Wenger akui pembelian suatu risiko.

Pengurus pasukan Arsenal, Arsene Wenger mengaku bahawa setiap pembelian pemain baru pastinya akan melibatkan risiko tinggi terutama hubungan yang melibatkan kehidupan luar padang para pemain.

Beliau menyatakan perkara demikian bagi mengulas hukuman penjara yang dikenakan terhadap penyerang Hull, Marlon King kerana memukul wanita di kelab malam.

Pengurus Arsenal itu mendedahkan bahawa terdapat beberapa kali beliau terpaksa memperjudikan nasib dalam pembelian pemain baru terutama jika ia melibatkan persaingan dengan beberapa kelab lain.

Beliau berkata,"Dalam setiap keadaan tiada bos yang akan melakukan kesilapan. Ia sentiasa melibatkan persaingan dengan kelab lain yang juga ingin mendapatkan pemain yang sama. Jadi kadangkala kamu harus mencuba seolah-olah bermain 'poker'

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil