Sekitar Perlawanan Persahabatan Antarabangsa

Assalamualaikum semua,aku spy baru kat arsenalmalaysia nie,seputra_reyes...nie 1st time aku menyepy tuk tatapan fan arsenalmalaysia nie.Mula sekali aku nak highlight sekitar intenational break nie,aku hope semua fan dapat bersabar atas apa yang menimpa bintang kesayangan kita, van Persie.






Apa yang terjadi pada RVP bukanlah di sengajakan selepas Giorgio Chiellini membuat terjahan dalam kotak penalti dan RVP menyatakan yang terjahan tersebut bukan bertujuan mencederakan dia.Baik betul orang Belanda sorang ni,tapi dia dijangka akan berehat selama 4 minggu ke 6 minggu.Sepanjang ketiadaan beliau,Eduardo akan mengambil alih selaku penyerang tunggal bersama-sama Arshavin.




Tahniah pada Russia yang menang perlawan pertama play-off menentang Slovenia,yang mana Arshavin beraksi dalam perlawanan tersebut.Gol kedua Russia iaitu gol kemenangan Russia hasil gerakan dan umpanan Arshavin.Russia menang 2-1 dan mempunyai kelebihan pada perlawanan kedua pada 18 Nov nie.Aku nak tgk Arshavin main Piala Dunia kali nie.



Eduardo pulak di katakan cergas sepenuhnya pada perlawanan Liga Perdana menentang Sunderland pada Sabtu nanti.Seputra rasa dia mmg calon tepat Wenger bagi mengisi kekosongan yang di tinggalkan RvP,pada perlawanan persahabatan Croatia lwn Liechtenstein yang berkesudahan Croatia menang 5-0 dan Eduardo telah menjaringkan dua goal,seputra harap Eduardo dah bersedia dengan tugas berat yang akan ditanggungnya sepanjang ketiadaan RvP nanti yang mana kita akan bertemu dengan Chelsea pada penghujung bulan Nov nie.



Nie berita pasal Vermaelen atau lebih di kenali sebagai Terminator dikalangan The Gooners,Belgium beraksi dalam perlawanan persahatan selepas gagal layak ke Piala Dunia kali ini tetapi ini tak bermakna skuad Belgium tak mempunyai kekuatan cuma tak da rezeki ja kali nie.Belgium menang 3-0 dan yang menarik Vermaelen beraksi garang,telah menyumbat satu gol dan mengekalkan perlawanan tanpa bolos.

Seputra rasa cukup dulu setakat nie,banyak kerja nak kena wat lagi nie dan jumpa lagik sabtu nie tuk bayangan barisan kesebelasan utama Arsenal menentang Sunderland.Adios!
















Comments

  1. 1. rvp memang baik!

    2. eduardo perlu menajamkan finishing untuk tidak menghampakan peminat arsenal. ye, tugas beliau utk menyaingi rvp bukan lah mudah.

    3. terminator score lagik? die neh betul ke defender neh? wakakaka...

    ReplyDelete
  2. welcome seputra_reyes...nice posting bro...

    ReplyDelete
  3. Hi Seputra.. Welcome and congratz :)
    info yg menarik.. tp Seputra ada tertggal 1 lg info berkaitan perlawanan persahabatan yang baru berlangsung baru2 ni.. Ini berkaitan dgn Aaron Ramsey, bintang muda Arsenal yg membantu skuad negaranya Wales mencipta kemenangan 3 - 0 menewaskan Scotland.. ;)

    P/S: Setahu aku, tiada lg pemain dr Manchester United menjaringkan gol sewaktu friendly bebaru nie.. :) Tahniah diucapkan kepada pemain Arsenal dan sekalung budi buat Arsene Wenger kerana didikannya..

    ReplyDelete
  4. Satu lg info :-

    Pasal Aaron Ramsey.. Beliau dinobatkan pemain terbaik perlawanan kerana mencipta kemenangan tersebut termasuk menjaringkan gol peribadinya..

    Pasal Andrey Arshavin.. Beliau juga dinobatkan pemain terbaik perlawanan dan selaku kapten pasukan Rusia pada perlawanan tersebut..

    Great Job :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil