Rosicky kagum

Siapa yang mahu sebuah kereta Ferrari California?? Siapa yang tidak mahu.. Lebih-lebih lagi hadiah daripada orang tersayang.. Bertuah betul teman wanita Theo Walcott iaitu Melanie Slade apabila di berikan sebuah kereta Ferrari California pada ulang tahun kelahirannya yang ke-21 dengan satu nombor plate peribadi..

Kereta Ferrari tersebut berharga 140 ribu pound dengan insurannya sahaja mencecah 20 ribu pound.. Namun ianya bukannya menyusahkan Walcott yang menerima pendapatan 60 ribu pound seminggu.. Melanie Slade yang masih belajar di sebuah Universiti di London merupakan pelajar fisioterapi memang cukup bertuah mendapat teman lelaki seperti Walcott..

Esok perlawanan menentang Chelsea sejumlah wang sebanyak 500 ribu pound hasil penjualan tiket perlawanan tersebut akan disalurkan kepada badan kebajikan terpilih iaitu Great Ormond Street untuk membina sebuah tempat khas untuk kanak-kanak yang menghidap kanser.. Jadi sambil menyaksikan perlawanan marilah kita memberi pertolongan kepada kanak-kanak bernasib malang itu..

Atikah yang sempat menemu ramah Rosicky semalam jelas kagum dengan semangat pemain-pemain Arsenal.. Dan Rosicky juga jelas yakin Arsenal mampu menumpaskan Chelsea asalkan Arsenal mampu menyaingi kekuatan fizikal mereka.. Dan Rosicky juga mengakui Walcott dan Bendtner semakin matang..

Rosicky juga menolak andaian yang pemain Arsenal sekarang ini tidak lebih dari budak kecil.. Dengan mengatakan semasa kali terakhir dia beraksi menentang Chelsea di mana Arsenal menang 1-0 hampir kesemua pemain masih muda tetapi masih mampu menang.. Dan Arsenal jelas mempunyai kelebihan dari segi teknikal..

Vermaelen juga menyuarakan keyakinannya untuk mengawal ketat Drogba.. Atikah yakin Vermaelen mampu melakukannya selepas bijak mengawal ketat Rooney semasa menentang MU dengan memberikan kesukaran untuk Rooney melepasinya..

Sementara itu Atikah masih gagal untuk berikan sebarang pengesahan tentang kemungkinan untuk Gallas beraksi esok.. Tetapi insyaallah Atikah akan berikan pengesahan semasa Atikah buat pre match esok.. Dan Atikah juga nak beritahu kalau begitu lama Atikah tiada itu maknanya komputer Atikah buat problem lagi.. Sebab masih ada sedikit masalah di komputer Atikah.. Adios!!

Comments

  1. Gallas confirm takkan diturunkan sbb cedera ankle yg dialaminya.. Arshavin plak tak pasti..

    ReplyDelete
  2. Atikah, tlg dapatkan kepastian mengenai kecederaan RVP, sy baru terbaca kat Arsenal.com, RVP mungkin direhatkan 4 hingga 5 bulan???
    :-(

    ReplyDelete
  3. Q-Sha : btol la tu.. 5bln..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil