Ars...Arshavin & Arsenal


Seputra baru lepas balik dari Anfield,buat semua fan Arsenal kat bumi nie Arsenal berjaya tewaskan Liverpool 2-1 hasil jaringan sendiri Glen Johnson dan Arshavin..bukan main meriah lagik seputra rasa suasana kat Anfield.

Dengan kunjungan Alonso,permata Liverpool yg telah berpindah ke Real pada awal musim ini,Liverpool perlu menang perlawanan mlm ini.Tetapi Arsenal juga mahukan kemengan bagi merapatkan jurang dengan Chelsea.Separuh masa pertama tak banyak yang seputra banggakan dari Young Gooners sebab gerakkan tak lancar dan serangan tak da langsung macam kebuntuan idea.Hasilnya Liverpool berjaya mendahului hasil free-kick yang gagal dikeluarkan oleh Almunia yang bermain agak goyah malam nie dan Kuyt mengambil kesempatan untuk menjaringkan gol.Tamat separuh masa pertama seputra sempat ke bilik persalinan mendengar perancangan Wenger untuk mengempur Liverpool.

Separuh masa kedua bermula agak baik dengan Arsenal terus melancarkan serangan,dan hasilnya pada minute ke-50 Arsenal akhirnya berjaya menyamakan kedudukan hasil gerakkan Samir Nasri dari sebelah kanan yang menghantar bola ke kawasan penalti Liverpool, Carragher cuba mengeluarkan bola tetapi tak berjaya dan tempias kepada Jonhson yang tertolak ke gawang sendiri,hasilnya 1-1.Kemudian Arsenal terus mengawal perlawanan dengan beberapa gerakan menarik dan 8 minit kemudianya,Arsenal berjaya mendahului apabila Arshavin berjaya memperdaya Jonhson untuk merembat bola ke arah pintu gol,seputra ingt bola akan keluar sebab terkena tiang dan nasib baik Arshavin agak bertuah bola menerjah jaring.Memang gol yang terbaik malam nie.

Jadi dengan kemenangan ini,Arsenal dh makin rapat ngan pendahulu dan jangan lupa Arsenal masih ada satu game dalam tangan.Doakan Arsenal terus berjaya musim nie...Badi November dh berlalu.So harap Wenger dapat kukuhkan serangan lagi.Congrat to Arsenal!!!!Go Arsenal Go!!!!!

Comments

  1. nice match report bro..keep it up

    ReplyDelete
  2. aku rasa musim nie Arsenal boleh juara Liga tp dengan syarat kena consistence...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil