Siapa pemain terbaik bulan November??

Siapa agaknya yang akan muncul pemain terbaik bulan November?? Jika bulan lepas pemenangnya ialah kapten pasukan iaitu Cesc Fabregas.. Adakah Fabregas akan mampu mempertahankannya.. Di bawah ini ialah calon-calon pemain terbaik bulan November..

Cesc Fabregas meneruskan aksi cemerlangnya bersama Arsenal musim ini selepas meledak 3 gol dari 5 perlawanan sepanjang bulan November.. Ini membolehkannya mengungguli carta sebagai penjaring terbanyak Arsenal.. Sememangnya Fabregas menjadi pilihan utama memenangi anugerah ini..

Andrei Arshavin beraksi cemerlang pada awal bulan November sebelum seakan-akan kehilangan punca pada hujung bulan November.. Arshavin hanya berjaya menjaringkan 1 gol dari 5 perlawanan pada bulan November..

Robin Van Persie juga turut tercalon walaupun gagal menjaringkan sebarang gol pada bulan November.. Namun kehilangan Van Persie pada penghujung bulan November membuatkan Arsenal gagal merapatkan jurang dengan Chelsea..

Samir Nasri yang kembali ke pangkuan Arsenal bulan Oktober selepas patah tulang paha berjaya menjaringkan 2 gol dalam 5 perlawanan sepanjang bulan November.. Nasri nampaknya tidak menunggu lama untuk kembali ke prestasi terbaiknya..

Denilson yang kembali ke dalam pasukan selepas pulih dari kecederaan semasa menentang Sunderland berjaya menjaringkan 1 gol dalam 2 perlawanan.. Di mana dia menjaringkan gol cantik sewaktu menentang Standart Liege pada debutnya yang merupakan perlawanan ke-100nya bersama Arsenal..

Bacary Sagna yang beraksi baik di posisi bek kanan Arsenal turut tercalon dalam calon pemain terbaik bulan November.. Walaupun aksi memukaunya itu masih gagal mengelakkan Arsenal melepaskan 5 gol dalam 5 perlawanan sekurang-kurangnya kita tahu Sagna telah mencuba..

Alex Song yang bolehla dikatakan beraksi cemerlang sepanjang bulan November dengan bijak membaca pengerakan bola.. Membantu pemain pertahanan dan sekali-sekala memberikan ancaman ke kubu pasukan lawan..

Emmanuel Eboue juga beraksi cemerlang semasa beraksi sebagai pemain gantian mahupun semasa beraksi di permulaan kecebelasan utama Arsenal.. Walaupun gagal menjaringkan sebarang gol tapi beberapa percubaannya hampir sahaja menerjah jaring..

Okey ini sajalah calon-calon pemain terbaik bulan November.. Anda juga boleh mengundia pemain terbaik bulan November edisi blog Arsenal Malaysia di ruangan Undian Anda.. Jangan lupa undi.. Adios Amigos!!

Comments

  1. salam atikah..
    bg pendapat gua, alex song adalah player terbaik bln november ni. w'pn song xda score gol lg. tp, dia yg byk merampas bola dr pihak lwn. dia juga bertindak baik sbg holding midfielder dan sentiasa support cesc, rosicky, nasri n arshavin masa menyerang. kelebihan dia ialah dia akan merampas bola dgn cara tackle yg bersih dan tidak foul. lg 1, dia punya passing mmg terbaik dr ladang. semuanya sharp. so, gua rasa dia yg terbaik utk bln november ni.. - otai gunners -

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil