Rosicky nak stay

Kontrak Rosicky hanya berbekal lebih kurang 7 bulan lagi.. Kontraknya akan tamat pada hujung musim ini iaitu pada musim panas tahun hadapan.. Rosicky boleh melakukan perbincangan bersama kelab lain sewaktu pintu perpindahan di buka semula bulan depan..

Tetapi Rosicky melenyapkan segala khabar angin tentang perpindahannya keluar dari Arsenal apabila bersedia menandatangani kontrak lanjutan bersama Arsenal.. Rosicky yang akan berusia 30 tahun Oktober tahun depan mempunyai musim yang cemerlang pada musim pertama dan keduanya bersama Arsenal..

Menjaringkan 6 gol pada musim pertamanya pada musim 2006/2007 selepas berhijrah dari Borrusia Dortmund dan beraksi sebanyak 31 perlawanan dan 6 kali sebagai pemain gantian.. Rosicky hanya mampu beraksi sebanyak 19 kali dan 5 kali sebagai pemain gantian pada musim 2007/2008 sebelum masalah kecederaan melandanya.. Namun Rosicky masih mampu menjaringkan 7 gol..

Rosicky juga sempat memberitahu yang Wenger masih mahu dia menjadi sebahagian daripada pasukan The Gunners pada masa hadapan.. Ianya sedikit sebanyak membuatkan Rosicky membuat keputusan untuk kekal di Emirates.. Jadi apa yang kita perlu tunggu sekarang ini hanyalah melihat Rosicky menandatangani kontrak lanjutan bersama Arsenal..

Rosicky juga mahu rakan sepasukannya untuk berfikiran positif selepas kekalahan hujung minggu lalu kepada Chelsea dan Arsenal perlu mengelakkan dari tewas lagi untuk mencerah peluang menjulang gelaran liga.. Adios!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil