih tak conform lagi. Kita nantikan perkembangannya.

Itu je setakat ni. Secara kesimpulan minggu ni Arsenal telah mengumpul 7 mata daripada 3 perlawanan. Not bad at all. Keep on track Arsenal!!

Go Arsenal!!!

Comments

  1. hahaha arsenal mantap!! Hull main kt kpg bole la

    ReplyDelete
  2. mantap bro..
    penulisan ringkas dan padat..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil